My News Online
25 Jan 2022
Oleh Sirajuddin Ahmad
Ramai juga penyokong Tun Mahathir menyerang membabi buta tindakan Datuk Seri Najib Razak mahu “engage” Queen Council untuk memantau kes mahkamahnya.
My News Online sempat melihat beberapa penyokong Tun Mahathir mempersendakan Tindakan DSNR merujuk kepada pengamal perundangan dari England untuk memantau kes rayuan
Ramai yang tidak faham dua perkara ini, satu , sistem perundangan kita berasal dari United Kingdom, dan sistem Parlimen kita berasal dari Westminister di ubah suai versi kita.

Kembali kepada isu topik, dalam mencerca DSNR , ramai rakyat kita tidak pun mengikuti perkembangan soal jawap di dalam mahkamah.
Jika ada laporan prosiding pun berat sebelah, apa yang dijawap oleh saksi pendakwa diuar-uarkan semacam betul, dan esoknya ditibai oleh saksi pembela dan jawapannya mengelikan hati, tidak pula diviralkan.
Ambil contoh saksi dari AMBANK Ung Su Lin yang gebang ada macam macam bukti disimpan dalam perantinya.
Apabila disoal balas pembela, semua yang digebangnya sudah tidak ada atas sebab peranti sudah tiada dan sudah tukar peranti kerana mengambil tawaran menarik sebuah telcos.
Namun, berita tidak diviralkan, hanya versi belum kena soal balas sahaja disebarkan.
Mereka tidak pun minat ambil tahu apa terjadi dan terus menyatakan “hakim sudah jatuh hukum tu, dah bersalahlah tu”.
Mereka tidak faham berkenaan ini kes rekaaan Pakatan Harapan dan semua nya sudah diatur sehingga hakim yang menduduki pun sudah diatur.
Hatta Hakim Nazlan dipasang pada saat akhir.
Kes DSNR bukan kes biasa, melainkan kes diatur untuk memenjarakannya.
Kes dibuka bukan untuk mengetahui kebenaran tapi kes di‘design” khusus untuk penjarakan Najib kerana fitnah PH mesti diterjemahkan menjadi realiti, setelah semua janji PH hanya menipu belaka.
Itu sebab banyak kepincangan berlaku dari menghalang bukti diselitkan kepada rayuan, maklumat berkenaan curian lebih awal dari puak yang rapat dengan Tun Mahathir seperti Zeti Akhtar, Nor Mohamad Yakub dan AMBANK disembunyikan.
Selain itu, menghalang mendedahkan maklumat transaksi akaun bank keluarga Zeti, seolah olah ketakutan terlihat ke mana wang RM700 juta itu disalurkan.
Ada sumber menyatakan selain suami Zeti mendapat RM700 juta, Nor Yakaob juga mendapat wang RM85 juta dan di“parking” atas nama proksi di Singapura.
Fitnah atau tidak dicabar, apapun sila buka kes di mahkamah terlebih dulu.
Harus diingat kes ‘Sandakan” yang ada bersaksi dan ada video pun Pakatan Harapan pimpinan Mahathir hanya gebang di “press conference” sahaja dan tidak berani membersihkan Azmin di mahkamah, bahkan Polis juga tidak cuba mencari lelaki berwajah Azmin yang di atas ranjang bersama Haziq.
Itulah nilai dan harga diri Pakatan Harapan yang akibatkan semua pelabur lari keluar sebab status kerajaan tiada etika.
Pada kes Najib kali ini, selain 200 lebih fakta tidak di hujah, bermacam-macam tekanan dan kezaliman diambil kesempatan atas nama ‘penghakiman’ dan mereka berselindung di belakangnya.
Maka langkah DSNR mempelawa Queen Council menjadi pemerhati dan pemantau sangat wajar kerana keadilan sudah dinafikan kepada DSNR.
Jika hendak kata “apa QC boleh buat” itu satu kesilapan besar.
Pelanggaran ‘hak” dan ketidakadilan boleh diviralkan seluruh dunia oleh pihak QC dan seluruh negara Commonwealth akan ketahui dan Malaysia boleh dipinggirkan dan jatuh taraf “failed state’ kerana itu.
Ramai terlupa apa Mahathir pernah lakukan Ketika hendak memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas satu waktu dahulu.

Akibat tidak mendapat restu dan sokongan ‘Law fraternity’ dalam negara, Mahathir telah perguna hakim luar negara untuk mengendali kes Tun Salleh Abas demi hendak nampak ada kredibiiti.
Siapa yang memilih hakim hakim itu usah ditanya.
Kisah ini boleh dirujuk pada arkib dan laporan akhbar serta buku Tun Salleh Abas.

Kini, DSNR memang wajar perguna QC untuk pembelaan memandangkan kesnya sangat berat sebelah dan jelas satu penganayiaan.
Biar pihak luar jadi saksi dan menyebarkan apa terjadi kepada perbicaraan dan tahu compang-campingnya.
-My News Online
Tinggalkan Jawapan