PEJUANG PIMPINAN MAHATHIR AKAN TERSUNGKUR DI PRN JOHOR

Editorial

8 Feb 2022

Dengan keadaan kesihatan Pengerusi Pejuang yang tidak menentu dan faktor usia tua yang tidak membantu kekuatan parti yang baru setahun jagung itu, Pejuang diramalkan akan tumbang di PRN Johor.

Dua penganalisis meramalkan parti Pejuang pimpinan Tun Mahathir akan tewas pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, terutamanya jika parti itu bertanding bersendirian di 42 kerusi.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Pejuang bertuah jika memenangi hatta satu kerusi di PRN Johor.

Tegas Ei Sun, “UMNO, dengan penggemblengan besar akar umbinya, hampir pasti akan menang mudah di kebanyakan kawasan majoriti Melayu.”

Seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan berkata, Pejuang akan bergelut untuk memenangi hati pengundi kerana parti itu tidak “sinonim” dengan Johor, tidak seperti UMNO, Bersatu dan MUDA.

Beliau berkata, Pejuang akan tewas jika ia berkeras untuk bertanding di 42 kerusi.

“Mereka harus memberi tumpuan kepada satu atau dua kerusi di mana mereka ada pengaruh dan boleh menarik undi daripada UMNO dan Bersatu,” katanya.

Azmi berkata, Mahathir tidak popular dalam kalangan rakyat Johor dan kurang berpengaruh pada PRN kali ini.

Pelbagai soalan terbangkit, adakah Pejuang mempunyai akar umbi di Johor? Adakah Pejuang mempunyai calon yang berwibawa dan berkaliber di Johor, malah adakah pejuang mempunyai penyokong daripada rakyat Johor sedangkan Mahathir sendiri telah mencatatkan rekod buruk atas hubungannya dengan DYMM Sultan Johor.

Pejuang jangan lupa bahawa Johor adalah tanah kelahiran UMNO, sedangkan Tun Mahathir kini diklasifikasikan sebagai musuh tegar UMNO, yang penuh dengan tipu muslihat dan konspirasi.

Selama ini pun media jarang menguar-uarkan sebarang suara pemimpin Pejuang sebagai memantapkan falsafah dan prinsip Pejuang pada sfera politik tanahair, kecuali keluarnya Ahli Parlimen Pejuang dari Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik untuk bersama dengan PKR.

Ia bukan sahaja mengurangkan jumlah ahli parlimen yang berada dalam khemah kecil Pejuang tetapi ia juga satu kemaluan besar kepada Pejuang, bukan setakat Maszlee telah keluar meninggalkan parti itu, tetapi Maszlee telah melompat masuk ke parti musuh Mahathir yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim.

Lemah dan tepoknya Pejuang kini kerana mempunyai hanya 4 daripada 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan hanya 5 ADUN daripada 607 kerusi DUN di seluruh negara.

Tidak hairanlah sekiranya semasa bersama PH dahulu, meskipun Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, rasa hormat parti komponen terhadapnya amat ciput kerana kekuatannya hanyalah bagaikan melukut di tepi gantang.

Kini setelah Mahathir memutuskan hubungannya dengan Bersatu, sifat melukut di tepi gantang parti Pejuang itu menjadi lebih ketara.

Teknik membeli katak politik yang dipelopori Bersatu ketika Mahathir berkuasa, mungkin sudah berakhir pada PRU15 nanti, apabila ramai katak-katak politik akan kehilangan tempat bergantung apatah lagi apabila ‘Akta Lompat Parti’ akan diperkenalkan.

Adakah cukup dengan mengangkat sejarah silam Mahathir yang kini menjadi kutukan rakyat yang sensitif dan peka terhadap skandal dan konspirasi rasuah, nepotisme, kronisme adan authoritarianisme (pemerintahan kuku besi)?

Dampak kecelakaan konspirasi Mahathir terhadap semua bekas Timbalan PM dan semua PM yang menggantikannya masih lagi menjadi pekung bisa yang menganiaya kerjaya politik mereka semua.

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: