Editorial
12 Feb 2022
Gambar daripada akhbar tidak berbohong, ia berbicara secara jujur dan terbuka.
Meskipun Abah cuba membawa moto bahawa “Abah sayang anu dan ini..” tapi nampaknya laporan media menafikan kasih-sayang Abah yang ramai melabelkan Abah sebagai pengkhianat.
“Abah sayang anu ini..” tapi tak malukah Abah ahli dan rakyat majoriti tak sayang Abah? Majoriti ahli yang keluar parti mendakwa Abah telah terpesong daripada perjuangan sebenarnya.
Atok yang tubuhkan Bersatu pun yakin sangat-sangat parti Abah akan rebah tersungkur pecah berkecai hancur lebur punah ranah pada PRU15 nanti kerana Abah “sayang sana-sini” tanpa ada hala tuju.
Abahlah pengkhianat yang menjahanamkan pemerintahan 22 bulan PH melalui muslihat “Langkah Sheraton”. Itu ramai setuju, tetapi menjahanamkan dengan cara pengkhianatan adalah falsafah ‘The ends justify the means” yang dibawa oleh Niccolo Machiavelli sebagai satu strategi yang amat celaka dan terkutuk.
Samalah Abah dengan lebai yang rapat dengan Abah tu bila dia kata ‘Boleh berbohong untuk mencegah kemaslahatan’ tapi sebaliknya pula berbohong untuk membawa kemelaratan kepada negara.

Janji dalam Piagam MN dia bohong, undi parti dia masuk syuga pun bohong, Amanat dia yang membawa perpecahan juga dia bohong, kafirkan orang Islam tak apa, tapi berpeluk dengan kafir boleh saja.
Jika apek dan tambi kafir harbi undi PAS, dapatlah dia masuk syurga ya?

Agaknya banyaklah pembohongan lebai tu selama ini? Piagam MN pun satu pembohongankah lebai? Cuba Abah tanya lebai Rusila tu?

Kalau Abah hendak jatuhkan pemimpin politik lain gunakanlah cara yang bermoral, kalahkan mereka melalui PRU.
Sekarang Abah mahu mengulangi lagi sikap Abah yang amat celaka dan terkutuk itu dengan mengugut PM untuk bubarkan Parlimen.
Bubarlah, tekanlah ‘button’ Abah tu, biar diadakan PRU15, supaya abah sedar siapa diri Abah sebenarnya.

Ramai ahli-ahli parti Abah, telah meninggalkan parti, dan banyak pula bahagian parti Abah yang dibubarkan.














Abah kata tak apa mereka keluar parti, ia tidak menjejaskan parti.
Kepala Atok Abah tak jejaskan parti kalau dah Bahagian dan Cawangan dan ahli-ahli di seluruh negara di sana-sini isytihar keluar parti, kenapa pula tidak jejaskan parti? Manusia hipokritlah Abah bebal ni.
Sampai seluruh Bahagian Negeri Sembilan dibubarkan, Abah kata tak jejaskan parti.
Lihatlah apa kata Atok “ Bersatu akan kalah pada PRU15”.

Sedar dirilah sikit Abah. Kalau parti dah jadi parti ciput penuh dengan katak yang sedia pula nak melompat, baik bubarkan saja parti bunga busuk Abah tu.

Abah ketuai MPN pun, itu bukan idea Abah, MPN tu idea Atok. Jadi Ketua MPN tapi Abah nak berlagak macam PM. Sedarlah diri sikit.
Sekarang nyonya DAP dah bising minta Abah dipecat dari MPN. Bukan nyonya DAP sahaja, sebelum tu pemimpin Pejuang juga telah desak supaya Abah ditendang keluar daripada memimpin MPN.

Baik Abah balik Pagoh, bela kucing lebih baik. Kucing boleh jadi ahli setia Abah, tak perlu nak kecoh isi borang dan letak jawatan kemudiannya.
******
Tinggalkan Jawapan