JANGAN MANIPULASI DALIL AGAMA KERANA OPORTUNISTIK TEHADAP POLITIK

Dr. Mamat Desa

21 Feb 2022

Semalam Presiden UMNO, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi Johor tentang sikap oportunis politikus yang mempergunakan dalil agama untuk kepentingan kesinambungan hayat politik mereka serta parti yang kehabisan modal kempen.

Rakyat Johor, pastinya amat matang dalam hal pemesongan fakta dan tidak akan mahu tertipu lagi dengan janji palsu, pembohongan dan fitnah sebagaimana kempen PRU14, berulang kembali.

Bagi DS Zahid, UMNO berdiri pada prinsip yang berbeza, menolak fitnah dan pembohongan serta menolak kempen memanipulasikan agama, sebaliknya menegakkan agama untuk kebenaran bagi menentang kebatilan, kepalsuan, fitnah dan pembohongan.

Kenyataan DS Zahid adalah jelas tertuju kepada TS Muhyiddin Yassin yang telah mengeluarkan dalil bahawa ‘meninggalkan UMNO adalah satu ibadah’.

Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan di hadapan Presiden PAS Hadi Awang bahawa ‘meninggalkan UMNO dengan maksud keluar dari UMNO dan masuk PPBM’ adalah satu ‘ibadah’ sebagaimana katanya,“hijrah meninggalkan kemungkaran dan sertai PN yang menegakkan kebenaran adalah satu amal ibadah. Tinggalkan UMNO tidak mengapa, tiada salahnya.” 

Lantas semasa dia bersama UMNO, dan diberikan jawatan Menteri Besar Johor atas platform dan panji UMNO, adakah dia tidak beribadah?

Kontradiknya, mengapa pula Muhyiddin mahu merujuk kepada Presiden PAS tentang dalil ‘haram, wajib, sunat’ sedangkan dia pernah mendakwa ‘PAS adalah parti ajaran sesat yang membawa fatwa songsang’?

Malahan PAS juga pernah mengeluarkan dalil yang amat menarik untuk menjadi parti pilihan dengan kenyataan “mengundi PAS boleh masuk syurga”.

Mungkin betul juga dengan dalil PAS itu apabila pada PRU13 ramailah yang layak masuk syurga kerana mengundi PAS (dalam Pakatan Rakyat) termasuk Lim Guan Eng, P Ramasamy, Sanisvara Nethaji Rayer, Lim Kit Siang dan ramai lagi kafir harbi.

Selain itu PAS juga pernah mengeluarkan dalil bahawa “Wajib sokong DAP dan haram sokong UMNO sehingga kiamat”. Patutlah Muafakat Nasional terbantut di tengah jalan kerana hipokrasi ini semua.

Bukan itu sahaja, PAS juga pernah mengeluarkan dalil bahawa mengundi Anwar Ibrahim samalah seperti menempah bilik neraka. Nauzubillahi minzalik.

Kenyataan Muhyiddin itu juga memperkukuhkan lagi kempennya supaya ahli-ahli UMNO, Warisan, PKR dan parti-arti lain melompat masuk ke PPBM (Bersatu).

Hakikat ini telah terbukti apabila Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli telah mendedahkan di mahkamah bagaimana Muhyiddin dan orang-orangnya mengugutnya supaya melompat masuk PPBM.

Rozman Isli dari parti Warisan, mendedahkan bagaimana dia telah diugut supaya melompat ke parti Bersatu jika tidak mahu dirinya didakwa.

Intipati pengakuan berkenaan telah diperoleh daripada afidavit pihak Ahli Parlimen tersebut di mahkamah.

Adakah pendedahan ini sebagai sebahagian daripada apa yang telah didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador tentang campur tangan eksekutif kerajaan terhadap badan perundangan?

Kata TS Hamid Bador, “..pergi Sabah, tiba-tiba kang dah sorang mengaku nak melompat. Cuba SPRM siasat benda-benda macam ni, siasat orang-orang (yang mengugut) ini.”

Persoalannya adakah tindakan Muhyiddin itu satu ‘ibadah’?

Bagaimana pula dengan skandal Muhyiddin bersama isteri orang? Jika ini satu fitnah, maka amatlah malang bagi Muhyiddin dan fitnah tersebut hendaklah ditolak, tetapi nama Muhyiddin telah disebut beberapa kali di mahkamah dalam kes perceraian Nika Gee Siew Yee dan bekas suaminya Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin.

Persoalan yang sama ditujukan kepada Muhyiddin, “adakah skandal dengan isteri orang itu satu ibadah?”

Bagaimana pula dengan projek ‘rundingan terus’ Muhyiddin dalam kes 1BestariNet ketika menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri semasa PH berkuasa, dan projek itu telah mengakibatkan kerugian berbilion Ringgit.

Adakah itu juga ibadah bagi Muhyiddin?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: