SEGERAKAN PRU15 UNTUK KESTABILAN EKONOMI DAN HAPUS KATAK POLITIK

Editorial

3 Feb 2022

PRU15 sewajarnya diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Mandat rakyat yang diberikan kepada PH semasa PRU14 telah dinodai dengan janji-janji palsu dan pembohongan, negara menjadi kucar-kacir kerana perebutan kuasa dan sehingga hari ini wujud ketidakstabilan politik dan ekonomi.

Pemimpin-pemimpin seperti TS Muhyiddin Yassin serta ramai lagi konconya dalam PN adalah sebahagian daripada pemimpin PH yang telah menipu rakyat.

Bukan itu sahaja, mereka telah melantik ‘budak-budak kita’ dalam badan perundangan dan kehakiman negara untuk melampiaskan nafsu politik mereka sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador.

Mandat rakyat hendaklah segera dikembalikan bagi menstabilkan kembali politik Malaysia yang pada 2017 sebelum PH berkuasa adalah antara terbaik dan tertinggi di Asia.

Lihatlah bagaimana golongan serpihan PH ini telah menggunakan Ordinan Darurat untuk menyekat suara rakyat, supaya mereka boleh wewenang menggunakan kuasa untuk selewengkan perbelanjaan negara.

Ordinan Darurat yang digunakan untuk menyekat pandemik Covid19 hanyalah retorik politik sehingga Malaysia dicatatkan sebagai 10 negara paling teruk dijangkiti Covid19.

Akibat daripada kegagalan Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangannya, kini hutang Malaysia sudah melampaui RM1trilion.

Banyak keluhan rakyat yang disekat kerana Menteri Kewangan dipilih dan dilantik oleh pemimpin Bersatu daripada kalangan penggiat bank yang tidak memahami penderitaan rakyat, sebaliknya lebih mementingkan kebajikan bank dan golongan kapitalis.

Negara berada dalam kedudukan yang amat merugikan apabila tiada Pelaburan Asing Terus (FDI) yang masuk ke negara ini.

Lihatlah bagaimana beberapa syarikat gergasi telah lari berhijarah ke Indonesia, kerana negara yang jauh ketinggalaan dari aspek infrastuktur ekonomi berbanding Malaysia itu, mempunyai kestabilan politik yang lebih kukuh dan menjamin pelaburan mereka.

Lebih 30 negara di dunia sudahpun mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan Covid-19.

bPRU15 juga akan menghapuskan katak-katak politik, kerana kerusi Parlimen dan DUN yang mereka sandang adalah kerusi milik parti asal sebelum mereka melompat ke parti lain.

Golongan ini amat kepanasan sekiranya PRU15 diadakan kerana tiada akar umbi untuk menyokong mereka sekiranya PRU15 diadakan.

Banyak negeri tidak stabil, selain Melaka, Sabah dan Sarawak yang telah melaksanakan PRN, Johor, Perak dan Kedah juga sedang kepanasan.

Oleh itu daripada mengadakan PRN bagi negeri-negeri tersebut, eloklah sekirannya PRU15 diadakan segera supaya kemelut politik di sana-sini yang menyekat dan mengganggu pembangunan ekonomi negeri dan negara dapat dihentikan segera.

Pada PRN Melaka dan PRN Johor yang akan diadakan, kemelut politik dalam kalangan parti besar seperti PH dan PN sendiri telah menunjukkan perbalahan, apabila bertelingkah terhadap penggunaan logo gagasan masing-masing.

PKR menolak penggunaaan logo PH, manakala PN mahu menggunakan logonya sendiri, sedangkan akar umbi PAS rasa terhina apabila logo PAS diketepikan.

Lantas bagaimana nanti apabila mereka berkuasa, masing-masing akan bergelut lagi untuk menuntut dominasi politik.

Rakyat harus bijak memilih kerana katak-katak PH dan pemimpin PH sendiri sentiasa mahu ‘membunuh BN-UMNO’.

Lihatlah di PRN Melaka dan kini PRN Johor, bagaimana BN-UMNO berdiri sendiri untuk menghadapi serangan PH iaitu PKR, DAP dan Amanah, manakala Bersatu, PAS dan komponen PN juga sedang menghala senjata mereka ke atas BN-UMNO.

Dengan kehadiran Warisan, Muda dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), BN-UMNO juga yang menjadi sasaran serangan mereka.

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: