Editorial
10 Feb 2022
Jambatan tertinggi di Malaysia di lebuh raya berkembar Paya Terubung yang melepasi ketinggian pokok-pokok gergasi serta tumbuh-tumbuhan telah mengalami takungan air yang menggangu sistem pengakutan.
Sungguh aneh apabila lebuh raya yang baru dirasmikan beberapa minggu lalu, menjadikan daun-daun kering sebagai alasan banjir sebagaimana yang diakui oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malahan media massa dengan gahnya melaporkan kejayaan kerajaan DAP dan terlihat bagaimana megahnya mereka dengan projek mega itu.
Sungguh memalukan apabila berlaku banjir kilat pada lebuh raya tersebut, daun kering di bawah lebuh raya pula yang menjadi sasaran mereka. Mungkin daun-daun kering itu adalah penyokong UMNO.
Inilah sikap kerajaan DAP yang telah mengaut wang rakyat dengan projek bernilai RM275 juta, tetapi mudah bersilat tarian singa apabila hasil projek menjengkelkan dan menjadikan daun kering sebagai ‘kambing hitam’.
Rakyat melihat projek lebuh raya Rawang yang hampir sama tinggi dan jauh lebih panjang, manakala di bawahnya di kelilingi tumbuhan-tumbuhan gergasi, tidak pernah mengalami takungan air sehingga menyebabkan banjir kilat sebagaimana berlaku di lebuhraya berkembar Paya Terubong itu.

Mungkin juga benar dakwaan yang mengatakan bahawa banjir kilat yang berlaku pada lebuh raya berkembar tertinggi Paya Terubong itu itu sebagai insiden yang pertama di dunia.
Mengapakah tidak salahkan ‘daun-daun kayangan’ yang jatuh ke seluruh Pulau Pinang sehingga menyebabkan banjir, bukan sahaja di lebuh raya berkembar itu, malah pada bandar Georgetown sehingga pernah menyebabkan Lim Guan Eng menangis seperti kanak-kanak kematian kucing kesayangan?
Inikah ‘janji ditepati’ yang menjadi moto DAP?
Projek lebuh raya sepanjang 3.8km itu adalah satu-satu sahaja daripada enam lebuhraya serta terowong (yang tersangkut pembinaannya kerana kes rasuah Lim Guan Eng) yang dijanjikan dan dirancang oleh kerajaan DAP, tetapi sungguh memalukan sebaik sahaja dibuka ia diserang banjir oleh daun-daun kering dari kayangan
Hakikatnya kejengkelan banjir pada lebuh raya berkembar Paya Terubong itu adalah kerana kesilapan rekacipta kejuruteraan yang cuba ditutup.
Dengan itu juga, terdedahlah bahwa pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan di Pulau Pinang dan di bawah lebuh raya berkembar tertinggi itu, amat tidak berdisiplin kerana wewenangnya menggugurkan daun-daun kering mati merata-rata sehingga naik ke atas lebuh raya.
******
Tinggalkan Jawapan