MAJLIS PRESIDEN PH MEMBISU TENTANG KES SOGOKAN GOLDMAN SACHS, SERTA SUAMI GABENOR BNM YANG MENERIMA DANA 1MDB

Editorial

12 Jan 2022

Pada 25 Julai 2020, PM TS Muhyiddin Yassin telah menyambut baik penyelesaian bernilai USD$3.9 bilion (RM16.6 bilion) yang telah dicapai antara kerajaan Malaysia dengan Goldman Sachs bagi tuntutan kerajaan berhubung salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB.

Menurut beliau, dengan penyelesaian itu, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah USD$4.5 bilion (RM19 bilion).

Namun dari sudut lain DS Najib melihatnya sebagai kes sogokan kepada beberapa pegawai kerajaan dan juga pegawai 1MDB yang menyebabkan Goldman Sachs terpaksa membayar RM16.6 bilion.

Mengapakah puak PH termasuk Muhyiddin tidak mendesak supaya kes sogokan ini disiasat sebagaimana mereka menjaja dan berkompang tentang penglibatan DS Najib dan 1MDB?

Ini adalah isu besar, yang jumlahnya juga jauh lebih besar daripada isu derma kerajaan Arab Saudi yang dinasihati bekas Gabenor Bank Negara supaya dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib dan bukannya akaun UMNO.

PH bertindak seolah-olah tidak ambil peduli malah tidak menuntut kerajaan untuk telus dan mendedahkan nama individu-individu yang disogok oleh Goldman Sachs itu.

Sebelum ini Majlis Presiden PH menyifatkan proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga penghujungnya.

Mereka turut menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah dan pihak terlibat ‘tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,’ sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Kes Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Azam Baki yang memiliki saham bernilai sekitar RM600,000  diserang habis-habisan oleh puak PH serta Majlis Presiden dan didesak supaya kerajaan telus.

Namun kenapakah mereka membisu terhadap kes bekas keluarga bekas Gabenor BNM TS Zeti yang menerima RM65 juta sehingga RM700 juta dana berkait 1MDB untuk disorok di akaun bank luar Negara?

Mereka juga membisu terhadap isu bekas menteri kabinet yang terlibat dalam kes SRC menerima RM85 juta dana berkait 1MDB untuk disorok dalam akaun bank proksi luar Negara.

Kini kes beberapa pegawai kerajaan dan pegawai 1MDB disogok sehingga Goldman Sachs perlu membayar RM16.6 bilion, mereka juga buat bodoh, tidak mahu ambil tahu dan tidak menuntut kerajaan untuk telus dan dedahkan nama individu-individu yang disogok, sebagaimana didedahkan oleh DS Najib Tun Razak.

Menurut DS Najib, Goldman Sachs telah membayar RM16.6 bilion kepada kerajaan pusat setelah mengaku pegawai-pegawai mereka telah sogok beberapa orang pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB yang tidak dinamakan.

Barisan peguam Amerika Syarikat bagi bekas pegawai Goldman Sachs yang dituduh terlibat dalam sogokan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka mempunyai bukti “exculpatory” ataupun bukti yang boleh membersihkan DS Najib dan mereka bertanggung jawab dari aspek etika dan moral untuk menyalurkan bukti tersebut tetapi telah dihalang oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Tegas Najib, “Saya juga menang dalam mahkamah Amerika untuk mendapat maklumat tersebut tapi dihalang oleh kerajaan Amerika yang tiba-tiba menyekat mahkamah serta Goldman Sachs untuk mendedahkannya kepada saya.”

Kerajaan Malaysia pula tidak mahu mendedahkan maklumat tersebut sebab mereka telah rahsiakan perjanjian penyelesaian Goldman Sachs dan diklasifikasikannya sebagai OSA (Akta Rasia Rasmi).

Lantas kenapa PH tidak turut menentang ketidaktelusan kerajaan bagi menegakkan keadilan, seadil-adilnya supaya pihak terlibat ‘tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.’

Barisan pendakwaan kerajaan dalam kes-kes DS Najib juga tidak ingin cari atau siasat maklumat tersebut walaupun maklumat itu ada pada kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat apabila hakim mengakui barisan pendakwaan tidak memiliki maklumat tersebut semasa hakim tolak permohonan beliau untuk mendapatnya.

Tiada seorang pun dari NGO-NGO pro-PH, pemimpin-pemimpin PH ataupun puak kroni Tun Mahathir yang menuntut supaya tindakan diambil ke atas pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan pegawai 1MDB yang dirahsiakan nama-nama mereka yang telah disogok sehingga Goldman Sachs terpaksa membayar RM16.6 bilion sebagai kos penyelesaian kepada kerajaan Malaysia.

Jika dengan senario sebegini DS Najib dijatuhkan hukuman penjara, manakala bukti kes pembelaan disorokkan, adakah ini keadilan sebagaimana dijaja dan dikompangkan oleh Majlis Presiden PH?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: