SADDIQ SOKONG KETIDAKPEDULIAN ADUN PADA RAKYAT, JIKA MEREKA RAKAN SEKONGKOL

Editorial

7 Feb 2022

Presiden parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang terkenal dengan gelojoh, sentimen dan emosional, telah mengkritik berapi-api terhadap ADUN Tiram atas aduan rakyat.

Saddiq menggunakan keluhan rakyat dan pengundi DUN Tiram yang mendakwa ADUN mereka tidak mengambil peduli terhadap kebajikan masyarakat India.

Banyak bantuan yang boleh disalurkan kepada rakyat Tiram tetapi diabaikan oleh YB Gopalakrishnan. Apatah lagi dengan situasi pascabencana banjir di kawasan berdekatan sungai serta kawasan rendah yang didiami rakyat.

Setelah mengetahui bahawa ADUN Tiram, Gopalakrishnan adalah ADUN PKR dan merupakan Naib Pengerusi PKR Johor, Syed Saddiq terus menarik balik dan memadamkan siaran kritikan di FB-nya.

Barulah dia sedar bahawa ADUN Tiram adalah rakan sekongkol MUDA, yang kini terhegeh-hegeh mengharap laluan dan sokongan PKR untuk meletakkan calon mereka.

Sebelum inipun Syed Saddiq memohon bantuan rakyat untuk mendapatkan dana yang akan digunakan untuk penamaan calon MUDA dan kempen PRN Johor.

Lantas terdedahlah kepada rakyat jelata, khususnya di Johor bertapa hipokrit dan munafiknya Syed Saddiq yang gelojoh, sentimen, dan emosional ini, kerana dia menentang ketidakpedulian, ketidakpekaan dan pengabaian ADUN terhadap rakyat, tetapi boleh saja bersikap sedemikian sekiranya mereka rakan sekongkol pembangkang.

Saddiq memohon maaf, tetapi apa maknanya pemohonan maaf itu sekiranya ia ditafsirkan sebagai membenarkan ketidakpedulian, pengabaian dan ketidakpekaan terhadap masalah rakyat hanya kerana ADUN itu rakan sekongkol kamu?

Permohonan maaf itu mendedahkan kepada rakyat Johor bahawa Saddiq adalah hipkrit dan tidak jujur dalam banyak kata-katanya.

Sebelum ini di Tanjung Piai, Syed Saddiq yang kononnya bijak berdebat, telah menghina calon Bersatu, Karmaine Sardini sebagai ‘arwah Karmaine’.

Ia sesuatu yang amat memalukan pihak PH kerana seakan-akan mereka meletakkan calon yang sudah menjadi mayat.

Adakah Syed Saddiq fikir PRK itu merupakan pemilihan calon ‘zombie’ untuk membela rakyat?

Malahan sebelum ini tertular gambar Syed Saddiq tanpa pakaian di atas katil bersama wanita cantik.

Jika isteri sekalipun adakah perlu gambar sedemikian ditularkan untuk menunjukkan peganagan ‘liberalisme sosial’ kepada anak MUDA?

Pemuda DAP pernah mendakwa terdapat kedangkalan tingkah-laku Syed Saddiq dalam politik. Dia adalah opurtunis yang bertindak semata-mata untuk meraih sokongan.

Pemimpin politik gelojoh dan emosional beginikah yang rakyat mahukan?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: