PH-BERSATU KALAU BETUL ANAK JANTAN TURUNLAH KE GELANGGANG, JANGAN NAK BERDOLAK-DALIK

Editorial

22 Jan 2022

DUN Johor amat tidak stabil dengan jumlah kerusi PN 28 dan PH 27 setelah kematian ADUN Kempas Osman Sapian.

Ketidakstabilan DUN Johor menjadikan kerajaan negeri itu lemah dalam pelaksanaan dasar dan undang-undang, serta projek pembangunan negeri.

Malahan dalam krisis dalaman PN, TS Muhyiddin pernah mengugut UMNO-BN bahawa bila-bila masa sahaja dia boleh menekan butang untuk jatuhkan kerajaan Johor.

Dengan ugutan Muhyiddin untuk ‘menekan butang,’ ketidakstabilan kerajaan Johor seperti mengulangi kembali krisis kerajaan negeri Melaka.

Pecahan semasa kerusi DUN Johor adalah seperti berikut.

Seimbas pandang, PRN Johor pasti akan memenangkan pihak PH, apatah lagi sekiranya Bersatu kembali menyokong PH dengan PAS di belakangnya.

Tetapi anehnya sebagaimana berlaku pada PRN Melaka, BN-UMNO telah memang besar dengan 21 kerusi daripada 28 jumlah kerusi DUN, sedangkan semasa PRU14, mereka hanya memenangi 13 kerusi sahaja.

Pada PRN Melaka itu, Bersatu yang tidak bersama dengan BN-UMNO hanya memenangi 2 kerusi, manakala PAS langsung tidak memenangi apa-apa kerusi.

Keegoan Bersatu telah menjadikannya tidak sedar diri apabila ramai Ahli Parlimennya adalah merupakan ‘katak politik’, malahan masih ada gerakan mengugut ahli parlimen supaya melompat ke Bersatu jika tidak mahu dikenakan dakwaan terpilih.

Hakikatnya PH dan Bersatu semasa PRU14 telah menang atas dasar pembohongan, fitnah dan janji palsu.

Lihatlah bagaimana mereka membohongi rakyat bahawa kerajaan akan muflis di bawah BN, hutang negara di bawah BN adalah RM1 trilion, menghapuskan hutang para peneroka FELDA, menghapuskan tol, melupuskan hutang PTPTN graduat, manifesto tidak perlu ditunaikan, menyemarakkan komunisme, menyokong pengganas antarabangsa LTTE, dan pelbagai lagi kecelaruan.  

Ketika PH berkuasa negara menjadi lintang-pukang dan huru-hara, dan telah menginsafkan rakyat Melayu-Islam terutamanya apabila PH-DAP-Bersatu cuba meratifikasikan ICERD dan statut ROM untuk menghapuskan hak Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu serta agama Islam.

Hari ini sebagaimana tingkah-laku seorang yang pengecut, PH takut untuk menghadapi PRN Johor, dan tunduk berjanji akan memberikan komitmen berkelakuan baik, supaya kestabilan negeri kekal sehingga PRU15.

Soal Covid19 tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang PRN Johor kerana PRN Sarawak telah membuktikan ia tidak memberikan dampak kritikal kepada keselamatan pengundi, malahan situasi Covid19 semasa adalah jauh lebih baik daripada situasi ketika PRN Sarawak diadakan.

Situasi pasca-banjir di Johor mungkin menjadi pengganggu namun sekiranya PRN Johor dijadualkan pada Februari atau Mac, maka tiada alasan untuk menolaknya kerana musim banjir sudah tamat.

Ada pemerhati politik yang menterjemahkan PRN Johor sebagai medan perang untuk membunuh Bersatu. Semamangnya Bersatu wajar dibunuh kerana ia hanyalah parti yang memecah-belahkan kaum Melayu, memancing katak-katak politik dengan suapan dan ugutan dakwaan terpilih mahkamah.

Lantas, adakah lagi sekali keegoan Muhyiddin dan Bersatu akan cair kerana banyak bahagian Bersatu di Johor telah dibubarkan termasuk Pagoh? Ramai ahli Bersatu yang telah lari meninggalkan parti untuk bersama-sama dengan Pejuang, sedangkan kedudukan UMNO-BN tetap kukuh kerana Johor adalah negeri kelahiran UMNO.

PAS kini terpinga-pinga mengatur strategi untuk menutup kesilapan mereka menyokong Bersatu sekaligus mengkhianati Muafakat Nasional, dan kini cuba mendekati UMNO semula.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: