Dr Mamat Desa
25 Jan 2022
Hari ini tersebar dan viral dalam media sosial cadangan Bersatu Johor Bahru (JB) agar PN bergabung dengan PH dan semua parti pembangkang dalam satu gabungan yang dinamakan Muafakat Rakyat Johor (MRJ).

Ini bermakna situasi PRU14 berulang kembali apabila PH (termasuk Bersatu) akan menentang BN-UMNO.
Sebagaimana yang diperincikan oleh Ketua Bersatu JB, Razrul Anwar Rusli, MRJ akan terdiri daripada Bersatu, PH, Pejuang, MUDA dan Warisan.
Tidak pula disebut di manakah mereka akan meletakkan PAS. Namun sekiranya PAS adalah rakan sekongkol PN maka PAS juga akan berada sekapal dengan DAP, untuk menentang BN-UMNO. PAS tiada masalah kerana dahulu mereka pernah sekapal dengan DAP.

Namun kata Razrul, “Selain penggunaan nama MRJ, kita juga boleh namakan gabungan Perikatan Nasional (PN).”
Maka terbongkarlah matlamat dan wawasan Bersatu yang sebenarnya, mereka masih sehati-sejiwa dengan PH, dan PAS hanya dijadikan keldai dungu untuk menentang BN-UMNO.
Bagus benarlah cadangan Bersatu JB itu kerana ia mendedahkan siapakah Bersatu sebenarnya dan mereka juga mahu PAS membuang ke longkang Muafakat Nasional kerana MRJ lebih kuat sebagai satu pasukan cacamarba untuk menentang BN-UMNO.
Lantas bagaikan ‘sireh pulang ke gagang’ maka begitulah Bersatu kembali ke pangkuan PH atau wajar dinamakan PH02.
Mungkin juga ada rasionalnya bagi mengelak pertandingan tiga penjuru, lantas mengapa tidak Bersatu kembali kepada PH sebagaimana PAS berada dalam Pakatan Rakyat tempoh hari untuk menentang UMNO-BN.
Apa yang penting bagi Razrul tidak mustahil gabungan PH02 itu mampu menumbangkan BN-UMNO lagi sekali sebagaimana berlaku pada PRU14.
Namun, adakah PH02 boleh mengubah sejarah huru-hara dan lintang-pukang pemerintahan PH selama 22 bulan itu sehingga ia amat sesuai dijenamakan sebagai kerajaan ‘kakistokrasi’ atau sebagaimana didefinisikan Merriam Webster, ‘is a government run by the worst, least qualified, or most unscrupulous citizens’ yang boleh diterjemahkan sebagai ‘kerajaan yang dikendalikan oleh pemimpin yang paling teruk, paling tidak layak atau paling buruk dan tidak bertanggungjawab.’

Tak payahlah hendak dibincangkan apabila ramai pemimpin PH mempunyai kelayakan akademik yang bersandarkan sijil palsu, Menteri Pertahanan dijenamakan menteri terbodoh di dunia, komunisme mahu diiktiraf, aktivis pengganas LTTE diangkat sebagai pemimpin, dalamnya terdapat perogol, semburit dan sodomis, mereka mahu menghalalkan pluralisme agama, LGBT dan macam-macam lagi kegenjotan.
PH juga berdiri bersandarkan pembohongan, manifesto bukan kitab suci tetapi ditanggapi sekadar kertas tisu tandas, janji palsu hapuskan tol, hapuskan hutang FELDA, hapuskan hutang PTPTN, hapuskan GST supaya harga barang turun, bohong harga petrol akan turun, fitnah negara berhutang RM1 trilion, dan negara sedang menuju kebankrapan.
Adakah dengan terbongkar semua itu dan dengan kesedaran rakyat, PH02 atau MRJ akan mendapat kembali mandat yang rakyat berikan kerana tertipu?
Nampaklah cadangan ini sebenarnya membenarkan kenyataan bahawa BN-UMNO amat kuat di Johor, cuma kemenangan PH pada PRU14 adalah kerana pengundi termakan dengan fitnah, janji palsu dan pembohongan.
Rakyat tidak terkejut atas cadangan Bersatu itu, kerana Bersatu tidak dapat meneruskan kesinambungan hayatnya hanya dengan gabungan PN, tetapi terpaksa juga mengharapkan PH atau PH02.
Bersatu menang pada PRU14 tempoh hari atas undi penyokong PH, termasuk pengundi Cina DAP.
Dengan cadangan sedemikianpun TS Muhyiddin telah umumkan dia tidak mahu bertanding di DUN Gambir. Beberapa minggu lalu dia bersungguh mahu tekan ‘button’ untuk bubarkan DUN Johor, tetapi kenapa kecut pula untuk bertanding mempertahankan negeri tempat lahir atas sokongan PH02?

Tiada sebab lain lagi kecuali kerana banyak Bahagian Bersatu di Johor sudah dibubarkan termasuk ramai yang telah keluar meninggalkan parti Bersatu.
Apa yang ada di sekeliling Muhyiddin sekarang hanyalah katak-katak yang takut dikenakan dakwaan terpilih.
*****
Tinggalkan Jawapan