PERHIMPUNAN ‘HENTI ANIAYA NAJIB’ PADA AHAD 23 JAN DI PWTC

Editorial

20 Jan 2022

Pendedahan dan pengakuan bekas Peguam Negara, TS Tommy Thomas dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Widerness’ telah menonjolkan gelembung-gelembung kebenaran bahawa wujudnya konspirasi terhadap kes DS Najib Tun Razak.

Perkara utama ialah pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara diperakuinya bukan kerana merit tetapi merupakan pelantikan politik, pastinya demi melaksanakan konspirasi menjatuhkan DS Najib sebagaimana terkandung dalam agenda Tun Mahathir di samping menyelamatkan pemimpin DAP dalam kes-kes yang sudah pun dibawa ke mahkamah.

Seperti serampang dua mata, pelantikan politik Tommy juga adalah demi menyelamatkan survival politik Lim Guan Eng yang sebelumnya adalah anak guam Tommy dalam kes rasuah banglo sebelum PH berkuasa dan kedua untuk melampiaskan dendam Mahathir terhadap DS Najib yang cuba dijadikan bonekanya.

Hakikatnya, Ketua Pengarah SPRM sendiri terkejut apabila Guan Eng dengan begitu mudah dibebaskan.

Hairannya dalam kes pembelian Lot Banglo yang membabitkan DS Khir Toyo, beliau telah dipenjarakan 12 bulan, manakala kes Guan Eng digugurkan begitu sahaja.

Sebagaimana didedahkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa Pendakwaraya, Gopal Sri Ram telah menerima arahan Tun Mahathir yang mendesaknya supaya Najib ditangkap dan didakwa tanpa ada apa-apa kesalahan yang boleh dibabitkan, sebaliknya hanya kerana Tun Mahathir mahu DS Najib ditangkap begitu sahaja.

Undang-undang apakah semuanya ini?

Terkini gelembung-gelembung yang mengangkat kebenaran serta konspirasi penganiayaan terhadap DS Najib Razak mula terbongkar perlahan-lahan apabila bekas CEO 1MDB yang menjadi saksi pendakwa, telah mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak pasti sama ada syarikat itu telah mendapatkan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan sejumlah besar wang kepada pelbagai entiti.

Mohd Hazem Abdul Rahman, mengakui sedemikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama pembelaan bekas PM DS Najib Razak ke atas kes membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Tommy Thomas juga mendedahkan tentang gelagat bekas Ketua Polis Negara yang tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk bertindak mengekstradisi saksi penting pembelaan iaitu Jho Low.

Lantas rakyat mempersoalkan, kenapakah tokoh antarabangsa seperti Osama Laden dan Saddam Hussien begitu mudah dikesan, sedangkan Jho Low dikatakan sukar ditemui dan dibawa pulang dengan alasan sedang menyamar sebagai beruang dan berjalan seperti seladang.

Persoalannya, kenapakah Jho Low seperti cuba disorok, adakah untuk melindungi Tun Mahathir yang sering memberi gambaran bahawa DS Najib sebagai ‘banduan’ sedangkan perbicaraan kes masih berjalan?

Terkini kes suami bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, menerima dana 1MDB berjumlah RM65 juta terbongkar, malahan pada hakikatnya cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa.

Rakyat berharap ‘undang-undang rimba’ pada era Tun Mahathir menerajui negara sebagai PM ke-7 dapat dikuburkan terus apabila saki-baki balacinya dinyahkan daripada badan perundangan dan kehakiman negara.

Pada Ahad 23 Jan ini, 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Aras 4 PWTC Kuala Lumpur, sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia memohon agar rakyat yang cintakan keadilan, menghadiri perhimpunan bagi ‘menghentikan penganiayaan’ terhadap bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak.

Pengerusi Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia Syed Muhammad Imran SN Syed Abdul Aziz, percaya dan yakin bekas Perdana Menteri itu telah dizalimi dan dinafikan hak mendapat keadilan dalam kes mahkamah yang dihadapinya.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: