Editorial
1 Feb 2022
Pada PRU14, UMNO tewas 20 kerusi termasuk di kawasan yang dianggap kubu kuat mereka kepada PH, manakala MCA dan MIC turut kalah di 17 kerusi DUN Johor.
PH kemudian membentuk kerajaan negeri sebelum dijatuhkan pada penghujung Feb 2020.

Terdapat 2 kerusi yang telah dimenangi oleh calon UMNO tetapi kemudiannya dua calon tersebut telah lompat ke Bersatu, iaitu ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib.
PAS menuntut UMNO berikan padanya semua 17 kerusi yang UMNO telah kalah.
Namun pada semua 17 kerusi DUN yang UMNO telah kalah itu, PAS juga telah bertanding dan PAS telah kalah dengan undi yang jauh lebih kecil berbanding UMNO sehinggakan 15 kerusi daripadanya PAS telah hilang wang deposit.
Bermakna PAS kalah teruk.
PAS cuma menang satu kerusi DUN sahaja, itupun kerana pihak yang sepatutnya menang telah dinafikan kemenangan kerana pencalonan yang tidak sah iaitu di kerusi DUN Bukit Pasir.
Semua 17 Kerusi DUN yang dikatakan dituntut oleh PAS adalah seperti berikut:

UMNO bersetuju untuk memberikan kepada PAS 4 kerusi DUN yang pasti PAS akan menang, tetapi PAS Pusat telah menolaknya, sedangkan semua kerusi DUN yang UMNO tawarkan itu adalah kerusi DUN yang pasti boleh dimenangi.
Kenapakah PAS bersikap tamak dan tidak sedar hakikat diri.
Jika PAS mahu kesemua 19 kerusi DUN yang UMNO telah kalah dan 17 kerusi lain yang BN telah kalah melalui MCA dan MIC, maka nampaklah sangat bahawa PAS mahu mendominasi kerajaan Johor sebagaimana mereka mendominasi Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Jelas sekali semangat setiakawan PAS hanyalah untuk melemahkan kedudukan UMNO-BN di Johor, bukan untuk memperkukuhkan MN.
Lantas, PAS seperti angkuh dengan kehendaknya yang sedemikian.
Lihatlah sikap tamak PAS sehingga menonong pada mulanya mahu bertanding 11 kerusi di PRN Sarawak dan akhirnya satu kerusi pun tidak dimenanginya.

Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin mempersoal apa logiknya PAS mahu meminta semua kerusi yang Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) berbanding empat kerusi yang ditawarkan UMNO jika mahu bekerjasama dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.
Semua kerusi yang BN kalah pada PRU14, PAS juga tanding, dan PAS telah kalah bukan sahaja pada PH tetapi juga kepada UMNO. Jadi apa logik yang PAS menuntut kerusi tersebut?

Khaled membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan “bukan cara yang baik” jika UMNO tawarkan hanya empat kerusi untuk bekerjasama dalam PRN Johor.
PAS pada asalnya berminat untuk meletakkan calon mereka di semua kerusi (19) yang gagal ditawan UMNO. Manakala terdapat 17 kerusi lagi yang MCA dan MIC kalah pada PRU14 lalu, namun mereka kemudian hanya ditawarkan empat kerusi oleh UMNO.
Adakah PAS tamak haloba dan lupa diri? PAS lupakah apa yang berlaku di PRN Melaka, selain di PRN Sarawak?
Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Azam Razak membidas PAS dengan sinis supaya PAS Johor dibubarkan sahaja sekiranya mereka mempunyai maruah.
Suara mereka pun sudah malap dan tidak dihargai di Johor kerana hanya memenangi satu kerusi sahaja.

Azam berkata, gabungan Perikatan Nasional (PN) masih tidak berdaftar manakala PAS dilihat tidak lagi mampu membawa suara umat Islam di negeri ini.
Pada PRU14, PAS bergerak secara solo, meletakkan calon di 40 kerusi namun hanya memenangi satu sahaja.
Bagaimanakah UMNO boleh mempercayai PAS yang nampaknya amat rapat dengan musuh UMNO iaitu Bersatu.
Armada Bersatu pula telah mencadangkan kepada Bersatu Pusat agar bergabung dengan PH untuk ‘membunuh’ UMNO.
Adakah UMNO mahu berikan banyak kerusi pada PAS yang dipersepsikan sebagai perangkap untuk membunuh UMNO kerana rapat dengan Bersatu?
Sikap PAS yang tidak tekal (consistant) sememangnya telah menjadi tabiat mereka. Lihatlah apa cemuhan Presiden PAS suatu ketika dahulu terhadap UMNO.
“Wajib bagi PAS menyokong DAP dan haram menyokong UMNO sehingga kiamat.”

Pengerusi UMNO Johor, Hasni Mohammad memaklumkan bahawa parti itu menawarkan empat kerusi kepada PAS yang diyakini boleh menang.
Kata Hasni, tawaran itu dibuat dalam pertemuannya dengan Tuan Ibrahim.
Bagaimana pun kata Hasni, PAS menolak tawaran yang diberi UMNO kerana PAS lebih berminat dengan tawaran Bersatu yang mahu memberikan 15 kerusi untuk PAS tandingi.
Tapi PAS jahil bahawa 15 kerusi yang Bersatu akan berikan itu adalah kerusi yang susah untuk dimenangi PAS.
Sementara itu Tuan Ibrahim berkata PN akan turun dengan segala kekuatan yang ada bagi menghadapi PRN Johor selepas UMNO membuat keputusan untuk bergerak solo.
Apakah maksud Timbalan Presiden PAS itu? Adakah dia mahu melihat UMNO-BN kalah sebagaimana mereka kalah pada PRU14?
*****
Tinggalkan Jawapan