Editorial
5 Feb 2022
Menteri Kewangan tidak wajar memandang enteng kepada isu kontroversi pinjaman bank tanpa cagaran baru-baru ini ke atas syarikat perjudian Genting Hong Kong yang diluluskan dengan begitu mudah sekali.
Pihak media telah melaporkan tiga bank Malaysia, Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad yang dijangka mengalami kerugian USD600 juta atau RM2.51 bilion ekoran Genting Hong Kong yang diisytihar muflis.

Mengapakah bank-bank ini dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong, kecuali ia mempunyai kepentingan pihak tertentu terutamanya Bank Negara dan Menteri Kewangan?
Turut merasi dampak pinjaman berbilion ringgit itu ialah PNB, KWSP dan Khazanah apabila mengalami kerugian kira-kira RM2.51 bilion dalam pelaburan mereka yang tidak sepatutnya didiamkan sahaja di tengah-tengah kemelut pandemic Covid19 serta dampak bencana alam.
Kesan rantaian ini adalah kerana kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham terbesar dalam ketiga-tiga bank tersebut.
Anehnya ada pihak cuba menjadikan DS Najib Tun Razak sebagai kambing hitam kepada skandal Genting Hong Kong ini.

DS Najib membidas, bahawa skandal yang berkaitan dengan bank perdangan itu, tiada kena-mengena dengannya dan telah diuruskan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Kewangan di bawah kerajaan pimpinan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul yang juga seorang ahli perbankan pastinya lebih mahir dalam isu berkenaan, dan pinjaman tanpa cagaran yang berpotensi menggugat institusi kewangan negara.
Sesiapa sahaja yang membuat pinjaman bank akan dikenakan dengan kadar faedah dan cagaran yang kadangkala mereka tak mampu meminjam. Jika prosedur pinjaman tanpa cagaran ini biasa bagi bank, sebagaimana jawapan Zafrul, ia pastinya melingkupkan institusi kewangan negara.
Adakah ini keuntungan yang kerajaan dapat daripada pelantikan ikon perbankan dalam kabinet yang lebih memetingkan golongan kapitalis?
Rakyat disekat apabila mahu mengeluarkan caruman KWSP mereka, sebaliknya wang caruman mereka dengan mudahnya diberikan kepada syarikat perjudian yang muflis.
Sewajarnya pihak bank amat peka dan waspada dalam memberi pinjaman apatah lagi pinjaman tanpa cagaran, kecuali sekiranya Zafrul mempunyai kepentingannya dalam urusan pinjaman Genting Hong Kong itu.
SPRM hendaklah segera menyiasat, jangan tunggu sehingga ada aduan rakyat.
Kementerian Kewangan seperti mahu menutup isu berkenaan, di tengah-tengah rakyat menghadapi kemelut ekonomi yang amat parah sekarang akibat pandemic Covid adan bencana alam.
Kerajaan PN era Muhyiddin yang menggunakan Ordinan Darurat untuk menyembunyikan perbelanjaan negara wewenangnya daripada pengetahuan parlimen menjadi genjot dengan Menteri Kewangan yang dilantik bukan daripada badan perbankan yang tidak prihatin terhadap rakyat, sebaliknya lebih menetingkan golongan kapitalis.
Status muflis Genting Hong Kong, seakan-akan mengulangi skandal BMF ketika Tun Mahathir berkuasa, sehingga menyebabkan kematian akauntan BMF, Allahyarham Jalil Ibrahim yang dibunuh di Hong Kong.

Skandal Genting Hong Kong ini yang melibatkan RM2.51 bilion adalah lebih perit berbanding kes 1MDB, dan diharap pihak anti-UMNO tidak mengunci mulut dan tulikan telinga dengan sikap ‘double standard’ mereka.
Isu ini menambahparahkan lagi indeks rasuah Malaysia di mata dunia.
Zafrul membalas dengan mudah apabila dia mendakwa pemberian pinjaman tanpa cagaran bukanlah perkara yang luar biasa dalam sektor perbankan.
Bank-bank, jelasnya boleh meluluskan pinjaman tanpa cagaran berdasarkan kesanggupan bank tersebut mengambil risiko pada peringkat dalaman (risk appetite), penilaian kredit yang memenuhi kriteria dan kelulusan berdasarkan proses tadbir urus dalaman.
Terdahulu, tiga bank Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad berdepan kerugian apabila syarikat Genting Hong Kong yang mengambil pinjaman daripada mereka diisytihar muflis.
Lantas dari manakah pihak bank yang menjadi sandaran rakyat serta pelabur akan dapat kembali wang mereka sekiranya pihak peminjam yang melibatkan RM2.51 bilion telah muflis?
******
Tinggalkan Jawapan