ZAHID BERANI SUMPAH LAKNAT, ADAKAH MUHYIDDIN BERANI JIKA DIA BENAR DENGAN TUDUHANNYA?

Editorial

22 Feb 2022

Tidak pasti, mengapakah tiba-tiba TS Muhyiddin Yassin mencanangkan bahawa Presiden UMNO DS Dr Zahid Hamidi pernah datang bertemunya dengan membawa fail yang bertimbun untuk memohon kerjasama campur tangan dalam kesnya di mahkamah.

Kenyataan Muhyiddin juga memetik bahawa DS Azmin Ali dan Presiden PAS, TS Hadi Awang sebagai saksi semasa kehadiran DS Zahid, ketika dia baharu dilantik sebagai PM ke-8, tempoh hari.

Dalam satu kenyataan akhbar, Muhyiddin mendakwa, TS Abdul Hadi Awang dan DS Mohamad Azmin Ali adalah saksi sekiranya ada pihak yang cuba menafikan dakwaan tersebut.

Kata Muhyiddin, “Apa yang saya sebutkan memang benar berlaku sebab Zahid ada tunjuk satu fail yang bertimbun dan dia minta bantu selesaikan masalahnya.”

Adakah kenyataan Muhyiddin itu sebagai satu propaganda untuk merosakkan reputasi UMNO dengan menyerang Presidennya DS Zahid Hamidi.

Bukan itu Zahid sahaja, Muhyiddin juga mendakwa bahawa DS Najib Tun Razak turut datang menemuinya meminta campur tangannya dalam kes yang sedang dihadapinya.

Muhyiddin mendakwa permintaan itu dibuat ketika Najib datang melawat di pejabatnya untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Atas alasan dia menolak permintaan Zahid dan Najib itulah, kononnya UMNO menarik sokongan terhadapnya lantas jumlah sokongan ahli parlimen yang menjadi minoriti terhadapnya telah menggugurkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Pada 19 Feb, DS Zahid telah menyiarkan dalam FB-nya bahawa dia “tidak pernah pergi berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah. Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan.”

Secara logiknya, sekiranya Zahid mahu meminta bantuan campur tangan mahkamah daripada Muhyiddin yang mempunyai ‘budak kita’ baik dalam SPRM, maka dia tidak perlu membawa fail yang bertimbun.

Semua fail tuduhan ada pada SPRM mengapa pula perlu membawa fail yang bertimbun?

Lantas, ia membenarkan kenyataan Zahid bahawa kenyataan Muhyiddin hanyalah propaganda politik menjelangnya PRN Johor yang nampaknya akan menamatkan riwayat PPBM.

Zahid bukan sahaja menafikan dakwaan Muhyiddin itu, malahan beliau sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY ke atas saya.

Dengan itu Zahid bertanya adakah Muhyiddin juga bersedia dan sanggup untuk melakukan sumpah laknat terhadap dakwaannya yang dianggap fitnah itu?

Sebagaimana respons Muhyiddin yang disiarkan oleh Malaysia Now, “Ahmad Zahid Hamidi berhak untuk melakukan sumpah laknat berhubung dakwaan membawa fail untuk meminta beliau campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapinya. “

Muhyiddin juga berkata bahawa beliau tidak akan bersumpah mengenai dakwaannya itu kerana beliau tidak berbohong.

Zahid juga menegaskan bahawa dia sendiri secara peribadi menyokong dan menaikkan TSMY sebagai PM dengan meminta 43 Ahli Parlimen BN khususnya dari UMNO untuk menyokong Muhyiddin dengan menandatangani SD.

Kontradiknya, sewaktu Muhyiddin menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri (ketika PH berkuasa), dia menandatangani pembatalan pendaftaran UMNO.

Semasa dia masih menjadi PM, Muhyiddin juga dikatakan ligat membuat percaturan dengan menyusun pelbagai usaha dan rancangan untuk memecahbelahkan UMNO dari dalam parti.

Ini termasuklah dengan menawarkan ‘scheme of things’ kepada beberapa anggota pimpinan UMNO.

Sementara itu DS Najib Tun Razak juga menafikan tuduhan Muhyiddin bahawa dia diminta bantu campur tangan terhadap kesnya di mahkamah.

Walau bagaiamanapun isu menolak Gopal Sri Ram sebagai pendakwaraya terhadap kes DS Najib sewajarnya perlu dipertimbangkan oleh pihak badan kehakiman negara, kerana terdapt bukti bahawa Sri Ram pernah diarah oleh Tun Mahathir untuk menangkap DS Najib tanpa sebarang kesalahan undang-undang, sebagaimana didakwa oleh bekas Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Ali.

Maksudnya Gopal Sri Ram adalah antara orang yang bersubahat dalam konspirasi menjatuhkan DS Najib.

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: