Dr.Mamat Desa
18 Feb 2022
Apakah rasionalnya apabila Muhyiddin melemparkan cacian ‘Podah’ pada UMNO sekiranya kebencian rakyat Johor terhadap PH, dan PPBM yang dahulunya adalah komponennya tidak pernah terpadam?
Tidakkah Muhyiddin sedar bahawa Bahagian PPBM di Johor boleh dibilang dengan jari sebagaimana didakwa oleh Dtk Puad Zakarshi?

Pembohongan, janji palsu dan fitnah PH telah menjadi punca pada segala kebencian rakyat Johor terhadap PH termasuk PPBM.
Apabila disebut PH, maka Bersatu atau PPBM yang merupakan komponen PH sebelum tragedi ‘Langkah Sheraton’ juga termasuk dalam jenama PH.
Semasa perhimpunan 1.9 juta umat Islam menentang ratifikasi ICERD di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, dimanakah beradanya pemimpin PH seperi Muhyiddin Yassin?
Kata seorang anak peneroka, “Saya berhutang dengan PTPTN RM40 ribu, isteri saya juga berhutang dengan PTPTN RM40 ribu. Apabila PH kata pendidikan menjadi percuma, maka hutang PTPTN akan dimansuhkan. Dengan sebab itu kami memilih PH. Tetapi rupa-rupanya ia hanyalah janji palsu belaka.”
Sebilangan besar rakyat Johor bukan sahaja memprotes menolak PH, tetapi penolakan mereka tersimbah dengan kebencian, kemarahan sehingga ada yang menjenamakan PH sebagai ‘Pakatan Hancing’ kemuncak kepada rasa benci dan marah mereka.
Hakikatnya rakyat sudah tidak dapat membendung lagi penderitaan kerana apa juga kelemahan dan kegenjotan kerajaan PH dan PN, kesan buruknya tertimpa pada kehidupan mereka dan bukan pemimpin politik.
Rakyat tidak lagi peduli dengan retorik ‘kluster mahkamah’ ‘kleptorat’ ‘1MDB’ ‘GST’ dan banyak lagi dakyah, fitnah dan pembohongan yang menjadi retorik politik PH dan PPBM semata-mata, sedangkan negara diasak dengan ‘undang-undang rimba’, kemelesetan ekonomi, pembuangan kerja, pergeseran kaum dan penghinaan terhadap Raja-Raja serta agama Islam.
Meskipun kerajaan PH telah terbubar, namun dasar Muhyiddin Yassin dengan ‘Total Lockdown separuh masak’ dan ‘pelaksanaan Ordinan Darurat’ yang kononnya hendak membendung dan menyekat penularan Covid19, juga menjadi tipu muslihat politik belaka.
Lihatlah bagaimana Muhyiddin telah mengurung rakyat sehingga hampir setahun, sedangkan pada Ogos tahun lalu, ketika Muhyiddin masih berkuasa, Malaysia dicatatkan sebagai antara lima negara terburuk di dunia yang dijangkiti Covid19 mengikut jumlah per kapita penduduk.

Akibatnya ekonomi rakyat punah-ranah dan kini pemimpin PPBM masih mendominasi kerajaan PN dan merekalah yang menyekat pengeluaran wang KWSP melalui program i-Citra.
Jika PH dan Muhyiddin mahu membangkitkan klise ‘kluster mahkamah’ yang diciptanya, maka rakyat tertanya-tanya kenapakah kes 1BestariNet tidak dibawa ke mahkamah? Hakikatnya dia juga sewajarnya menjadi ahli kelab ‘kluster mahkamah’ sebagaimana Lim Guan Eng dan Syed Saddiq.
Tapi rakyat telah didedahkan siapakah yang telah menandatangani arahan untuk mendakwa pemimpin UMNO ke mahkamah jika tidak Ketua SPRM Lateefa Koya, dan Peguam Negara Tommy Thomas, yang pernah menjadi peguambela kepada pemimpin ulung parti Komunis Malaya, Chin Peng.
Malahan Ketua PSRM, Lateefa Koya yang menggerakkan pendakwaan adalah merupakan orang kuat PKR sebelum dilantik sebagai Ketua SPRM. Tidakkah lantikannya adalah lantikan politik seperti didakwa oleh Tommy Thomas?
Inilah antara bukti ‘undang-undang rimba era PH’.
Kini rakyat hanya melihat perbezaan dan keselesaan hidup mereka pada zaman BN berbanding dengan zaman PH dan PN yang didominasi PPBM, yang mereka sifatkan sebagai ‘Pakatan Hancing.’
Namun ramai kalangan pemimpin politik PH dan PPBM masih menidakkan rintihan rakyat, mereka tidak melihat bahawa PRN Melaka dan Tujuh PRK sebelum jatuhnya kerajaan PH dan PN di bawah kepimpinanan Muhyiddin Yassin, sebagai memorandum rakyat yang menuntut supaya mandat rakyat ditarik kembali.
*****
Tinggalkan Jawapan