SEPARUH PENDUDUK EROPAH AKAN DIJANGKITI OMICRON TAPI MALAYSIA MASIH BERGELUT DENGAN PUAK ANTIVAKSIN

Editorial

15 Jan 2022

Data terkini Covid19 yang melanda dunia nampaknya dijangka meningkat semula.

WHO atau Organisasi Kesihatan Sedunia menjangkakan bahawa separuh penduduk Eropah akan dijangkiti virus mutasi Covid19, Omicron menjelang Mac ini.

Jika separuh jumlah penduduk akan dijangkiti Omicron pada Mac ini, apa pula akan berlaku pada Jun.

Dengan hampir lapan juta kes Covid-19 dicatatkan sejak tujuh hari lalu, Eropah kini melaporkan jumlah jangkitan dan kematian paling besar di seluruh dunia.

Apa yang menjadi fokus kajian WHO adalah perkembangan di Eropah, bagaimana dengan penduduk Asia seperti India, Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan negara kita Malaysia?

Terkini pun adalah Ahli Parlimen Bintulu DS Tiong King Sing, yang membangkitkan tentang data kematian akibat Covid19 yang tidak dilaporkan.

Tiong merujuk kepada jumlah kematian lebih 31.6 ribu di Malaysia diakibatkan jangkitan Covid19, manakala 2.8 juta kes jangkitan, namun ada banyak lagi kematian yang tidak direkodkan kerana ia hanya meliputi data yang dilaporkan dan diterbitkan.

Mungkin ia satu tuduhan terhadap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, namun kebarangkalian kematian yang tidak dilaporkan sememangnya ada, terutamanya dalam masyarakat Asia yang masih ketinggalan dari aspek teknologi maklumat berbanding Eropah.

Kepulangan jemaah Umrah Malaysia yang membawa bersama virus Omicron adalah satu contoh yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa kerana sememangnya telah diperakui bahawa mereka tidak divaksinasi.

Inilah antara fenomena masyarakat yang masih rendah tamadun dan hanya mementingkan diri daripada melihat kesan ancaman yang mereka bawa kepada nyawa orang lain.

Lebih mengejutkan apabila Ustaz Abu Syafiq yang bertanggungjawab terhadap jemaah Umrah itu pula mendedahkan bahawa Menteri Alam Sekitar dan Air yang kini diserang jangkitan Covid19 setelah pulang daripada Umrah, juga tidak menerima vaksinasi.

Jika tuduhan itu benar, ia sungguh memalukan Malaysia, dan sekiranya separuh daripada penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron, lantas bagaimanakah Malaysia nanti?

Pihak berkuasa harus mengkaji semula peruntukan undang-undang terhadap gejala penipuan sijil vaksinasi yang digunakan untuk meloloskan diri di luar negara.

Sekiranya kad pengenalan pun mudah sahaja diciplak, apatah lagi sijil vaksinasi, sedangkan Omicron, mahupun Covid19 atau Delta boleh membunuh.

Omicron dijelaskan oleh WHO adalah 500% mempunyai daya kemerebakan yang lebih kuat dan pantas berbanding virus mutasi Delta.

Lantas, adakah Malaysia akan lagi sekali dikongkong oleh Ordinan Darurat dengan ‘total lockdown’ yang telah pernah mengurung rakyat sehingga ekonomi golongan pendapatan rendah lumpuh?

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: