WAJARKAH SRI RAM DIANGKAT SEBAGAI PENDAKWARAYA KE ATAS KES DS NAJIB?

EDITORIAL

24 Jan 2022

Pertama-tamanya wacana ini bukanlah bertujuan atau bertindak sebagai ‘contempt of Court’ tetapi hanya sebagai pandangan rakyat yang boleh berfikir dengan waras berdasarkan fakta sahih daripada tokoh yang ada kredibiliti.

Mungkin wacana ini mempunyai kewajaran mengapa Gopal Sri Ram harus ditolak sebagai pendakwaraya kepada kes bekas PM, DS Najib Tun Razak.

Bekas peguam negara TS Mohamed Apandi Ali pernah mendedahkan bahawa Gopal Sri Ram telah cuba memujuknya untuk menangkap Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak.

Apandi mendakwa mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Sri Ram, telah berkunjung ke rumahnya pada Januari 2018, dikatakan atas arahan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Apandi berkata Gopal, ditemani oleh seorang peguam muda keturunan Cina, telah datang ke rumahnya dengan alasan untuk mendapatkan pertolongannya mengenai perkara tertentu.

“Kemudian tiba-tiba, katanya, itu hanya alasan untuk bertemu saya dan dia mempunyai agenda yang lebih besar.

Kata Sri Ram, “Tun M hantar saya untuk bertemu tuan. Dia mahu tuan menangkap Najib di pejabatnya, tuan pergi esok jam 2 petang, kami telah mengatur supaya polis di Putrajaya melakukan apa yang perlu atas arahan tuan.

“Kami juga telah mengatur supaya majistret mengeluarkan perintah reman ketika Najib dibawa ke hadapannya.”

Gopal Sri Ram- bekas Hakim Mahkamah Persekutuan

Apandi selanjutnya mendakwa Sri Ram memberitahunya bahawa beliau akan menjadi wira di mata rakyat dan juga menjadi peguam negara pertama menangkap seorang yang sedang menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Kata Apandi lagi, beliau telah bertanya Sri Ram atas alasan apa Najib hendak ditangkap.

Sri Ram menjawab, “Tuan, rakyat di luar sana merasa kecewa dan tidak gembira, hakikat jika tuan menangkap Najib, tidak kira alasannya, akan membuatkan rakyat berbahagia.”

Menurut Apandi, beliau mempunyai bukti berupa rakaman CCTV dan saksi mata mengenai kunjungan tersebut.

Kejadian yang didakwa itu berlaku empat bulan sebelum BN dikalahkan pada PRU14 dan PH menjadi kerajaan baru ketika itu.

Selepas kerajaan BN tumbang pada PRU14, Najib disiasat dan kemudiannya dihadapkan dengan 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion.

Daripada pendedahan TS Ali Apandi, pertamanya jelas bahawa apabila Sri Ram diangkat menjadi pendakwaraya, dia telah dikongkong oleh ‘preconceive idea’ atau ‘prasangka’ yang diindoktrinanikan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Kedua, terdapat dendam terhadap DS Najib kerana tindakannya menyampaikan arahan daripada mentornya Mahathir telah gagal dan ditolak oleh Peguam Negara TS Apandi Ali.

Ketiga, Tuduhan Mahathir amat tidak relevan apabila, PAC telah memutuskan bahawa skandal dalam 1MDB tidak boleh dikaitkan dengan DS Najib, sebaliknya ia adalah kelemahan pihak CEO 1MDB, pegawai-pegawai bank yang terlibat serta orang-orang yang menjadi rakan niaga seperti Jho Low.

Keempat, tindakan tergesa-gesa mengheret Najib ke mahkamah dibuat hanya beberapa ketika setelah PH menang PRU14, lebih menonjolkan masuk campur politik dalam badan kehakiman negara atau lebih tepat dikatakan sebagai dakwaan terpilih.

Dengan itu adalah amat wajar, Sri Ram ditolak sebagai Pendakwaraya, kerana dalam pemikirannya tiada langsung ruang untuk menegakkan keadilan terhadap Najib, sebaliknya lebih merupakan desakan dan dorongan musuh politik DS Naib.

Adakah Sri Ram telah disogok, sehingga bahan bukti pembelaan terhadap Najib terus disorokkan dan disembunyikan sebagaimana dakwaan peguambela DS Najib?

Tindakan ala diktator dan gestapo Mahathir bukan sahaja tertuju kepada Najib tetapi pada semua Perdana Menteri sebelum dan selepas Najib menjadi sasaran pemimpin tua itu. Namun yang lainnya mudah tunduk dan menyerah kalah, kecuali DS Najib yang menolak untuk dijadikan keldai politik Mahathir.

Dengan itu tindakan DS Najib untuk mendapatkan bantuan TS Muhyiddin Yassin adalah wajar bukan untuk menutup kes, tetapi untuk mengelakkan pendakwa yang hanya berdasarkan dendam kesumat serta indoktrinasi minda dan sogokan daripada pemimpin multibilionaire Malaysia.

Ia akan hanya membawa mahkamah kepada sfera undang-undang rimba.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: