Editorial
31 Jan 2022
DAP adalah parti cauvinis Cina sebagaimana di perakui oleh bekas pemimpin DAP daripada kaum Melayu.
Mereka amat mementingkan kaum Cina, dan kenyataan bahawa DAP membela semua kaum adalah satu pembohongan semata-mata untuk menarik sokongan kaum lain selain Cina.
Bekas Naib Pengerusi DAP kebangsaan, Tunku Abdul Aziz yang telah lama meninggalkan perjuangan DAP mendakwa bahawa DAP bukanlah sebuah parti politik berbilang kaum seperti dicanangkan oleh mereka.
Seorang lagi bekas Naib Pengerusi DAP iaitu Zulkifli Mohd Noor juga telah bangkit mengatakan bahawa kaum Melayu hanya bernilai 50 sen dalam parti itu, dan menjelaskan betapa rendahnya nilai pemimpin kaum Melayu dalam DAP.
Kenyataan ini juga dapat dibuktikan apabila hanya satu-dua sahaja Melayu yang dilantik dan bukannya dipilih dalam CEC atau Jawatan Tetinggi Pusat DAP.
Untuk mengelabukan pandangan kaum Melayu, DAP telah melantik Christopher Zairil Khir, kononnya untuk membuktikan kaum Melayu diterima dalam kepimpinan DAP.
Hakikatnya Zairil Khir bukan bangsa Melayu kerana dia adalah anak Cristine Lim, seorang janda Cina yang berkahwin dengan Khir Johari.
Nama sebenar Zairil adalah Christopher Ross Lim, iaitu namanya sebelum ibunya Christine Lim berkahwin dengan Khir Johari pada Februari 1996.

Sebelum perkahwinan ibunya dengan Khir Johari, Zairil adalah penganut agama Kristian.
Dengan itu juga, maka sahlah Zairil tidak punya darah Melayu walaupun setitik.
Veteran Melayu DAP, Ahmad Ton yang sudah lama berada dalam perjuangan DAP tidak diangkat dalam kepimpinan DAP dan Christopher Zairil yang baharu sahaja memasuki DAP telah diberi kuasa dalam jangka masa yang begitu singkat.
Adakah ia berlaku hanya kerana Christopher Zairil bukan dari kaum Melayu yang berpura-pura berlakon sebagai Melayu tulen?

Sebagaimana didedahkan oleh penulis buku ‘Army of God’ DAP mempunyai agenda tersembunyi untuk menjadikan Malaysia sebuah ‘Republik Zionis-Evangelis’ dengan dominasi pemimpin Kristian Evangelis, seperti Joseph Lim Guan Eng, Theresa Kok, Tony Pua, Hannah Yeoh, Jenice Lee, Teo Nie Ching, Anthony Loke Siew Fook dan ramai lagi, malah sedang membiak.
Hakikatnya ramai pemimpin DAP yang menganut fahaman Kristian Evangeles sedang bergerak aktif mempengaruhi agenda kristianisasi DAP.
Secara meluas dan sangat dipercayai bahawa Lim Guan Eng adalah seorang penganut Kristian dengan nama Joseph Lim sebagai nama Kristiannya.
Tetapi dia dilihat sebagai paranoid untuk mendedahkan anutan agama Kristian yang dipeluknya semasa di Penjara Kajang, kerana takut ditolak oleh majoriti penganut Taois Pulau Pinang.
Namun kini kaum Cina Pulau Pinang sudah tahu siapa Joseph Lim Guan Eng dan mereka telah mula menunjukkan peralihan sokongan mereka terhadap DAP.
Walaupun Joseph Lim Guan Eng tidak bersedia untuk mengisytiharkan secara terbuka kepercayaan Kristiannya, dia tidak lari daripada menyuarakan minat dan tuntutan Gereja-Gereja Evangelical.
Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad yang telah meletakkan jawatannya dalam kepimpinan DAP, mendedahkan sikap pemimpin atasan DAP yang double standard terhadap orang Melayu, apabila permohonan lebih 70 ahli Melayu dari pelbagai cawangan di negeri itu tidak diproses.
Seorang lagi, Aspan Alias yang telah meninggalkan DAP juga mendakwa Setiausaha Agung DAP, Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang sebagai pemimpin autokratik.

Bekas Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad pula mendakwa beliau dipecat kerana mengkritik tindakan DAP menyebarkan fitnah serta melakukan propaganda jahat sebelum PRU14.
Kini, kaum Cina Pulau Pilang juga telah mula membenci DAP, bukan sahaja kerana kepura-puraan Joseph Lim Guan Eng, tetapi juga agenda mewujudkan dinasti Lim.
Setelah anak Lim Kit Siang dengan kuasa autokratiknya mengangkat Lim Guang Eng, kini anak perempuan Lim Kit Siang, Lim Hui Ying pula diserap masuk dalam senarai kepimpinan DAP dan telah dilantik sebagai senator ketika PH berkuasa.

Lim Hui Ying juga merupakan setiausaha DAP Pulau Pinang.
Menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS), majoriti daripada 753 ahli DAP yang melaporkan tentang penipuan pemilihan CEC DAP kepada ROS, adalah kaum India.

Menurut beliau, ramai dalam kalangan kaum India yang menyertai DAP mula sedar tentang layanan berat sebelah kepimpinan DAP.
Dua pemimpin DAP India dari Johor, Murugan A. Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam dari Skudai juga telah dipecat hanya kerana mereka mengamalkan demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu demokrasi demonstrasi.
Sikap hipokrit DAP amat jelas apabila DAP yang paling lantang menjerit tentang soal demonstrasi dalam demokrasi dan apabila pihak Kementerian Dalam Negeri menahan penyokong yang menyertai demokrasi maka BN akan dituduh sebagai anti demokrasi.
Namun apabila pemimpin mereka sendiri melancarkan demonstrasi mengkritik DAP, mereka pula dipecat.
DAP telah memecat lebih 40 ahlinya hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan pemimpin tertentu dalam DAP.
Kini beberapa pemimpin dan bekas pemimpin DAP mula meninggalkan parti apabila Warisan telah melebarkan sayapnya ke Semenanjung.
Pengesahan itu bekas pemimpin DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, yang mendakwa penyertaan mereka dalam Warisan bersama golongan profesional yang lain akan mengukuhkan kedudukan parti Warisan di negeri itu.
Jeff Ooi yang juga bekas Ahli Parlimen Jelutong mendakwa kewujudan Warisan di negeri itu, bukanlah semata-mata mahu menarik keahlian DAP, malah mereka mahu mencairkan pengaruh DAP.
Ramai telah meninggalkan DAP dan terkini ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Datuk Danny Law Heng Kiang, serta Ketua Kakitangan Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang, Martin Lim yang mengisytiharkan diri mereka menyertai Warisan.
Warisan percaya sudah terdapat gelombang anti DAP dalam kalangan kaum Cina.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kedudukan Warisan, Jeff Ooi berkata, pihaknya perlu menguasai kesemua 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 Parlimen sebagai syarat untuk berkuasa di peringkat Pusat.
Kesimpulannya, gelombang anti-DAP dari kalangan kaum Cina sendiri sudah mula menggelegak.
PRN Melaka dan PRN Sarawak, telah menunjukkan bahawa pengaruh DAP sudah pudar secara signifikannya apabila kerusi DAP banyak yang tumbang, manakala di PRK Tanjung Piai sokongan kaum Cina jauh merosot.
Kita lihatlah pula apa akan berlaku di PRN Johor nanti.
*****
Tinggalkan Jawapan