Editorial
17 Feb 2022
Apabila Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador mengumumkan bahawa dia mendapat restu daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk bertanding di Bahagian Gombak pada pemilihan parti April ini, maka terbangkitlah pelbagai spekulasi tentang kedudukan MB Selangor sedia ada.
Adakah Anwar tidak lagi merestui MB Selangor Amirudin Shari yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan PKR Selangor?
Atau hakikatnya sudah berlaku perbalahan yang tidak dapat diungkaikan lagi kecuali mengenyahkan anak kelahiran Johor itu daripada memimpin kerajaan Selangor.
Walau bagaimanapun Farhash juga bukan anak kelahiran Selangor sebagaimana DS Harun Idris, DS Hormat Rafaei, TS Ahmad Razali Mohd Ali, TS Muhamad Muhamad Taib, TS Abu Hasan Omar, DS Dr. Khir Toyo dan TS Khalid Ibrahim?
Rakyat Selangor Shah Alam juga merasa amat tidak selesa apabila sejak pemimpin Amanah seperti Khalid Samad yang dilahirkan di Kelantan dipilih sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, maka berduyun orang Kelantan datang ke Shah Alam sehingga ada sekolah kebangsaan di Shah Alam dipenuhi dengan majoritinya guru-guru dari Kelantan dan ada surau yang dikawal selia oleh orang Kelantan.
Di manakah tercampaknya anak-anak dan pemimpin Selangor?
Kini timbul pula nama seperti Farhash Salvador, yang namanya seperti puak Amerika Latin yang banyak terlibat dengan sindiket narkoba.
Malahan sebagaimana bekas Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin, Farhash telah mereka labelkan dia sebagai mafia yang banyak terlibat dalam kes pergaduhan.

Misalnya pada 10 Sep 2019 Farhash telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes berhubung kejadian serangan di sebuah kompleks sukan di Ampang.
Baguslah juga bagi rakyat Selangor sekiranya pemimpin ‘ganas’ sebegini dilantik menjadi MB Selangor berbanding dengan pemimpin lembik dan lembab.
Namun lagi sekali, ke manakah perginya anak jati Selangor yang lain dalam PKR Selangor kerana Farhash bukanlah anak Selangor, ada spekulasi mengatakan dia anak Sabah dan ada mengatakan bahawa dia adalah anak Singapura, tetapi dia telah nafikan semua itu kerana dia adalah anak Perak.
Dengan restu Presiden PKR Farhash Wafa mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding di Bahagian PKR Gombak, menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagi pemilihan parti yang bakal berlangsung pada April ini.

Bagi Farhash tindakannya adalah proses demokrasi, selaras dengan peraturan dan peruntukan yang termaktub dalam parti.
Apabila ditanya jika keputusannya untuk bertanding di Bahagian Gombak itu akan mencetuskan konflik atau rasa tidak puas hati dalam kalangan parti, Farhash menolak tanggapan tersebut.
Kontradiknya Farhash mengeluarkan kenyataan bahawa pertandingan pemilihan parti di Gombak itu “bukan nak bergaduh, berlawan, baling kerusi..” sebagaimana seakan-akan budaya liar dalam pemilihan AMK sebelumnya di banyak bahagian.

Untuk rekod, sebelum ini Amirudin dilihat sebagai seorang daripada penyokong tegar bekas timbalan presiden Azmin Ali – yang juga adalah antara individu yang menyebabkan kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020.
Bukan menjadi rahsia lagi, bahawa kedua-duanya itu Azmin dan Anwar adalah seteru politik, dan Azmin sekarang bukan lagi pemimpin PKR, namun penyokong kuatnya dalam PKR seperti Aminuddin Shari masih ramai.
*******
Tinggalkan Jawapan