WAN SAIFUL KUTUK PH TAPI DI JOHOR BAHARU DAN PENGERANG BERSATU MELUTUT PADA PH

Editorial

8 Feb 2022

Tertonjol sangat cacamarba pentadbiran Bersatu apabila Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan mengutuk PH di Batu Pahat, sedangkan di Johor Bahru, Pemuda Bersatu mahu bergabung dengan PH dan di Pengerang Bersatu merayu dan melutut pada PH.

Semasa Bersatu tidur sebantal dengan PH, Wan Saiful inilah yang menjadi perekacipta dan penulis Manifesto PH yang didakwa oleh Tun Mahathir sebagai bukan ‘kitab suci’ yang tidak perlu ditunaikan.

Setiap parti mencipta Manifesto dengan kajian terperinci supaya apa yang dijanjikan adalah realistik, ada upaya kebolehlaksanaan, reliabel dan valid, tetapi budak bebal Saiful ini menulis tanpa data.

Dengan sebab itu rakyat melihat Manifesto PH yang direkacipta oleh Wan Saiful hanya sebagai kertas tisu tandas awam, serupalah dengan tukang ciptanya yang penuh dengan sifat penipuan dan pembohongan.

Kini setelah keluar dari PH dia hendak mengutuk PH pula dengan kata-kata nista, serta muslihat membela mentornya Muhyiddin Yassin.

Hakikatnya kedua-duanya adalah sama darjat, penipu dan pengkhianat.

Dia mendakwa, “Apabila kita, Bersatu, sebahagian daripada PH, ketika rakyat perlukan bantuan dan minta bantuan, kita lihat bagaimana agenda PH hanya potong sana, potong sini.

“Kurangkan bantuan ini, potong bantuan itu. Sebaliknya mereka beri bantuan RM30. Jumlah itu habis selepas sekali atau dua kali makan,” katanya ketika sesi taklimat jentera kempen Perikatan Nasional (PN) di Batu Pahat, Johor untuk PRN.”

Namun, kata Wan Saiful lagi, “ancaman sebenar adalah ideologi PH, yang menurutnya bertentangan dengan prinsip yang dipegang Tunku Abdul Rahman ketika kemerdekaan negara.”

Wan Saiful, kamu lupakah bagaimana Bersatu ketika berkuasa selama 17 bulan telah membuat rakyat menderita tak keluar rumah dengan ‘total lockdown separuh masak’ hampir setahun sehingga ekonomi rakyat hancur dan punah?

Sedangkan Covid19 terus naik mendadak ketika parti Bersatu berkuasa sehingga Malaysia dikategorikan sebagai 5 negara paling teruk dijangkiti pandemik itu mengikut per kapita jumlah penduduk.

Wan Saiful lupakah bagaimana Ordinan Darurat digunakan untuk menyelamatkan kuasa Muhyiddin dengan cara menyekat sidang parlimen?

Kemudian Wan Saiful juga lupa bagaimana rakan sekongkol Bersatu dari PAS telah menipu parlimen mengenai tarikh ungkai pelaksanaan Ordinan Darurat.

Di Batu Pahat Wan Saiful kutuk PH, tetapi di Pengerang Ketua Bersatu, Mohd Faizal Asmar memohon kerjasama PH kerana persaingan tiga penjuru dalam PRN Johor perlu dielakkan sebagai mengambil iktibar kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Penawar dan Tanjung Surat kepada BN semasa PRU14.

Kemudian di Johor Baharu, Armada Bersatu mahu bergabung dengan PH untuk ‘membunuh UMNO-BN’ bagi membenarkan hakikat betapa Bersatu mengkhianati ideologinya sendiri.

Lantas, nampaknya Wan Saiful mengutuk PH sedangkan orang-orang Bersatu melutut mohon kerjasama, malah mahu bergabung dengan PH.

Apakah wawasan, misi dan ideologi Bersatu yang dikepalai oleh ‘bapa pengkhianat’ itu?

Betullah kata DS Najib, kamu Wan Saiful adalah ‘budak bebal’ manakala Nazri TS Aziz pula melabelkannya sebagai ‘bangang’.

Bagi rakyat, kamu adalah perekacipta Manifesto cap ayam dan kini cuba menjadi jagoan Bersatu, setelah kalah menggelupur di PRN Melaka.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: