PH TIDAK BERI RUANG LANGSUNG KEPADA BERSATU, MUDA DAN WARISAN

Editorial

30 Jan 2022

PKR dan Amanah masing-masing akan bertanding 20 kerusi dalam pilihan raya negeri Johor manakala DAP akan bertanding 16 kerusi, kata sumber-sumber Pakatan Harapan (PH).

Dengan itu, PKR dan Amanah mendapat tambahan lapan kerusi manakala DAP pula dua berbanding pengagihan kerusi semasa PRU14.

Tambahan 18 kerusi itu adalah kerusi yang diberikan kepada Bersatu pada PRU14 lalu, kerana kini Bersatu telah berpaling tadah membentuk kerajaan PN.

Johor mempunyai keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini berkata akan menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar kuasa surat watikah penamaan calon PH diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sekiranya semua pembahagian 56 kerusi PH itu kekal, maka tiadalah ruang bagi MUDA dan Warisan untuk mencelah dalam PH.

Parti Mahathir, Pejuang sebelum ini berkata akan bertanding di 42 kerusi secara solo.

Manakala parti PAS cuba mengendeng untuk bekerjasama dengan Amanah dengan syarat Amanah tinggalkan kerjasama dengan DAP.

Cadangan PAS itu sesuatu yang menggelikan hati dan jahat kerana mengharapkan bantuan kerjasama orang tetapi sekaligus mahu merosakkan rumah tangga orang itu.

Amanah menolak keras saranan PAS untuk bekerjasama kerana PAS adalah parti yang tidak boleh dipercayai sebagaimana dakwa Mat Sabu kerana PAS sering berubah pendirian.

Bersatu di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin  juga mencadangkan agar mereka membentuk satu gagasan baru bersama PH untuk menentang BN-UMNO, tetapi dengan tegasnya ditolak oleh Pengerusi PH, Anwar Ibrahim.

Bagi Anwar Muhyiddin dan Bersatu adalah pengkhianat kepada PH, serta pengkhianat kepada mandat rakyat yang telah mereka dapat semasa PRU14.

Anawar juga berharap pembangkang dapat bergabung tenaga untuk menumbangkan Perikatan Nasional yang didominasi oleh Bersatu dan Muhyiddin Yassin.

Nampaklah dengan jelasnya PAS dan Bersatu tidak yakin dengan kekuatan mereka untuk ‘membunuh UMNO’, sebaliknya masih mencari jalan untuk bermuafakat dengan PH.

Baru-baru ini Bersatu menerima libasan maut apabila dua ADUN-nya telah mengisytiharkan diri mereka keluar dari Bersatu iaitu Mazlan Bujang ADUN Puteri Wangsa, dan ADUN Larkin, Datok Mohd Izhar.

Lebih parah lagi buat Bersatu, dua lagi ADUN dari parti itu iaitu ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau Alwiyah Talib juga diuar-uarkan akan turut keluar meninggalkan Bersatu.

Tindakan mereka benar-benar merupakan satu pengginaan terhadap maruah Bersatu pimpinan Muhyiddin, malahan alasan yang mereka berikan ialah mereka telah hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin.

Nampaknya tak perlukan UMNO-BN bersusah-payah untuk membuktikan kelemahan dan kegenjotan pimpinan Muhyiddin, cukuplah dengan perakuan yang dilemparkan oleh empat ADUN mereka sendiri.

Apa yang dapat diperhatikan ialah sindrom ‘inferiority complex’ iaitu ‘keyakinan yang lemah’ yang terdapat dalam parti-parti yang memusuhi UMNO-BN.

Mereka tidak yakin dengan pencapaian mereka sendiri, sehingga masing-masing cuba mencari tumang untuk berdiri, tetapi tidak mendapat sokongan.

PH, Bersatu dan PAS yang telah kalah teruk di PRN Melaka seperti mencari-cari kekuatan masing-masing yang telah hilang.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: