AMANAH TOLAK KERJASAMA DENGAN PAS KERANA PAS TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, SENTIASA UBAH PENDIRIAN

Editorial

30 Jan 2022

Semalam Presiden PAS, Mat Sabu telah dengan tegasnya menyatakan pendirian Amanah untuk tidak bekerjasama dengan PAS di PRN Johor kerana baginya PAS tidak tekal dengan pendirian.

Sumber: MYKMU

Mat Sabu mendakwa PAS sering berubah pendirian, “susah kita nak pegang (pendirian)… every week dia akan ubah pendirian dia… jadi kita tak boleh pegang apa yang dia nak bercakap minggu depan,” katanya ketika disoal pemberita tentang kerjasama yang disarankan oleh PAS.

Parti Amanah Negara (Amanah) tidak pernah berbincang untuk membentuk kerjasama bersama PAS bagi menghadapi PRN Johor.

Presidennya, Mat Sabu juga menegaskan, setakat ini isu kerjasama dengan PAS tidak pernah dibangkitkan oleh Amanah, apatah lagi untuk dibincangkan.

Tambahnya lagi, Amanah juga tidak pernah menawarkan diri untuk membentuk kerjasama bersama dengan PAS.

Daripada kenyataan Mat Sabu, jelaslah bahawa Amanah tidak pernah cuba mendekati PAS untuk menjalin kerjasama di PRN Johor, sebaliknya PAS yang terhegeh-hegeh cuba mencari ruang untuk dapatkan kerjasama dengan Amanah.

Dalam saranan PAS, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dilaporkan berkata untuk bekerjasama dengan Amanah, mereka meletakkan syarat supaya Amanah meninggalkan DAP.

Jelas sekali sikap PAS, sudahlah mereka mengharapkan bantuan orang, tetapi sekali gus mahu merosakkan rumah tangga orang itu.

Di samping itu, tertonjol sangat bahawa PAS tidak yakin dengan kekuatan kerjasama mereka dengan Bersatu sebagaimana kekalahan mereka di PRN Melaka.

Sebelum ini Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan berkata, PAS bukan sahaja gagal mengembangkan syiar Islam, malah menjadikan imej agama Islam lebih buruk selepas tiga dekad mentadbir Kelantan.

Menurut Hazmi, situasi paling mudah bagi membuktikan dakwaan beliau adalah keadaan longkang di pusat bandar yang masih dipenuhi sampah-sarap dan tidak diselenggarakan dengan baik.

Tambah beliau, peningkatan gejala sosial seperti kes cabul dan rogol pula dilihat sebagai perkembangan ‘menakutkan’ dan bertentangan dengan imej Kelantan sebagai ‘Negeri Serambi Mekah’.

Malahan di Kelantan baru-baru ini telah berlaku satu kes melibatkan seorang guru agama yang membuat ibu-bapa takut untuk menghantar anak belajar di sekolah pondok, kata Hazmi.

“Kalau seorang tok guru pondok pun kita sudah tidak boleh percaya, bagaimana Islam di Kelantan dapat berkembang,” katanya dalam Program Tanwir Online Amanah.

Selain sampah dan gejala sosial, masalah yang gagal diselesaikan PAS di Kelantan sehingga kini antaranya adalah isu bekalan air bersih dan kemiskinan.

PAS hanya pandai menggunakan agama untuk kepentingan parti, tetapi gagal mentadbir negeri apabila isu air kotor di Kelantan seringkali menjadi rungutan rakyat.

Nampaknya tindakan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan PAS, dan menghadapi PRN Johor secara solo adalah tindakan yang tepat, kerana Amanah yang merupakan parti serpihan PAS lebih masak dan tahu siapakah PAS yang sebenar-benarnya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: