BERSATU HINA PKR DAN AMANAH APABILA MINTA MEREKA BEREDAR DARI PENGERANG

Editorial

7 Feb 2022

Apakah ertinya BN-UMNO berdiri sebagai parti komponen PN sekiranya Bersatu memohon agar PH dan pembangkang memberi laluan kepada PN bertanding menentang Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar dan Tanjung Surat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor?

Pada PRU14, DUN Penawar telah diwakili oleh calon Amanah, Ahmad Kamah Nor yang telah kalah teruk kepada BN Dtk Syarifah Azizah Alshahab dengan undi BN 12,330 dan majoriti 7,134.

Manakala di DUN Tanjung Sirat, PH telah diwakili oleh Zamil Najwah Arbain dari parti PKR juga telah kalah teruk kepada calon BN Dtk Syed Sis Abd Rahman yang memperoleh 9,614 undi dengan majoriti 5,422.

Walaupun tarikh penamaan calon belum lagi diumumkan oleh SPR, namun nampaknya Bersatu sudah gelabah bangat untuk membolot kerusi DUN yang juga menjadi tumpuan parti-parti komponen PH.

Namun soal utama adalah, sikap khianat Bersatu terhadap BN.

Meskipun BN tidak akan bersekongkol dengan Bersatu di PRN Johor, tetapi adakah Bersatu akan bertindak bekerjasama dengan PH seakan-akan mereka adalah parti komponen PH?

Nampak sangat bahawa Bersatu sebenarnya tidak mahu menerima BN meskipun mereka bersama-sama dalam komponen PN di peringkat Persekutuan.

Lantas, tindakan membubarkan DUN Johor adalah tindakan yang amat wajar.

Malahan dengan ugutan Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin dan PAS untuk menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri DS Ismail Sabri juga mewajarkan agar Parlimen dibubarkan dan Pru15 segera diadakan.

Ketua Bersatu bahagian Pengerang, Mohd Faizal Asmar memohon kerjasama PH kerana persaingan tiga penjuru dalam PRN Johor perlu dielakkan sebagai mengambil iktibar kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di dua DUN tersebut kepada BN semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Faizal menegaskan, pada PRU14 yang lalu, kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh parti pembangkang daripada PH, namun “kalah teruk” dengan BN.

“Kami sedar akan perkara itu dan mengambil iktibar akan kekalahan itu. Ini menunjukkan parti-parti seperti ini masih belum diterima oleh masyarakat Melayu di luar bandar.

Faizal mendakwa kekalahan parti Amanah dan PKR menunjukkan parti-parti seperti ini tidak diterima oleh masyarakat Melayu di luar bandar.

Oleh yang demikian Bersatu berharap agar Amanah dan PKR memberi laluan kepada PN untuk berlawan dengan BN.

Pendirian itu, kata Mohd Faizal, adalah sebagai sokongan kepada kenyataan pengerusi PN merangkap presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bahawa PN bercadang bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor.

Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Faizal itu satu penghinaan terhadap Amanah dan PKR yang baginya, ‘tidak diterima oleh rakyat dan pengundi Pengerang’.

Inilah dia perilaku Bersatu yang jelas menjadi pengkhianat kepada BN, sedangkan mereka tahu bahawa Johor adalah tanah tumpah kelahiran UMNO yang dimenangi oleh PH-Bersatu semasa PRU14 atas dasar penipuan, janji palsu, fitnah dan pembohongan.

Bersatu nampaknya tidak sedar diri bahawa mereka telah kalah teruk di PRN Melaka, dan juga di PRK Tanjung Piai.

Semoga pengundi di Johor sedar akan hakikat ini.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: