JEMAAH UMRAH TIPU SIJIL VAKSINASI COVID MANAKALA KDN AKUI KEKHILAFAN

Editorial

10 Jan 2022

Hasrat menunaikan Umrah di Masjidil Haram, serta menziarahi Masjid Nabawi, adalah sesuatu yang amat dimuliakan.

Namun sekiranya soal rekod dan sijil vaksinasi ditipu, maka ia akan membawa mudarat baik dari aspek ibadah mahupun kesihatan kepada diri sendiri, sanak saudara, serta sesiapa juga yang berhubungan di Tanah Suci.

Jemaah dijangkiti varian Omicron, varian Delta atau Covid19 yang asal bukan persoalan, kerana semuanya amat bahaya dan boleh membunuh.

Apa yang menjadi persoalan ialah tindakan menipu semata-mata untuk melepaskan diri supaya dibenarkan menunaikan ibadah Umrah itu.

Ada ulama yang merumuskan bahawa tindakan memalsukan sijil vaksinasi untuk menunaikan Umrah adalah suatu tindakan yang menzalimi jemaah lain, serta sanak saudara yang berhubungan dengan jemaah, baik di Masjidil Haram, mahupun di negara sendiri atau ketika perjalanan.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, tindakan individu yang menipu itu boleh mencalarkan kredibiliti sijil vaksinasi yang amat diperlukan untuk warga Malaysia bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.

Menipu adalah sesuatu yang salah dari segi agama, lantas bagaimanakah mereka boleh melaksanakan ibadah dengan cara menipu?

Jelas Datok Zamri, jika tindakan jemaah telah menyebabkan orang lain terzalim kerana jangkitan ketika dalam perjalanan mahupun ketika mengerjakan Umrah, mahupun fardu Haji, maka ibadah itu dikhuatiri tidak mabrur.

Timbalan Mufti itu turut menasihati jemaah yang memalsukan sijil vaksinasi untuk menunaikan umrah sebagaimana dilaporkan media, supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mendedahkan bahawa terdapat 17 jemaah Umrah yang terjangkit varian Omicron yang dikesan kerana tidak menerima sebarang vaksin.

Terbangkit juga persoalan, bagaimanakah sijil digital boleh dipalsukan?

Sekiranya sijil dalam bentuk dokumen kertas yang menjadi rujukan pihak imigresen untuk para jemaah Umrah, maka jelaslah bahawa terdapat kelemahan dalam sistem menentukan status vaksinasi yang telah diterima rakyat.

Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainuddin sendiri telah mengaku terdapat ‘kekhilafan’ dalam proses pemeriksaan sehingga 17 individu tanpa vaksin terlepas menunaikan umrah dan kemudian kembali ke Malaysia baru-baru ini.

Tidak pasti pula apa maksud ‘kekhilafan’ yang cuba disampaikan oleh Hamzah. Adakah beliau maksudkan terdapatan perbezaan pandangan dan prosedur dalam soal pemeriksaan, atau ‘kesilapan’ pihak imigresen?

Pihak ejen ibadah Umrah juga harus bertanggungjawab, dan tidak hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata, walaupun pihak kerajaan faham tentang pelbagai bencana alam yang telah menyekat perniagaan sektor pelancungan.

Setakat hari ini, KKM telah mencatatkan sejumlah 31,678 kematian akibat Covid19. Ia adalah satu jumlah yang besar, ibarat mati dalam peperangan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga bimbang dengan kadar jangkitan varian Omicron yang pantas dan boleh menyebabkan gelombang pandemik baru di seluruh dunia.

Malahan Negara-negara di seluruh Eropah sedang mempertimbangkan sekatan baharu terhadap pergerakan awam susulan meningkatnya penularan varian Omicron.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sendiri telah merayu rakyat negara itu untuk mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak bagi melawan varian itu, dua hari sebelum Krismas.

Jumlah jangkitan Omicron dilaporkan semakin berlipat kali ganda di seluruh Eropah, AS dan Asia, termasuk di Jepun.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: