JANGAN FIKIR PENGUNDI MUDA SUKAKAN PARTI MUDA YANG MASIH BERHINGUS

Editorial

15 Feb 2022

Jika ada persepsi bahawa Parti Muda pimpinan Syed Saddiq Syed Abd Rahman adalah satu kelebihan kepada pihak musuh BN-UMNO, maka ia satu pandangan yang amat terpesong.

Apatah lagi kehadiran Muda pada arena PRN Johor dengan menuntut belas ehsan daripada PH (DAP dan Amanah) dan kemudiannya mengemis pula pada PKR untuk mendapatkan kerusi, adalah sesuatu yang jelas menunjukkan kelemahan Muda sendiri.

Ia seperti budak mentah yang masuk ke gelangggang tanpa apa-apa persediaan, kemudiannya meminta bantuan untuk menghadapi lawannya, lantas PKR dan PH telah berikan enam kerusi DUN yang tidak mampu dipertahankan, tetapi sekadar untuk Muda dijadikan ‘lauk’ oleh pihak lawan.

Lihatlah bagaimana cemuhan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis, di DUN Puteri Wangsa, apabila PKR telah memberikan DUN tersebut untuk ditandingi oleh Amanah, tetapi Amanah pula telah berikannya pula kepada Muda.

Napsiah mengkritik keras apabila Muda yang dilihat tiada jentera parti, dan tiada akar umbi, diberikan kerusi Puteri Wangsa. Ia seperti menjadikan Muda sebagai ayam sembelihan kepada BN.

Hakikatnya Muda tiada jentera dan akar umbi di situ, lantas wakil Muda cuba memujuk PKR supaya membantu, sedangkan sepatutnya DUN tersebut ditandingi oleh wakil PKR.

Lihatlah apa yang berlaku di Ulu Tiram, apabila Syed Saddiq mengkritik keras ADUN di situ kerana tidak memberikan khidmat yang baik kepada masyarakat, malah Saddiq menempelak bahawa rakyat Ulu Tiram sudah muak dengan ADUN mereka.

Namun setelah mengetahui bahawa ADUN Ulu Tiram adalah dari PKR, dengan malunya dia memohon maaf.

Kenapa perlu memohon maaf sekiranya Saddiq benar-benar berjuang untuk membela rakyat?

Kontradiknya kini dia menganggap ADUN Ulu Tiram YB  Gobalakrishnan, tidak sewajarnya dia kritik kerana dia adalah “rakan seperjuangan”.

Untuk menutup malu maka Saddiq mendakwa, dia tidak sempurna dan di Muar pun dia banyak kelemahan.

Lantas pemimpin sebeginikah yang golongan ‘muda’ mahu dipilih dan diangkat?

Dalam kes pendakwah Dr. Zakir Naik yang menjadi sanjungan kaum Muslimin kerana kelebihan ilmu ‘Theology Comparison’ yang mengangkat agama Islam sebagai agama yang diredai Allah, Saddiq telah mendesak kerajaan supaya menghantar Dr.Zakir kembali ke India.

Untuk apa Saddiq dan tujuan apa Saddiq menganjurkan cadangan sedemikian? Adakah untuk Dr. Zakir Naik dibicarakan secara tidak adil dan kemudiannya dikenakan hukuman bunuh oleh mahkamah India yang sememangnya membenci Islam?

Dua minggu kemudiannya setelah mengutuk Dr. Zakir Naik, Saddiq menjemput pendakwah antarabangsa itu ke rumahnya untuk majlis makan-makan, dan lantas dia memohon maaf pada Dr. Zakir.

Apa yang khalayak media lihat ialah sikap hipokrit Saddiq yang melampau.

Saddiq juga mengutuk ‘pemimpin politik yang lompat parti’ tetapi dia menutup mata apabila dia melantik Nuarainee Haziqah Shafii yang merupakan Exco Wanita Pusat PKR 2018 dan Ahli Jawatankuasa Bersatu pada tahun lalu.

Dalam isu PRN Melaka Saddiq pernah melaungkan bahawa Muda menolak politik ‘katak’ sebagai tidak bermaruah dan tidak berprinsip yang menyebabkan kerajaan telah membazirkan RM42 juta untuk tujuan perbelanjaan pilihan raya khususnya di tengah-tengah pandemik.

Lantas, di manakah prinsip jati diri Saddiq dan Muda dalam isu ‘katak’ politik itu? Ia hanya menonjolkan prinsip hipokrit Syed Saddiq.

Terkini kehadiran Syed Saddiq bersama-sama dengan pemimpin DAP mendapat sambutan hangat daripada kerusi-meja berbanding penyokongnya yang ghaib.

Gambar berbicara tanpa bohong, lihatlah hebatnya Presiden Muda, Syed Saddiq.

Sumber: Edisi Siasat

Lihatlah bagaimana parti Muda yang dipimpinnya yang didakwa tiada pelan dasar dan prinsip teras yang konkrit.

Lebih menjengkelkan Muda adalah parti yang masih belum ada struktur organisasi yang diumumkan kepada masyarakat awam.

Nampaknya Muda lebih layak berdiri sebagai NGO daripada mengangkat dirinya sebagai sebuah parti politik yang hipokrit.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: