BERSATU GELABAH TIDAK MAHU MENGAKU PARTI SEDANG PARAH APABILA RAMAI AHLI KELUAR PARTI

Editorial

11 Jan 2022

Parti Bersatu goyah lagi apabila ramai pemimpin dan ahli yang berbondong keluar untuk menyertai parti baharu Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Gejala keluar parti Bersatu berulang setelah parti Pejuang yang ditubuhkan Tun Mahathir memberi dampak yang amat teruk kepada Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin sejak PH tumbang.

Lihatlah keratan-keratan akhbar yang tidak berbohong tentang kegoyahan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin sejak PH tumbang.

Sebagaimana biasa, memanglah mereka akan reka cerita bahawa penubuhan PBM tidak menjejaskan Bersatu kerana jumlah ahli kekal 600,000.

Namun, bekas Naib Ketua Bersatu Bahagian Kota Baharu pernah mendedahkan bahawa “Masalah (pembubaran parti) berlaku disebabkan salah pemimpin PPBM kerana tidak cekap walaupun sudah beberapa kali diberi peluang oleh ROS. Macam mana nak siapkan dokumen sedangkan cawangan tidak pernah wujud untuk mengadakan mesyuarat kerana kekurangan ahli yang memerlukan sekurang-kurangnya 50 orang.”

Jadi terbuktilah bahawa sesetengah Bahagian Bersatu yang dijaja hanyalah satu pembohongan kerana pada hakikatnya ia tidak wujud dan jumlah ahlinya ciput untuk mengadakan mesyuarat agung.

Tetapi anehnya ketika PRN Melaka, jentera pilihan raya seperti tidak bermaya kerana tiada ahli, sekadar mengharapkan seorang-dua penyokong PAS.

Lantas tidak hairanlah mereka kalah teruk.

Terkini beberapa pemimpin Bersatu telah berpaling tadah menyertai PBM dengan alasan bahawa PBM membawa wawasan yang lebih realistik berbanding parti Bersatu.

Fikirkanlah sekiranya Tun Mahathir yang menjadi antara pengasas terpenting meninggalkan parti, bagaimanakah survival Muhyiddin?

Lihat sahaja Bahagian Bersatu Pagoh tempat kelahrian Muhyiddin sendiri telah lumpuh.

Mereka bukan ikhlas menyertai Bersatu kerana semuanya adalah anak-cucu penyokong tegar UMNO sejak sebelum Merdeka lagi.

Lihatlah juga di Negeri Sembilan, seluruh parti Bersatu dibubarkan, di Perlis dan Perak juga Bersatu sedang Nazak.

Apa yang menjadi hiasan dan kosmetik Bersatu untuk mengelabukan mata rakyat hanyalah beberapa pemimpin yang merupakan katak politik. Itupun kerana ada habuan serta ditekan dengan ugutan ‘dakwaan terpilih’ sebagaimana didedahkan oleh media.

Kenyataan Anwar ketika Muhyiddin berkuasa sebagai PM

Sebelum ini, dua pemimpin utama PKR telah menyertai Bersatu, diketuai oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Mereka pada mulanya merancang untuk menubuhkan parti mereka sendiri tetapi kemudiannya menyertai Bersatu kerana kesuntukan masa menjelang pilihan raya umum ke-15 yang dijadualkan pada 2023.

Bagaimanapun, penyokong Azmin dan Zuraida berdepan masalah dalam Bersatu kerana dilayan seperti pendatang.

Spekulasi itu disemarakkan lagi apabila Zuraida tidak menolak menyertai PBM apabila ditanya jika dia akan mempertimbangkan untuk memimpin parti itu bulan lalu.

Bagaimanapun, ‘leftenan politiknya’ Hizwan Ahmad yang melompat ke Bersatu kini melompat pula ke PBM dan dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Kira-kira 50,000 PKR yang dikaitkan dengan Zuraida juga telah menyertai PBM.

Beberapa bekas pemimpin wanita PKR yang rapat dengan Zuraida termasuk Adun Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha yang menyertai Bersatu ketika Muhyiddin berkuasa juga telah melompat ke PBM.

Tidak hairanlah sekiranya Muhyiddin bermati-matian hendak menghidupkan Perikatan Nasional (PN) kerana itulah sahaja jalan untuk kesinambungan hayat Bersatu.

Melalui PN dia akan mengisytiharkan bahawa Bersatu sebagai nakhoda untuk mengelabukan mata rakyat, sedangkan hakikatnya Bersatu sedang goyah dan parah.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: