Editorial
27 Jan 2022
Bersatu Johor Bahru (JB) berangan-angan agar mereka dan PN bergabung semula dengan PH untuk mengalahkan BN-UMNO, sama seperti gabungan PH semasa PRU14.

Ini bermakna situasi PRU14 berulang kembali apabila PH yang didominasi DAP bergabung dengan Bersatu, PKR, Warisan dan Amanah yang akan menentang BN-UMNO.
Walau bagaimanapun, agak aneh apabila mereka lupa bahawa dalam PN terdapatnya UMNO.
Tidak pula disebut di manakah mereka akan meletakkan PAS. Namun sekiranya PAS adalah rakan sekongkol PN maka PAS juga akan berada sekapal dengan DAP, untuk menentang BN-UMNO.
Sewajarnya PAS tiada masalah untuk bersama DAP kerana dahulu mereka pernah bersekapal dengan DAP.

Malangnya seperti janda perasan yang gila talak, Pengerusi Majlis Presiden PH dan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim menolak cadangan agar gabungan itu kembali bekerjasama dengan Bersatu.
Anwar mengulangi janji PH untuk menyatukan semua parti pembangkang termasuk dari luar gabungannya tetapi menegaskan, Bersatu bukan pembangkang.
“Tak bangkit, kita kata pembangkang, adakah Bersatu pembangkang?” soalnya semasa disoal pemberita tentang isu Bersatu hendak bersama PH.
Nampaklah bahawa Bersatu sudah ‘bengong’ dan ‘meracau’ untuk merujuk kembali kepada PH dan sekiranya mereka membentuk kerajaan, pastinya akan terbentuklah kerajaan cacamarba kerana parti komponen mendukung pelbagai ideologi yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain.
Sebelum ini, Ketua Bersatu JB, Razrul Anwar Rusli, telah mencadangkan Bersatu bergabung dengan PH.
Cadangan itu pada dasarnya akan menafikan Langkah Sheraton, ketika Bersatu mengambil langkah keluar daripada PH yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020.
Pemimpin Bersatu yang membenci Muhyiddin pula telah keluar dan menubuhkan Pejuang, serta MUDA dan menjadikan Bersatu parti yang tempang apabila ramai ahlinya keluar parti.
Jelas bahawa parti pengkhianat seperti Bersatu yang dipimpin TS Muhyiddin Yassin tidak diterima oleh PH, malahan telah lama ditolak oleh BN-UMNO, kecuali PAS sahaja yang mengendeng Bersatu demi survival mereka.
Bersatu adalah parti yang mendominasi Perikatan Nasional (PN) dan di dalam gabungan itu terangkum PAS, Gerakan, Star dan SAPP sebagai rakan kongsinya manakala UMNO-BN pula terpaksa menerima PN sebagai langkah sementara untuk menyelamatkan negara daripada kecelakaan yang dibawa oleh PH.

Kerana Bersatu mendominasi PN, Muhyiddin seperti tidak sedar tentang kelemahan Bersatu yang kelihatan nazak apabila banyak bahagiannya yang telah dibubarkan, manakala ahlinya keluar meninggalkan parti termasuk di Pagoh dan Pulai yang menjadi kubu kuat Muhyiddin.
Menteri Besar Johor Hasni Mohammad, yang mewakili UMNO, Sabtu lalu mengumumkan pembubaran DUN Johor.
Kedudukan DUN Johor amat tidak stabil dengan kedudukan 28 kerusi DUN PN berbanding 27 kerusi DUN PH.
Keadaan menjadi lebih meruncing apabila Bersatu dilihat sebagai duri dalam daging kepada BN-UMNO, malahan Bersatu ditubuhkan atas idea Lim Kit Siang untuk ‘membunuh’ UMNO.
******
Tinggalkan Jawapan