TINDAKAN PKR TOLAK LOGO PH DI PRN JOHOR PETANDA PH SUDAH NAZAK

Editorial

28 Jan 2022

Tindakan Presiden PKR menolak penggunaan logo PH adalah satu tindakan yang bijak kerana reputasi dan imej PH sememangnya amat buruk.

Malahan PH tidak popular sebagai ‘Pakatan Harapan’ sebaliknya tersohor sebagai ‘Pakatan Hancing’ bagi sebilangan besar netizen.

Walau bagaimanapun tindakan PKR menggunakan logo partinya sendiri, pastinya menonjolkan hilangnya prinsip setiakawan dan pemuafakatan dalam PH sendiri.

Reformasi yang dikatakan dibawa oleh PH setelah mereka berkuasa selepas PRU14, adalah mitos dan retorik politik semata-mata, kecuali tindakan yang menyakitkan hati dan perasaan rakyat terutamanya masyarakat Melayu-Islam.

Adakah meratifikasikan ICERD dan Statut Rom merupakan satu agenda reformasi PH? Lihatlah hampir dua juta rakyat Melayu-Islam berkumpul di kota Kuala Lumpur pada Disember 2018, bukan sekadar menentang ratifikasi kedua-dua statut itu tetapi juga menentang DAP-PH.

Adakah menghapuskan hak dan kedudukan kaum Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sebagai agenda reformasi PH?

Adakah mengagungkan pejuang komunis dan cuba menyerapkan ideologi komunisme di sekolah-sekolah sebagai satu lagi agenda reformasi PH?

Adakah agenda menyokong aktivis pengganas antarabangsa LTTE juga sebagai strategi reformasi PH?

Bagaimana pula dengan agenda halus DAP-PH untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Republik Kristian Evangelis-Zionis sebagaimana yang tercatat dalam buku ‘Army of God’?

Banyak lagi kegenjotan PH dengan janji-janji kosong mereka yang terakam dalam logonya yang menjadi kebencian rakyat setelah mereka memberikan mandat pada PRU14, sebaliknya mereka kalah teruk di PRN Melaka dan PRN Sarawak, dan tujuh PRK semasa PH masih berkuasa.

DAP harus sedar itu semua.

Tidak hairanlah jika Amanah mendukung prinsip yang sama dengan DAP untuk terus menggunakan logo PH kerana kelahiran Amanah adalah dibidankan DAP.

Hakikatnya pengundi amat benci dan meluat terhadap PH serta logonya, sebagaimana mereka luahkan di PRN Melaka, mahupun di PRN Sarawak serta tujuh PRK, semasa PH masih berkuasa.

PH harus mempersoalkan mengapa DAP dan Amanah semasa PRN Sabah 2020 telah menggunakan logo Warisan, manakala PKR pula menggunakan logo ‘mata satu’?

Anehnya semasa PRU14, PH telah menggunakan logo PKR, untuk mengelirukan pengundi, dan mereka telah menang dengan gayanya.

Semasa berkempen untuk Anwar di Port Dickson, mereka telah menggunakan logo PH, dan tidak pula PKR, dan mereka telah menang.

Tetapi semasa PRK Tanjung Piai, mereka kalah dengan logo PH, kerana gelombang kebencian rakyat terhadap PH sudah membara ketika itu sehingga kaum Cina sendiri dikatakan tidak percaya pada PH-DAP.

Rata-rata bagi pengundi Melayu-Bumiputera yang tahu tentang sejarah perjuangan gerila komunis, kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan, serta hak dan keistimewaan kaum Melayu, mereka melihat DAP sebagai malapetaka kepada kehidupan mereka.

Malah DAP harus sedar bahawa lambang PH mengimbau kehadiran DAP, dan DAP adalah kecelakaan kepada mereka sebagaimana menjadi persepsi kaum Melayu-Bumiputera yang merupakan majoriti pengundi.

Dengan sebab itu juga parti Bersatu menjadi kebencian majoriti pengundi Melayu sebagaimana ditunjukkan di tujuh PRK semasa PH berkuasa dan juga PRN Melaka, kerana Bersatu dipersepsikan sebagai rakan sekongkol DAP-PH.

Oleh itu rasional untuk menolak penggunaan logo PH adalah sesuatu yang signifikan dan relevan.

Jika tidak percaya, cuba tinjau pola mengundi kaum Melayu-Bumiputera di kawasan majoriti Melayu, berbanding kawasan bandar yang terdapat ramai kaum bukan-Melayu.

Lantas DAP lebih membawa sial kepada PH yang kini kaum Cina juga telah mula membenci DAP sebagaimana yang ditunjukkan di PRN Melaka dan PRN Sarawak. Kemungkinan besar ia akan berulang kembali di PRN Johor, dan dalam logo PH itu ada DAP.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: