BERSATU CUBA MEMBOHONGI RAKYAT DALAM KEMPEN DI BATU PAHAT

Editorial

9 Feb 2022

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, DS Azmin Ali yakin bahawa Bersatu akan dapat mempertahankan 11 kerusi DUN yang dimenangi Bersatu pada PRU14 tempoh hari.

Nampaknya kempen Bersatu tidak ubah sebagaimana kempen PRU14 yang membohongi rakyat dengan fakta palsu.

Kali ini Azmin juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjaja bahawa PN di bawah pentadbiran TS Muhyiddin telah berjaya membawa Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19.

Hakikatnya semasa berkuasa selama 17 bulan kerajaan PN yang didominasi Bersatu telah membawa bencana kepada ekonomi rakyat dengan ‘total lockdown separuh masak’ selama hampir setahun.

Pada Julai-Ogos tahun lalu, Malaysia telah dikategorikan sebagai 5 negara teratas di dunia yang paling teruk dijangkiti Covid19 mengikut perangkaan per juta penduduk.

Bukan itu sahaja Azmin juga dilihat sebagai dalang yang lebih mementingkan golongan kapitalis dan mengabaikan ‘kluster perkilangan’ sehingga kadar jangkitan Covid19 naik mendadak dan diklasifikasikan antara terburuk di dunia.

Malahan kemelut pentadbiran negara telah dicemari dengan pelaksanaan Ordinan Darurat yang diterjemahkan oleh pembangkang sebagai muslihat untuk mempertahankan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan bukannya untuk mengekang Covid19.

Akhirnya setelah Ordinan Darurat diungkai, Muhyiddin jatuh juga kerana hilang sokongan daripada majoriti ahli parlimen.

Bukan itu sahaja Menteri Undang-Undang di bawah kabinet Muhyiddin juga telah dipersepsikan sebagai ‘menderhaka kepada DYMM Agong’.

Ahli Parlimen PD, DS Anwar Ibrahim telah mendakwa di parlimen bahawa Dtk Takiyuddin Hassan perlu meletakkan jawatan kerana ingkar kepada DYMM Agong dan mengelirukan Dewan Rakyat. Ia diterjemahkan sebagai suatu penderhakaan.

Sidang parlimen itu mengejutkan rakyat apabila kerajaan yang diterajui Muhyiddin yang berlindung di sebalik Ordinan Darurat telah menderhaka kepada DYMM Agong dan takut jika terbangkit usul undi tidak percaya kerana kehilangan majoriti.

Manakala dalam konteks ekonomi kerajaan PN telah berjaya meningkatkan hutang negara kepada lebih RM1 trilion.

Lantas, di manakah asasnya yang Azmin dakwa PN yang didominasi Bersatu telah berjaya menangani dua krisis besar dihadapi negara membabitkan aspek kesihatan dan ekonomi susulan pandemik COVID-19?

Lihatlah banyak cawangan Bersatu baik di Pagoh yang menjadi kubu kuat Muhyiddin dan di Pulai telah dibubarkan.

Manakala terkini ADUN Puteri Wangsa yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang dan juga ADUN Larkin, Dtk Mohd Izhar Ahmad telah keluar daripada Bersatu. Kedua-duanya adalah Exco kerajaan negeri.

Malah sudah tertular berita ura-ura lapan ahli parlimen Bersatu akan keluar meninggalkan parti.

Adakah mereka ini meninggalkan Bersatu tanpa sebab, sedangkan rasional yang mereka berikan adalah kerana Muhyiddin telah jauh terpesong misi dan visinya sebagai Presiden Bersatu.

Seperkara lagi rakyat juga tidak lupa skandal semburit yang tular dan berpunca di Sandakan.

Video skandal semburit Sandakan yang cuba ditutup adalah satu pencabulan ke atas ketelusan sebuah kerajaan.

Lebih penting dari itu ianya menguji pemimpin-pemimpin kerajaan, apakah mereka mengutamakan kepentingan negara ataupun kepentingan peribadi.

Pada pentas antarabangsa di negara maju, mereka yang dituduh terlibat dengan skandal seks ataupun kesalahan seksual, tidak mengheret kerajaan yang sedang memimpin meskipun belum dibuktikan bersalah.

Malah katanya, demi kepentingan negara, mereka dengan mudah dan rela hati akan mengambil tindakan paling hormat iaitu mengundurkan diri.

Menteri Ekonomi Ontario, Kanada, meletak jawatan ekoran tuduhan kesalahan seksual terhadapnya.

Anehnya di Malaysia, seseorang pemimpin itu terus dijulang sehingga ke liang lahad tanpa mengambil kira ‘dosa pahalanya’ secara sedar ataupun tidak.

Tidakkah pemimpin sedemikian merupakan liabiti kepada Bersatu?

Semoga pengundi Johor tidak diperbodohkan lagi sebagaimana mereka telah diperbodohkan pada PRU14.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: