HIMPUNAN ‘TANGKAP AZAM BAKI’ ADALAH SERANGAN TERSASAR YANG KENA MUHYIDDIN-BERSATU

Editorial

26 Jan 2022

Demonstrasi ‘Tangkap Azam Baki’ secara kasarnya menunjukkan bahawa kumpulan tersebut cuba menyerang kerajaan PN dan sekaligus menyerang juga UMNO-BN kerana Perdana Menteri adalah dari UMNO.

Pada hakikatnya UMNO mahu kerajaan menjalankan siasatan ke atas isu Azam Baki untuk menentukan sama ada dia bersalah atau tidak.

Namun UMNO berpendirian, sementara siasatan dijalankan, maka Azam Baki hendaklah bercuti kerana situasi politik sekarang amat sensitif ketika menjelang PRU15, malahan PRN Johor akan berlangsung tidak lama lagi.

Amat mengecewakan apabila kerajaan PN cuba membela Azam Baki, UMNO pula yang terpalit lumpur.

Sekiranya Azam Baki bersalah UMNO dan kerajaan PN haruslah mengambil tindakan.

Puak demontrasi itu hendaklah faham, tiada sebab UMNO harus mempertahankan dan membela Azam Baki?

Namun sekiranya pihak demonstrasi ‘Tangkap Azam Baki’ mahu menyerang UMNO dan Ismail Sabri, nampak sangat mereka ini bongok, dan emosional, kerana yang melantik Azam Baki adalah Presiden Bersatu iaitu Muhyiddin Yassin yang menggantikan PH-Mahathir.

Mereka yang berhimpun di Kuala Lumpur, melalak-melolong dengan kehadiran yang ciput tanpa ada pemimpin tertinggi PH, adalah orang PH juga iaitu penyokong PKR, DAP, MUDA dan Amanah.

Mereka mahu Azam Baki ditangkap, tetapi mereka lupa Azam Baki adalah sebahagian daripada mekanisme untuk kenakan dakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO supaya ada yang sanggup menjadi ‘katak politik’ untuk memperkukuhkan Bersatu.

Banner dan playcard mereka tertulis ‘tangkap corruptor’ tetapi mereka lupa bahawa Syed Saddiq dan Lim Guan Eng juga sedang menghadapi tuduhan sebagai ‘corruptor’.

Ramai yang hadir adalah penyokong Syed Saddiq (MUDA), PKR, Aamanh, dan Lim Guan Eng (DAP).

Mereka ini cuba mengenyahkan Azam Baki, adakah kerana Syed Saddiq dan Lim Guan Eng masih dibicarakan dalam kes rasuah?

Mereka heboh tentang ‘kluster mahkamah’ tetapi mereka lupa bahawa Syed Saddiq dan Lim Guan Eng juga tokoh-tokoh ‘kluster mahkamah’ kecuali seorang lagi yang akan menjadi ‘kluster mahkamah akhirat’ tidak lama lagi.

Syed Saddiq sedang menghadapi kes rasuah yang melibatkan wang parti RM1 juta.

Anehnya apabila pemberita bertanya tentang kes dia yang sedang dibicarakan, dia tidak mahu menjawab, tetapi cuba alih fokus terhadap Azam Baki dan mahu Azam Baki ditangkap.

Lim Guan Eng pun sama dalam kes rasuah ‘Terowong Bawah Laut’ sehingga saksi penting pendakwaraya iaitu Datok Ewe Swee Kheng mati kerana dikatakan terjun dari tingkat 17 kondominium The Palazzo.

Timbul banyak soalan, adakah dia bunuh diri, adakah dia ditolak jatuh, adakah dia dipaksa untuk membunuh diri?

Kalau dahulu kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM menjadi lalakan Lim Kit Siang, kenapakah kematian Datok Ewe Swee Kheng tidak dikompangkan ke seluruh dunia?

Bodoh sangatkah mangsa untuk tak semena-mena ‘terjatuh’ daripada kondominium yang menjadi tempat tinggalnya?

Jika dia bunuh diripun, apakah rasionalnya dia membunuh diri? Adakah satu pengorbanan untuk selamatkan ‘tokong’ bernama Lim Guan Eng?

Lantas tidakkah pihak yang menunjuk perasaan itu juga harus mengadakan tunjuk perasaan ‘Tangkap Guan Eng’ kerana dia harus accountable atas kematian Datok Ewe Swee Kheng?

Dalam keadaan ranking indeks rasuah Malaysia yang merosot, pelbagai prasangka timbul terhadap pihak berkuasa, dan mereka hendaklah ‘accountable’ atau bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

Pihak UMNO sudah mendesak Azam Baki supaya bercuti, tetapi dia tetap berkeras. Namun janganlah pula nanti dalam kempen PRN Johor dan PRU15, UMNO-BN pula yang tercalit lumpur kerana seekor kerbau.

Jika kerajaan membela Azam Baki, maka itu bukan dasar UMNO, itu adalah pembelaan daripada PN yang didominasi oleh Muhyiddin Yassin, iaitu pihak yang melantik Azam Baki, ketika dia menggantikan kerajaan PH-Mahathir.

Namun adakah lantikan itu merupakan lantikan ‘budak kita’ sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara terdahulu iaitu TS Hamid Bador?

Rakyat harus sedar bahawa kerajaan sekarang bukanlah kerajaan UMNO-BN tetapi adalah kerajaan PN yang hakikatnya didominasi oleh Muhyiddin Yassin.

Walaupun PM adalah daripada UMNO tetapi dasar-dasar dan segala strategi politik adalah datangnya daripada PN-Bersatu.

Misalnya dalam isu I-Citra, UMNO amat prihatin dengan kesempitan rakyat, dan UMNO mahu ia dilaksanakan tetapi kerajaan PN menolaknya.

Dengan sebab itulah PRU15, mahupun mana-mana PRN, hendaklah dilaksanakan dengan segera kerana sekiranya UMNO-BN menang, semua dasar-dasar UMNO-BN yang prihatin terhadap rakyat dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang gangguan dan sekatan di Parlimen dan DUN.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: