AHLI PARLIMEN LABUAN DEDAH UGUTAN LOMPAT KE PARTI BERSATU

Editorial

10 Feb 2022

Edisi Siasat telah menyiarkan pengakuan Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli dari parti Warisan, bagaimana dia telah diugut supaya melompat ke parti Bersatu jika tidak mahu dirinya didakwa.

Intipati pengakuan berkenaan dicatatkan telah diperoleh daripada afidavit pihak Ahli Parlimen tersebut.

Adakah pendedahan ini sebagai sebahagian daripada apa yang telah didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador tentang campurtangan eksekutif kerajaan terhadap badan perundangan?

Kata TS Hamid, “..pergi Sabah, tiba-tiba kang dah sorang mengaku nak melompat. Cuba SPRM siasat benda-benda macam ni, siasat orang-orang (yang mengugut) ini.”

Campurtangan eksekutif ini, sebagaimana didedahkan, adalah bertentangan dengan prinsip ‘pengasingan kuasa badan eksekutif, perundangan dan kehakiman negara’ yang menjadi dasar penting dalam pentadbiran negara demokratik.

Pendedahan ini adalah satu tamparan terhadap Presiden parti Bersatu, dan telah membangkitkan pelbagai persoalan.

Adakah ini juga menjadi modus operandi terhadap kes-kes yang melibatkan pemimpin UMNO yang telah melompat ke Bersatu serta kes-kes yang kini dalam perbicaraan di mahkamah?

Pendedahan Edisi Siasat tersebut adalah seperti berikut:

Sumber: https://edisisiasat.com/2022/02/09/pendedahan-mahiaddin-salah-guna-kuasa-oleh-mp-labuan/

Mahiaddin memang dikenali sebagai pemimpin yang amalkan ‘scheme of things’ aka rasuah politik untuk dapatkan sokongan.

Selain dari rasuah politik, Mahiaddin juga dikatakan menggunakan unsur ugutan dan menyalahgunakan agensi kerajaan yang lain.

Ini bukan fitnah, tetapi adalah pendedahan yang dibuat sendiri oleh Ahli Parlimen Labuan dari parti Warisan.

Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli, mendedahkan perkara itu ketika permohonan pembatalan dakwaan rasuah yang beliau hadapi.

Rozman mendakwa kes jenayah tersebut berpaksikan atas meninggalkan parti Warisan yang dan menyertai PPBM.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan membatalkan saman itu, Rozman mendakwa:

‘Antara yang menemuinya adalah seorang pegawai SPRM, pembantu PM ketika itu, Muhyiddin Yasin dan seorang timbalan menteri.’

Apakah Agensi Penguatkuasa Juga Berada Dalam Cengkaman Orang Politik?

Rozman mendakwa ketika sesi rakaman keterangan di SPRM, seorang pegawai SPRM telah bertanya:

“Mengapa begitu sukar bagi ahli parlimen Warisan itu meninggalkan parti tersebut dan menyokong Muhyiddin?”.

“Kenapa susah sangat nak sokong PM kita ini, kalau YB beri sokongan, kerja saya pun jadi senang”.

Rozman juga mendakwa bahawa dalam bulan Ramadan pada 2020, dia menerima panggilan telefon daripada seorang pembantu Muhyiddin.

Beliau telah ditawarkan jawatan pengerusi Perbadanan Labuan dengan syarat menyertai parti PPBM dan meninggalkan Warisan.

Pembantu itu juga memberi ugutan bahawa dia akan diheret ke mahkamah jika menolak tawaran tersebut.

Pada Mac tahun lalu, sia dihubungi oleh SPRM dan diberikan tarikh untuk dihadapkan ke mahkamah.

Pada keesokan hari, dia menerima panggilan telefon daripada seorang kawan dari Sabah.

Kawan beliau menawarkan bantuan supaya beliau tidak dihadapkan ke mahkamah.

Tetapi dengan syarat, beliau mesti tinggalkan Warisan dan menyertai PPBM.

Beberapa hari selepas itu, seorang Timb. Menteri memanggilnya untuk berjumpa rakannya di SPRM, bagi membantu ya daripada diheret ke mahkamah.

Ketika berada di pejabat SPRM di Putrajaya, dia diberi notis mengejut untuk hadir pemeriksaan oleh SPRM pada 16 Julai tahun lalu.

Dia dimaklumkan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 23 Julai, namun dia hanya didakwa pada 14 Okt tahun lalu.

Pulangkan Semula Mandat Kepada Rakyat Supaya Kerajaan Baharu Dapat Di Bentuk

Sekiranya apa yang tertulis dalam afidavit Rozman adalah benar, maka sangat jelas, hampir keseluruhan sistem di Malaysia sudah musnah.

Yang sepatutnya didakwa bukanlah mangsa pendakwaan yang bermotifkan politik tetapi orang yang telah memusnahkan sistem di Malaysia.

Apa sudah jadi dengan sistem pengasingan kuasa di Malaysia?

Sebelum keadaan menjadi semakin parah, pulangkan semula mandat kepada rakyat supaya kerajaan baharu dapat dibentuk!!!

Komentar:

Adakah pemimpin sebegini yang rakyat mahukan? Sewajarnya pemimpin begini hendaklah diheret ke mahkamah.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: