BEKAS PENGERUSI BERSATU JOHOR GESA MUHYIDDIN CERMIN DIRI

Editorial

29 Jan 2022

ADUN Puteri Wangsa, yang juga merupakan Bekas Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang membalas tohmahan Muhyiddin terhadapnya yang bertindak keluar daripada parti Bersatu untuk memberi sokongan kepada BN-UMNO.

Dia membalas supaya Muhyiddin cermin diri dahulu sebelum menuduh orang lain sebagai ‘tidak bermaruah’.

Mazlan mahu Muhyiddin lihat apa yang dia telah lakukan dalam kemelut politik ‘Langkah Sheraton’ 2020, yang diterjemahkan sebagai pengkhianatan terhadap PH dan Tun Mahathir, sehingga memaksa Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Perletakkan jawatan Mahathir juga mengakibatkan kerajaan PH tumbang, manakala musuh dalam selimut serta oportunis seperti Muhyiddin terus diangkat naik, tetapi dengan sokongan ahli yang ciput.

Muhyiddin terpaksa melobi untuk dapatkan katak-katak politik daripada PKR, Warisan dan UMNO.

Lantas, siapakah yang tidak bermaruah, tegas Mazlan supaya Muhyiddin cerminkan dirinya dahulu.

Jelas sekali Muhyiddinlah yang tidak bermaruah sebagaimana yang tertular dalam media?

Melalui ‘Langkah Sheraton’ Muhyiddin telah membawa Bersatu keluar daripada PH sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan PH pimpinan Mahathir.

Kerana ahli parlimen Bersatu adalah ciput bilangannya, Muhyiddin juga telah menggunakan pendekatan ‘ugutan dakwaan terpilih’ dan memberi ‘imbuhan’ kepada pemimpin parti lain untuk lompat ke parti Bersatu.

Realiti ini telah dibuktikan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, apabila Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin memilih ‘budak kita’ dalam PDRM, dan kini heboh pula dalam SPRM.

Bersatu telah berjaya mengheret 15 ahli parlimen UMNO untuk menyokong ‘parti pengkhianat PH’ itu.

Muhyiddin kemudiannya mengangkat sumpah sebagai PM pada 1 Mac 2020.

Namun 17 bulan kemudiannya dengan tipu muslihat menggunakan Ordinan Darurat, kononnya untuk melindungi negara daripada pandemik Covid19, kerajaan Bersatu yang tidak mendapat mandat rakyat telah tumbang akhirnya.

Sebaliknya Ordinan Darurat hanyalah satu muslihat jahat Muhyiddin untuk mengelak sidang parlimen supaya dia tidak dicabar dengan undi ‘tidak percaya’.

Hari ini Muhyiddin masih berlagak kononnya dia mendominasi PN, tetapi pada hakikatnya PN hanyalah gabungan yang ditubuhkan untuk menyelamatkan parti Bersatu yang amat lemah itu.

Apatah lagi terbongkar dengan jelas sikap Muhyiddin yang memusuhi UMNO meskipun UMNO-lah yang telah membantunya dahulu untuk menubuhkan kerajaan.

Malahan telah terbukti apabila Armada Bersatu Johor Bahru mahu bersekongkol dengan PH untuk ‘membunuh UMNO-BN’.

Dengan sebab itulah UMNO-BN mengambil pendirian tidak akan bekerjasama dengan Muhyiddin-Bersatu dalam PRU15, malah telah dibuktikan di PRN Melaka dan kini PRN Johor.

Mazlan bukanlah pemimpin Bersatu yang pertama mengumumkan untuk keluar daripada Bersatu, tetapi sudah banyak bahagian dan cawangan Bersatu yang dibubarkan.

Bersatu pada hakikatnya dilihat sebagai parti yang sedang nazak, dan telah kalah teruk di tangan UMNO-BN pada PRN Melaka.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: