RAKYAT JANGAN LUPA BAGAIMANA BERSATU TELAH KHIANATI UMNO-BN DI PRN SABAH

Editorial

31 Jan 2022

Piagam Muafakat Nasional (MN) hanyalah antara UMNO dan PAS, tiada parti lain lagi yang terlibat dalam perjanjian tersebut pada 14 September 2019.

Ada yang cuba memfitnah mengatakan UMNO juga membuka pintu kepada Bersatu untuk menyertai MN.

Adakah MN suatu perjanjian yang bingai untuk menerima Bersatu sedangkan Bersatu adalah pihak utama yang merangka ‘ratifikasi ICERD dan Statut Rom’ sedangkan roh kepada perjanjian MN adalah menentang ICERD dan Statut Rom untuk menjaga ketutuhan Perlembagaan Persekutuan dalam hal mempertahankan kedudukan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Logikkah perjanjian yang ditubuhkan untuk menentang pihak yang mengatur agenda memusnahkan masa depan Melayu, Raja-nya dan agamanya?

Lantas tiada sebarang penglibatan Bersatu dalam MN, oleh itu bagaimanakah UMNO dituduh dan difitnah melanggari dan memungkiri janji MN?

Demi mengukuhkan kekuatan Melayu, sebelum PRN Sabah UMNO pernah cuba menjalin kerjasama politik dengan Bersatu pada Ogos 2020, apatah lagi ketika itu Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri.

Namun UMNO bukan melutut pada Muhyiddin, kerana dia harus sedar tanpa sokongan ahli-ahli parlimen UMNO, Muhyiddin tidak akan diangkat sebagai PM, sebaliknya mungkin Dr Wan Azizah atau Anwar Ibrahim.

Tapi tiga minggu kemudiannya, amat jahat bagi Bersatu yang telah mengkhianati UMNO apabila mereka meletakkan 17 calon PRN Sabah untuk menentang calon UMNO.

Bukan itu sahaja, Bersatu juga telah meletakkan calon bebas untuk menentang calon UMNO di PRN Sabah di enam kerusi DUN yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, BN masih memenangi jumlah kerusi terbanyak dengan 14 kerusi berbanding 11 kerusi DUN yang dimenangi Bersatu.

Hakikatnya semua 11 kerusi DUN Bersatu itu dimenangi oleh bekas pemimpin UMNO Sabah yang diugut dan dirasuah untuk melompat ke Bersatu.

Lantas, inikah parti yang harus UMNO hormati dan mewujudkan kerjasama?

Masih ingatkah apabila Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador dedahkan, apabila ada pemimpin di Semenanjung pergi ke Sabah, maka akan adalah yang melompat parti?

Dengan strategi jahat Bersatu itu, UMNO terpaksa melepaskan banyak kerusi tradisional UMNO-BN yang mempunyai peluang tinggi untuk menang kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan diberi jawatan Ketua Menteri sekiranya gabungan PN-Bersatu menang.

Namun begitu dengan sifat dengki dan khianat, Bersatu masih melawan BN di 17 kerusi DUN Sabah dan meletakkan calon bebas di 6 kerusi untuk memecahkan undi BN.

Lebih menyakitkan hati, walaupun UMNO-BN telah berjaya memperolehi jumlah kerusi DUN tertinggi, Ketua Menteri Sabah tetap dilantik daripada orang Bersatu.

Tidakkah ia satu kecelakaan terhadap UMNO serta pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

Kenapakah Bersatu bertindak sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan kerana Bersatu adalah parti ciput yang hanya mengharapkan musim hujan dan ribut untuk memancing katak.

Bersatu tiada akar umbi, sebagaimana dibuktikan di PRN Melaka dan kini mereka akan terperangkap pula di PRN Johor.

Lantas, rakyat Melayu sekalian harus sedar bahawa Muhyiddin Yassin dan orang kuatnya Hamzah Zainuddin adalah parasit dan pengkhianat yang tidak boleh dipercayai.

Kita percaya bahawa Haji Hadi juga telah terperangkap dengan strategi Bersatu sehingga bermati-matian cuba mempertahankan Bersatu.

Kita tidak hairan dengan sikap pemimpin PAS sedemikian kerana mereka sering bermuafakat dengan pelbagai parti dalam sejarah hidup mereka, tetapi kemudiannya mereka lari meninggalkan rakan perjanjian itu.

Lantas benarlah dakwaan Datok Hamidah Osman bahawa Bersatu diwujudkan atas idea Lim Kit Siang untuk membunuh UMNO, jika tidak masakan pemimpin tua mereka, tidak teragak-agak meninggalkan Muhyiddin yang juga mereka labelkan sebagai pengkhianat.

Amat naif dan bodohlah sekiranya UMNO mahu tunduk bekerjasama dengan Bersatu yang mempunyai agenda tersembunyi bagi ‘membunuh UMNO’ dengan cara menyogok dan mengkhianati pemimpin UMNO, malah pemimpin lain yang bersama dengan UMNO.

Dengan kesedaran itu jugalah Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung pada 28 Mac 2021 telah memuktamadkan untuk menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: