UMNO SUDAH PATAH HATI DENGAN PAS UNTUK BERSAMA DI PRN JOHOR

Editorial

23 Jan 2022

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad telah merafak sembah DYMM Sultan Johor untuk mendapatkan pekenan baginda bagi pembubaran DUN Johor.

Tanpa apa-apa kesulitan, DYMM Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan.

Sebagaimana PRN Melaka, isu panas yang terbangkit pada PRN Johor pastinya tentang kerjasama UMNO-PAS di bawah semangat Piagam Muafakat Nasional (MN) sebagaimana yang telah diwartakan pada 14 September 2019.

Piagam tersebut hanyalah antara UMNO dan PAS, dua parti terbesar Melayu, dan tiada parti lain lagi yang boleh mendabik dada dan mencanangkan bahawa ia terlibat bersama dalam piagam MN.

Anehnya setelah PAS menyertai Perikatan Nasional yang didominasi oleh parti Bersatu pimpinan TS Muhyiddin Yassin, PAS sekonyong-konyong mahu Bersatu diterima masuk ke dalam MN. Adakah ia merupakan desakan TS Muhyiddin Yassin demi hayat politiknya serta parti Bersatu yg sedang goyah?

Rakyat masih ingat lagi ketika ‘Perhimpunan Perpaduan Ummah’ yang mengikat jalinan silatulrahim antara PAS-UMNO pada 18 Disember 2018, pemimpin parti Bersatu termasuk Muhyiddin sedang bersepadu dengan PH-DAP untuk meratifikasikan ICERD dan Statut Rom.

Lantas amatlah hairan, sekiranya parti hipokrit sedemikian mahu diangkat oleh PAS untuk bersama-sama dalam MN.

PAS tidak pula mahu menggesa parti serpihannya iaitu PAN dibawa bersama ke dalam MN.

Lantas tindakan PAS diterjemahkan sebagai parti yang lebih mementingkan ‘kolam laba’ daripada Piagam MN yang dianggap sebagai “sebaik-baik perjanjian politik” oleh Nik Mohamad Abduh yang juga merupakan Ahli Parlimen PAS-Bacok.

Kini MN ibarat panji buruk yang tidak lagi dikibarkan, tetapi akan tinggal menjadi artifak sejarah semata-mata.

Hanya satu-dua orang sahaja kepimpinan tertinggi PAS yang bersungguh-sunguh mahu mempertahankan MN, manakala berpuluh yang lain, hanyalah pentaksub kepada pemimpin yang kini dilihat oleh rakyat, hanya pandai dalam dalil-dalil agama tetapi tidak tahu mentadbir negara.

Apabila DYMM Sultan Johor berkenan menerima watikah pembubaran DUN Johor semalam 22 Jan 2022, Timbalan Presiden PAS, DS Tuan Ibrahim Tuan Man mula bersuara menyatakan ‘kemungkinan’ PAS akan bersama UMNO pada PRN Johor.

Namun adakah UMNO akan sudi menerima hulur tangan PAS setelah berkali-kali Presiden UMNO dan kepimpinan MKT UMNO bersuara sebelum ini agar PAS tidak cuba mengheret parti hipokrit seperti Bersatu?

Nampaknya UMNO sudah patah hati dengan PAS, meskipun terdengar bisikan bahawa kali ini PAS mahu bekerjasama dengan UMNO di PRN Johor.

Rakyat mempunyai pelbagai persepsi atas tingkah-laku PAS yang mahu mendekati UMNO semula.

PAS cuba berdrama bagi menggambarkan kesediaan mereka untuk kembali menghidupkan Muafakat Nasional.

Jika UMNO menolaknya, PAS lagi sekali akan menyalahkan UMNO sebagaimana lakonan mereka di PRN Melaka.

Lantas kemudiannya UMNO akan dilabelkan bertambah sombong dan angkuh dengan kemenangan mereka di PRN Melaka.

Hakikatnya, kelakuan PAS semasa PRN Melaka yang menolak kerjasama dengan UMNO, amat melukakan hati UMNO.

Lebih memilukan apabila pemimpin PAS Dr Khairuddin Aman Razali yang menyokong MN, telah disingkirkan daripada Jawatankuasa Pusat PAS.

Jelaslah dalam kepimpinan PAS terdapat juga hipokrit yang menjadi gunting dalam lipatan yang tidak mahu MN dihidupkan.

Di PRN Melaka, PAS seakan-akan mahu menjadi ‘king maker’ tetapi hakikatnya PAS adalah parti yang telah memecah-belahkan undi kaum Melayu, sebagaimana sejak dahulu lagi.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datok Nur Jazlan menegaskan, UMNO mempunyai krisis kepercayaan yang serius dengan PAS kerana ia tidak setia pada masa lalu, dan tiada sebarang sumbangan dalam PRN Johor.

Nur Jazlan membidas sikap PAS, sebagai parti yang tidak diperlukan sama sekali di Johor.

BN sudah bersedia untuk bertanding sendiri dan tidak perlu MN, sebalik Bersatulah yang lebih memerlukan PAS dalam keadaan ini.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: