MAT SABU SERANG TUAN IBRAHIM KERANA MENUNAIKAN UMRAH PADA MUSIM AIR NAIK

Editorial

17 Jan 2022

Presiden Amanah pada minggu lalu, mencela Menteri Alam Sekitar dan Air, DS Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS, kerana bercuti menunaikan Umrah di Tanah Suci.

Mat Sabu mencela tujuan Tuan Ibrahim menjalankan ibadat Umrah pada ketika rakyat dilanda banjir yang merupakan fenomena alam serta urusan parit dan saliran yang dikatakan lemah.

Meskipun Tuan Ibrahim masih di Tanah Suci, Mat Sabu tetap mencela dan malangnya Tuan Ibrahim dilaporkan telah dijangkiti Covid19.

Tidak Mat Sabu fikir bahawa fenomena banjir adalah bencana alam yang menyerang seluruh dunia dan bukannya terletak pada kelemahan pengurusan Kementerian Alam Sekitar?

Tidakkah Mat Sabu juga berfikir bahawa Tuan Ibrahim ke Tanah Suci membawa bersama doa seorang pemimpin Islam agar negara dilindungi daripada terus diserang pelbagai bencana.

Agak lucu apabila Mat Sabu mendakwa bahawa, soal banjir ialah soal air, dan soal air itu adalah tanggungjawab Menteri Alam Sekitar dan Air.

Menambahkan polemik tersebut Mat Sabu juga cuba mengaitkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan penakut dalam mengeluarkan arahan kepada Kabinetnya terutama ketika negara dilanda bencana besar seperti tragedi banjir baru-baru ini. 

Mat Sabu membuat kesimpulan bahawa Ismail Sabri takut sekiranya tindakan tegas terhadap ahli parlimen akan menyebabkan mereka menarik sokongan yang boleh membubarkan kerajaan yang tidak mempunyai majoriti yang stabil.

Nampaknya, itulah hakikat bahawa PRU15 perlu segera diadakan untuk mengelak ‘kelam kabut’ sebagaimana didakwa oleh Mat Sabu.

Lantas celaan Mat Sabu bukanlah sangat kepada cuti-ibadah Tuan Ibrahim tetapi lebih kepada propaganda politik untuk mencari apa sahaja kelemahan pihak yang Amanah tanggapi sebagai musuh politik.

Polemik tersebut tidak menjadi isu, kecuali sekiranya pihak kerajaan sendiri yang menyerang Tuan Ibrahim.

Rakyat sedang sentiasa memerhatikan gelagat ahli politik yang mempergunakan propaganda ‘membantu rakyat’ supaya masing-masing mendapat kredit bahawa merekalah wira yang telah menyelamatkan rakyat, sedangkan hakikatnya ia hanyalah lakonan.

Mungkin juga Mat Sabu sebenarnya gelabah kerana kawasan Parlimennya teruk dilanda banjir. Maka terpaksalah dia bersilat untuk mengalih fokus pengundi Kota Raja kepada isu Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun bukankah pada waktu musibah inilah umat Islam harus banyak beribadah?

Walau bagaimanapun pelbagai fitnah turut sama dilemparkan kepada Tuan Ibrahim, selain celaan Mat Sabu.

Seorang pendakwah bebas, dikenali sebagai Abu Syafiq telah menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad, kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa jemaah yang tidak divaksinasi menunaikan umrah.

Lebih merumitkan keadaan jemaah yang pulang daripada Umrah telah dijangkiti virus Omicron yang dikatakan 500% lebih cepat merebak berbanding varian biasa Covid19.

Abu Syafiq dalam satu hantaran video di laman media sosialnya berkata ahli Dewan Negara itu juga perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Abu Syafiq mendakwa, terdapat juga individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah itu namun tidak mendapatkan vaksin terbabit termasuk Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuduhan Abu Shafiq itu telah disangkal oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nampaknya ada pihak tersepit yang bijak, kerana untuk menunjukkan dia bijak, maka dia mendakwa ada orang lain juga yang tersepit, bukan dia sahaja.

Dari sini pihak parti PAS juga harus sedar, demikianlah hakikatnya mengapa UMNO tidak suka bekerjasama dengan Bersatu, kerana pergolakan yang serupa sebagaimana PAS hadapi terhadap Amanah.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: