Editorial
19 Jan 2022
PH manupun PN-Bersatu nampaknya amat gelabah dan gentar sekiranya PRN Johor diadakan kerana mereka bimbang kekalahan teruk di PRN Melaka akan berulang lagi.
Soal Covid19 tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang PRN Johor kerana PRN Sarawak telah membuktikan ia tidak memberikan dampak kritikal kepada keselamatan pengundi, malahan situasi Covid19 semasa adalah jauh lebih baik daripada situasi semasa PRN Sarawak diadakan.
Situasi pasca-banjir di Johor mungkin menjadi pengganggu namun sekiranya PRN Johor dijadualkan pada Februari atau Mac, maka tiada alasan untuk menolaknya kerana musim banjir sudah tamat.

PRN Johor penting untuk memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri, sama seperti situasi di Melaka sebelum PRN Melaka dilaksanakan.
Kematian Allahyarham YB Osman Sapian, ADUN Kempas, telah menjadikan kerajaan Johor amat tidak stabil, malah semasa beliau masih hidup, TS Muhyiddin pernah mengugut untuk ‘menekan butang’ pada bila-bila masa sahaja agar kerajaan negeri yang lemah dalam konteks suara majoriti pemerintah itu boleh terbubar.


Namun PRK Tanjung Piai dan enam PRK lain sebelum tumbangnya kerajaan PH, serta PRN Melaka dan Sarawak, telah menunjukkan dengan jelas kepada PH mahupun PPBM (Bersatu) bahawa rakyat telah menolak mereka dan menunggu masa untuk menarik balik mandat yang telah diberikan pada PRU14.
Semua pemerhati politik sudah tahu bagaimana marahnya rakyat pada PH termasuk Bersatu yang telah menabur janji palsu, pembohongan dan fitnah untuk memenangi PRU14 tempoh hari.

Setelah menang pun mereka masih bergasak sesama sendiri kerana masing-masing mabuk kuasa dan tidak mahu menunaikan janji penyerahan kuasa.
Malahan lebih menyakitkan hati rakyat apabila Perdana Menteri PH dalam keadaan yang bebal telah meletakkan jawatan.
Apa yang perlu PH dan Bersatu lakukan sekarang ini ialah mencari sebanyak mungkin kelemahan PM, DS Ismail Sabri yang merupakan Timbalan Presiden UMNO untuk dijadikan isu keburukan UMNO-BN.
Malah isu saham Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantik oleh Muhyiddin juga cuba dibebenkan kepada Ismail Sabri sedangkan kes penglibatan suami bekas Gabenor BNM yang dikaitkan dengan wang 1MDB seperti tidak kedengaran pada pemimpin PH.
Tetapi rakyat tidak sebodoh itu kerana kerajaan pimpinan Ismail Sabri bukan kerajaan UMNO-BN tetapi kerajaan PN iaitu kroni Muhyiddin yang dipergunakan untuk menutup kelemahan dan ketempangan Bersatu.
Malahan ramai dalam kabinet Ismail Sabri, masih merupakakan muka-muka kerajaan Muhyiddin ketika 17 bulan dia berkuasa, dan mereka inilah juga yang merupakan jentera PH ketika mereka menang PRU14 tempoh hari.
Ada media yang menggambarkan bahawa PRN Johor akan membunuh Bersatu dan melemahkan lagi reputasi PH yang telah kalah teruk di PRN Melaka dan Sarawak, serta tujuh PRK sebelum ini.

Lucunya PH telah merayu supaya PRN Johor tidak diadakan, meskipun dikatakan telah direstui oleh pihak Istana Johor.
PH merayu bahawa mereka tidak akan mengganggu-gugat kestabilan kerajaan negeri Johor meskipun mereka hanya kekurangan dua kerusi untuk merebut kembali kuasa kerajaan negeri.
Muhyiddin pula harus sedar bahawa Bersatu menang semasa PRU14 adalah atas sokongan PKR, DAP dan Amanah.
Tapi kali ini siapakah yang akan menyokong Bersatu sedangkan ramai akar umbi telah lari berhijrah kepada Pejuang pimpinan Mahathir.
Sekiranya Muhyiddin masih menggunakan lambang PN untuk memenangi hati penyokong PAS di Johor, maka dia akan melakukan lagi sekali kesilapan yang besar.
Malahan akar umbi PAS amat membenci Bersatu sebagaimana mereka membenci Mahathir dahulu dan mereka juga melihat Bersatu adalah parasit yang cuba membunuh Muafakat Nasional.
Walaupun sedemikian, tidak ada gunanya Bersatu cuba mempergunakan PAS kerana PAS sendiri tiada kekuatan di Johor.

Memang benarlah sekiranya PRN Johor menjadi senjata untuk membunuh Bersatu, jika tidakpun, ia cukup untuk BN-UMNO melumpuhkan Bersatu meskipun tidak terus mematikannya.
Tidak usahlah dibicarakan tentang jumlah kerusi yang telah dimenangi PH-Bersatu semasa PRU14, sekiranya kemenangan itu hanyalah berasaskan fitnah pembohongan dan janji palsu.
******
Tinggalkan Jawapan