Editorial
18 Jan 2022
Tempoh hari apabila Setiuasaha Agung PAS, DS Takiyuddin Hassan dilabelkan sebagai menteri yang derhaka kepada DYMM SPB Agong, ramai yang menjangka dia akan digugurkan daripada AJK Pusat PAS serta jawatannya sebagai Menteri Undang-Undang.
Namun tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak kepimpinan PAS ke atas kebiadapannya dan begitu juga PM TS Muhyiddin Yassin.
Adakah dia anak manja kesayangan Presiden PAS?

Kemudian Takiyuddin sebagai Menteri Undang-Undang telah membohongi rakyat di Sidang Parlimen berkenaan pembatalan Ordinan Darurat.
Namun dia masih memegang jawatan Menteri Undang-Undang sehinggalah kerajaan pimpinan TS Muhyiddin Yassin tumbang.
Anehnya apabila PM DS Ismail Sabri mengambil alih kerajaan di bawah panji Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan tetap dilantik sebagai menteri kabinet, namun ditukarkan portfolionya.

Manakala Dr Khairuddin pula yang telah digugurkan dari senarai menteri kabinet, walaupun sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebelumnya, dia telah berjaya dari pelbagai aspek meningkatkan PASaran komoditi ke luar negara.

Terkini kepimpinan PAS telah menggugurkan jawatan Dr Khairuddin sebagai AJK PAS Pusat, tanpa menyatakan apakah rasional atas tindakan tersebut.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempersoalkan mengapakah PAS Pusat tidak menyatakan dengan terperinci alasan pengguguran Khairuddin dalam kepimpinan AJK Pusat?
Walau bagaimanapun terdapat rungutan bahawa pengguguran Khairuddin itu berpunca daripada prinsip beliau yang mahu mempertahankan Muafakat Nasional yang telah dipiagamkan pada September 2019 ketika PH masih berkuasa.
Nik Mohamad Abduh yang juga AJK PAS Pusat berkata, PAS seharusnya segera memberi penjelasan rasmi mengenai pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu bagi membina persepsi yang baik kepada parti.
Ini kerana katanya, adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahui sebab pengguguran Mohd Khairuddin yang dikaitkan dengan isu disiplin kerana ia membabitkan ‘kerosakan’ kepada akhlak berjemaah.
YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat menyokong usaha-usaha bagi memulihkan hubungan PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang semakin suram.
Nik Abduh membidas, apabila DS Takiyuddin Hassan dengan lantang menolak alasan pengguguran beliau daripada AJK Pusat atas faktor perselisihan antara MN dan Perikatan Nasional (PN), maka nyatalah ia adalah disebabkan hal lain.
Menurut Nik Abduh, jika Khairuddin digugurkan kerana masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada rakyat, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan secara rasmi oleh pimpinan parti PAS. Bukan bocor atau viral sahaja.
Khairuddin harus diberikan hak untuk membela diri sekiranya penggugurannya adalah berdasarkan fitnah, cemburu atau konflik pandangan dalam kepimpinan PAS.
Tambahnya, umum mengetahui Mohd Khairuddin merupakan antara figura utama dalam kepimpinan tertinggi parti dan juga kedudukannya sebagai bekas menteri daripada PAS.
Sehubungan dengan isu pengguguran Khairuddin, bekas pemimpin PAS, Raja Kamarul Bahrin Shah membidas sikap pemimpin atasan PAS yang tidak demokratik, malahan demokrasi dalam PAS sudah mati.

PAS tidak meraikan perbezaan pandangan, malah mereka yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan utama parti terus disingkirkan.
Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan sebagai kurang tepat kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan bahawa parti itu tidak pernah menggugurkan atau memecat mereka yang berbeza pendapat.
Malah, beliau mendakwa PAS mengamalkan tindakan disiplin terpilih dengan memberikan contoh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali yang digugurkan daripada AJK PAS Pusat.
Kerana perbezaan politik dalaman PAS Khairuddin telah digugurkan daripada AJK PAS kerana menyatakan sesuatu yang berbeza daripada pandangan pimpinan utama PAS.
Ini jelas menunjukkan budaya wala’ yang tebal wujud dan dikuatkuasakan dalam PAS. Pandangan dan pendapat berbeza tidak digalakkan malahan dikawal ketat.
*****
Tinggalkan Jawapan