RAKYAT JOHOR TIDAK MUDAH DIPERBODOHKAN BERSATU DALAM ISU I-CITRA

Editorial

17 Feb 2022

Meskipun DS Ismail Sabri yang memegang tampuk pentadbiran sebagai PM, namun ramai dalam kalangan menteri kabinetnya bukanlah daripada UMNO-BN.

Dengan erti kata yang lain, kerajaan sedia ada bukanlah kerajaan UMNO, sebalik nya adalah kerajaan PN yang didominasi oleh Muhyiddin Yassin.

Dengan sebab itulah banyak perkara yang tidak boleh dilaksanakan apabila menteri-menteri yang merupakan balaci Bersatu dan Muhyiddin Yassin menyekat sesuatu pelaksanaan dasar dalam kerajaan PN sekarang, lebih-lebih lagi sesuatu yang menjadi perjuangan UMNO.

Inilah antara kecelakaan apabila pemimpin dalam kabinet PM merupakan pemimpin yang datangnya daripada pelbagai ideologi, apatah lagi apabila mereka dikawal oleh musuh dalam selimut kepada UMNO-BN.

Dalam hal I-Citra yang amat diperlukan oleh rakyat, Muhyiddin merasa amat bimbang sekiranya ia diluluskan maka sokongan rakyat serta merit UMNO-BN akan melonjak mengalahkannya sebagai parti ciput yang berlagak dominan.

Muhyiddin adalah pemimpin kepada parti serpihan yang tidak ada akar umbi apabila banyak bahagian parti Bersatu pimpinannya telah dibubarkan.

Bersatu telah hilang kuasa di Johor, Melaka, Perak dan Kedah, dan hanya bergantung kepada kuasa di peringkat pusat.

Ahli MKT UMNO, Datok Puad Zakarshi di PRN Johor mengesahkan bahawa Bahagian Bersatu Johor “boleh dibilang dengan jari.”

Malah di Negeri Sembilan, semua bahagian Bersatu telah dibubarkan.

Jika Bersatu kalah di PRN Johor, maka Bersatu yang kini seperti nyawa ikan, akan terus nazak apabila Parlimen dibubarkan untuk PRU15.

Terkini Muhyiddin dikatakan takut untuk bertanding di DUN Gambir yang disandangnya pada PRU14 kerana dia tahu dia akan kalah.

Rakyat juga tahu bahawa Johor adalah negeri kelahirannya dan dunia politiknya diangkat oleh UMNO ketika dia menjadi pemimpin UMNO di Johor.

Tetapi kini setelah dia belot kepada UMNO, dia berdiri sebagai ahli Bersatu yang kini terkontang-kanting setelah ditinggalkan Tun Mahathir.

Muhyiddin juga tidak dapat menolak fakta bahawa Bersatu ditubuhkan atas idea Lim Kit Siang untuk membunuh UMNO.

Kini kemanakah Muhyiddin hendak membawa diri apabila rakyat Pagoh sendiri yang pernah mengangkatnya sebagai pemimpin UMNO telah tidak lagi menyokongnya?

Malahan pemimpin dan pengasas Bersatu Pagoh sendiri telah keluar parti dan banyak cawangan Bersatu di Pagoh dan Pulai telah dibubarkan.

Dalam isu pengeluaran simpanan KWSP melalui i-Citra, rakyat sedar bahawa yang menghalang pengeluaran tersebut ialah pemimpin Bersatu yang amat tunduk pada kehendak Muhyiddin.

Bersatu cuba mengelabukan mata rakyat bahawa UMNO sebagai penghalang kepada I-Citra sedangkan rakyat sedia maklum bahawa UMNO-lah yang berjuang bermati-matian untuk pelaksanaan I-Citra sebagaimana yang dilaungkan sejak awal oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi dan juga bekas PM DS Najib Tun Razak.

Sekiranya I-Citra dilaksanakan pastinya kredit diberikan kepada UMNO dan sokongan terhadap UMNO akan terus lagi melonjak naik kerana UMNO amat tekal berjuang untuk rakyat.

Lihatlah bagaimana pemimpin UMNO mengutuk keras pelaksanaan ‘total lockdown’ separuh masak serta pelaksanaan Ordinan Darurat oleh Muhyiddin ketika dia menduduki kerusi PM.

Ekonomi rakyat terbantut dan cedera parah kerana hampir setahun rakyat dikurung di rumah kerana ‘lockdown separuh masak’ manakala ‘kluster perkilangan’ yang menggunakan buruh murahan asing, dan memenuhi kehendak kapitalis dibenarkan beroperasi.

UMNO memperjuangkan dan mahu pelaksanaan I-Citra diluluskan kerana UMNO amat prihatin terhadap kehendak rakyat yang amat memerlukannya di samping setelah sekian lama dihimpit kesempitan ekonomi.

Isu I-Citra akan menjadi liabiliti kepada Bersatu dan dengan itu mereka berkempen meminta rakyat menyokong mereka kerana kemenangan mereka di Johor akan membolehkan Bersatu meluluskan I-Citra.

Lebih jauh daripada itu, rakyat Johor juga dicelarukan dengan alasan bahawa sekiranya Muhyddin diangkat menjadi PM lagi sekali, I-Cita pastinya akan dilaksanakan.

Jelaslah bahawa isu I-Citra telah dimanipulasikan oleh Bersatu seakan-akan rakyat Johor mudah diperbodohkan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: