SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, KETUA PENERANGAN BERSATU AKUI MUHYIDDIN MAHU BUNUH UMNO DI PRU15

Dr. Mamat Desa

27 Jan 2022

Semalam 27 Jan, Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri memperakui bahawa TS Muhyiddin Yassin tidak berhasrat mempertahankan kerusi Gambir yang disandangnya pada PRN Johor untuk memberi fokus sepenuhnya bagi menamatkan riwayat UMNO supaya “tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas PRU15”.

Nampaknya kenyataan Solihan itu berkontradik dengan realiti bahawa Bersatu sedang nazak baik di Johor dan di negeri-negeri lain, malahan telah terbubar terus di Negeri Sembilan.

Di Pagoh sendiri, tempat kubu kuat Muhyiddin, ribuan ahli Bersatu telah keluar parti dan di Pulai bahagian Bersatu telah dibubarkan.

PRN Melaka telah membuktikan betapa lemah dan nazaknya Bersatu apabila ia kelihatan kalah teruk kepada BN-UMNO.

Survival Muhyiddin dan Bersatu sememangnya sudah seperti nyawa ikan yang tersadai di darat, kecuali menggunakan ‘orang kita’ dalam badan berkuasa kerajaan untuk mengugut ahli parlimen dengan dakwaan terpilih, lantas kekuatannya hanya bergantung kepada katak-katak yang amat riuh pada musim hujan dan banjir.

Dengan kenyataan Solihan itu membangkit kebenaran dan persoalan berikut:

  • Membenarkan kenyataan bahawa Bersatu dicipta dari idea DAP untuk membunuh UMNO.
  • Mengapakah Muhyiddin bersungguh-sungguh berkempen di Melaka, sehingga wajahnya terpampang di seluruh Melaka tetapi menjadi pengecut di negeri tempat lahirnya sendiri?
  • Muhyiddin tidak mahu pertahankan kerusi Gambir di negeri tempat kelahirannya kerana dia sedar dia akan kalah, dan kemenangannya pada PRU14 adalah atas sokongan PH.
  • Dengan alasan itu jugalah Bersatu mahu bergabung dengan PH, kerana kemenangan pada PRU14 adalah atas faktor PH-DAP serta fitnah dan pembohongan politik.
  • Mengapakah Muhyiddin yang mengugut hendak menekan ‘button’ bagi pembubaran DUN Johor, kini menarik diri daripada bertanding di kerusi DUN Gambir yang disandangnya, setelah DUN Johor benar-benar dibubarkan?
  • Mengapakah anak jantan boleh lari dari gelanggang untuk menentang musuhnya tetapi mendakwa akan membunuh musuhnya itu di luar gelanggang. Itu anak betina pengecut namanya.
  • Nampaknya dalam pentadbiran kerajaan pusat, Muhyiddin menentang PH, tetapi di PRN Johor dia dan jentera Bersatu mahu berada dalam angkatan PH. PM Ismail Sabri harus sedar hakikat ini, dan menolak untuk bersekongkol dengan PN yang didominasi Bersatu.
  • Jelas sekali Bersatu dan PH berpisah tiada, merekalah yang merancang ratifikasi ICERD dan Statut Rom untuk turut membunuh hak dan kedudukan kaum Melayu-Bumiputera, hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu, dan, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: