BAPA PENGKHIANAT MARAH PENGKHIANAT APABILA DIA DIKHIANATI

Editorial

6 Feb 2022

Presiden Bersatu, TS Muhyiddin@Mahiaddin Yassin dikatakan menyinga apabila mengetahui bahawa ada ura-ura G11 yang telah mengkhianati PKR dan menyertai Bersatu akan lompat pula ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu ditubuhkan.

Masakan Muhyiddin tidak menyinga setelah pelbagai imbuhan diberikan kepada mereka sehingga mendapat tempat dalam kabinet PN.

Tindakan pertama yang dikenakan kepada kumpulan G11 itu adalah terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dtk Zuraida Kamaruddin kerana telah heboh dikatakan akan melompat ke PBM, apabila namanya telah dikeluarkan daripada grup ‘whatsapp’ pemimpin Bersatu.

Zuraida telah dilihat mempunyai penglibatan dalam pembentukan PBM, sama ada secara langsung atau tidak.

Terdapat juga beberapa pemimpin Bersatu yang mahu menyingkirkan Zuraida daripada jawatan menteri kerana mengkhianati parti untuk bersama dengan PBM.

Meskipun tiada pengesahan, Zuraida dijangka keluar Bersatu April ini, untuk menyertai PBM sebelum PRU15, dengan mengambil kira jangkaan kerajaan pimpinan DS Ismail Sabri Yaakob yang akan membentangkan rang undang-undang Akta Antilompat parti ketika itu.

Zuraida disahkan oleh ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhamad Faiz Na’aman bahawa namanya telah dikeluarkan daripada grup ‘Whatsapp’ yang dianggotai lebih 30 ahli MPT Bersatu, termasuk Presiden Muhyiddin Yassin.

Zuraida juga perlu disingkirkan untuk menjaga rahsia Bersatu.

Ia juga satu amaran keras terhadap Azmin Ali yang sememangnya merupakan pemimpin PKR seangkatan dengan Zuraida dalam G11 supaya tidak mengkhianati Bersatu.

Tindakan kepimpinan tinggi Bersatu ‘mengkhianati’ parti itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana di tengah-tengah gelombang terbubarnya DUN Johor, dua ADUN Bersatu telah mengesahkan ‘pengkhianatan’ mereka apabila mereka melihat Muhyiddin sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal Bersatu.

Sejak PBM dilancarkan, orang kuat Zuraida yang juga merupakan Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad, telah mengisytiharkan keluar Bersatu, bersama lebih 53,000 ahli, untuk menyertai PBM sebagai Setiausaha Agungnya,

Pengasas parti PBM adalah rakan Bersatu, termasuk dua Ahli Parlimen Bebas, Larry Sng dan Steven Choong, yang mana kedua-dua mereka berasal dari PKR, begitu juga Zuraida.

Nampaknya Muhyiddin yang dikatakan sebagai perancang utama ‘Langkah Sheraton’ yang diterjemahkan sebagai konspirasi pengkhianatan terhadap Tun Mahathir, kini menyinga apabila terdapat orang kuatnya yang akan keluar parti.

Muhyiddin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Bersatu tidak terkesan apabila ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan ADUN Larkin Dtk Mohd Izhar Ahmad yang kedua-duanya dari Bersatu, telah keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Masakan tidak terkesan, apabila Bersatu yang ketandusan akar umbi di tengah-tengah gelombang PRN Johor, dikhianati atas alasan tidak mempercayai Presiden.

Apabila Mazlan dan Izhar melangkah keluar parti Bersatu, mereka tidak bersendirian, tetapi ribuan ahli turut menyertai mereka.  

Perkara yang menjadi ironi ialah, wajarkah Muhyiddin melenting dan menyinga terhadap Zuraida, Mazlan, Izhar atau sesiapa jua yang mengkhianati Bersatu, sedangkan Presiden sendiri telah memulakan pengkhianatan terhadap Tun Mahathir yang merupakan Pengerusi Bersatu sebelum ‘Langkah Sheraton’?

Adakah dia lupa bagaimana UMNO dikhianati semasa PRN Sabah, apabila melantik orang dia sebagai Ketua Menteri meskipun UMNO menang 14 kerusi, manakala Bersatu hanya 11 kerusi?

Pengkhianatan Muhyiddin terhadap Mahathir adalah sesuatu tindakan yang amat parah sehingga dia wajar dilabelkan sebagai ‘bapa pengkhianat’ Bersatu kerana membawa padah kepada sistem pentadbiran negara, apabila pemerintah berubah-ubah dan mengakibatkan ekonomi negara tidak stabil sehingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja, Muhyiddin juga dikatakan telah menggunakan Ordinan Darurat untuk kesinambungan hayat politiknya dan menutup segala muslihatnya daripada sidang parlimen.

Tidak sekadar itu sahaja, Muhyiddin juga dikatakan menawar laba kepada sesiapa daripada parti lain yang mahu mengkhianati parti asal mereka untuk bersama dengan Bersatu. Di situlah datangnya katak-katak yang telah mengkhianati PKR dan juga UMNO untuk bersama dengan parti Bersatu yang penuh dengan pengkhianat.

Malahan pngkhianatan Muhyiddin terhadap Mahathir diterjemahkan sebagai pengkhianatan kerajaan ‘tebuk atap’ yang hanya kekal selama 17 bulan, dan kini rakyat masih tertanya-tanya berapa lama pula kerajaan PN yang diterajui oleh DS Ismail Sabri akan kekal.

Hayat pemerintahan Muhyiddin sebagai PM lebur apabila pelaksanaan Ordinan Darurat ditamatkan.

Terkini dalam kemelut Bersatu-UMNO, Muhyiddin telah mengugut Ismail Sabri pula untuk dikhianati, mungkin supaya dia diangkat semula sebagai PM.

Lantas satu ironi yang amat ketara apabila ‘bapa pengkhianat’ menyinga ketika dia dikhianati oleh pengkhianat yang mengkhianatinya.

Ismail Sabri tidak terkesan sedikitpun dengan langkah pengkhianatan Muhyiddin itu kerana, itulah jalan sebaiknya untuk membubarkan kerajaan PN agar rakyat menentukan mandat mereka kepada kerajaan baharu melalui PRU15.

Bukan itu sahaja, satu libasan maut akan terkena Muhyiddin apabila ‘Akta Antilompat Parti’ akan digubal oleh Ismail Sabri sebelum kerajaan PN dibubarkan.

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: