LUCU BANGAT BILA GUAN ENG MARAH SSM BERSIHKAN NAMA AZAM BAKI

Editorial

22 Jan 2022

Lucu bangat apabila beberapa hari lalu Guan Eng dedahkan lagi sikap hipokrit yang tegar dalam dirinya, dengan rungutan setelah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) bersihkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada isu pemilikan saham.

Guan Eng mengkritik SSM dan kecewa kerana tidak mensabitkan Azam Baki dengan kesalahan memiliki saham yang sebenarnya adalah milik adiknya.

SSM telah menjelas situasi pemilikan saham Azam Baki, namun Guan Eng harus sedar bahawa sehingga hari ini rakyat masih melopong memikirkan kenapakah kes rasuah pembelian banglo yang dikaitkan dengan kepentingan politiknya ditutup dan dia dibebaskan dan dilepaskan begitu sahaja.

Malahan SPRM sendiri terkejut dengan pembebasan Guan Eng.

Malahan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad telah menyerang Peguam Negara ketika PH-DAP berkuasa, Tommy Thomas, yang mengugurkan pendakwaan terhadap Guan Eng dalam kes tersebut.

Anehnya dalam kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo, yang hampir sama dengan kes pembelian banglo Guan Eng, telah dikenakan hukuman penjara 12 bulan.

Tommy Thomas sendiri telah mengaku bahawa dia dilantik bukan kerana merit guaman tetapi adalah atas lantikan politik, dan dia mengaku dia harus tunduk kepada kuasa politik pemerintah yang berkuasa.

Tun Hamid telah turut mempersoalkan integriti dan kaliber Tommy sebagai Peguam Negara kerana peranan dia dalam kes pembebasan Guan Eng.

Beliau menegaskan bahawa sehingga Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah dipinda untuk membezakan peranan pendakwaan Peguam Negara daripada peranan penasihatnya, Tommy masih berfungsi dalam sebagaimana kedua-dua fasal sebelum pindaan berkenaan.

Adakah ini sebahagian daripada konspirasi Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara.

Seperkara lagi dalam kes rasuah tuntutan suapan Guan Eng sebanyak 10 peratus keuntungan daripada projek ‘Terowong Bawah Laut Pulau Pinang,’ rakyat awam masih terpinga-pinga kehairanan mengapakah saksi penting pendakwaan terhadap Guan Eng sanggup terjun dari tingkat 17 kediamannya di The Palazzo? Tapi Guan Eng hanya mendiamkan diri. Kenapa Guan Eng?

Tidakkah kes ini lebih besar kerana ia melibatkan nyawa saksi pendakwaan? Adakah dia membunuh diri, terjatuh, atau dibunuh?

Sedarlah diri Guang Eng, jangan jadi seperti bidalan Melayu, “Kata dulang paku tersepih.”

Apabila ahli keluarga bekas Gabenor Bank Negara didedahkan terlibat dengan dana 1MDB sejumlah RM65 juta, dan dipercayai banyak lagi yang tersembunyi, mengapakah Guang Eng, dan tokoh-tokoh DAP-PH masih mendiamkan diri? Kenapa Guan Eng tidak kecewa dan bising sebagaimana dia bising ke atas isu Azam Baki?

Cukuplah Guang Eng dengan penipuan kamu sebagai ‘akauntan bertauliah’ kepada penipuan manifesto PH, negara bankrap di bawah BN, hutang kerajaan BN RM1 terilion, kerajaan PH hanya mampu bantu rakyat dengan RM30 sahaja, dan macam-macam lagi pembohongan kamu kepada rakyat ketika kamu berkuasa.

Rakyat kini sedar bahawa untuk menyelesaikan kes rasuah dalam projek ‘Terowong Bawah Laut’, maka DAP terpaksa hapuskan dahulu kerjaya Azam Baki.

Rakyat sedang memerhatikan gelagat kamu dan bapa kamu yang tidak sudah-sudah mengecam Azam Baki, tetapi diam apabila kroni kamu terbabit dengan rasuah, dadah dan kes rogol.

Kini pemimpin pelapis DAP sedang mendesak kamu supaya mengundur diri daripada jawatan Setiausaha Agung DAP. Apakah rasional di sebalik desakan itu semua?

Jadi, Guan Eng, suluhlah muka kamu di cermin dahulu, sebelum kamu hendak mencemuh wajah orang lain.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: