GUAN ENG SILA LIHAT REKOD PH, SEBELUM LABEL ISMAIL SABRI SEBAGAI PM PALING TERUK

Editorial

10 Jan 2022

Lim Guan Eng, dinasihatkan supaya cerminkan muka sendiri, apabila dia digelar Menteri Kewangan paling teruk dalam sejarah Malaysia, bukan sahaja dari aspek pengurusan kewangan negara, tetapi penuh dengan pembohongan, fitnah, rasuah, malah membaca titik perpuluhan pun salah.

Perkara yang paling menjijikkan ialah apabila dia berbohong bahawa dia adalah ‘akauntan bertauliah’ sedangkan dia hanya layak menjadi ‘kerani akaun’ jika mengikut syarat kelulusan dalam iklan pekerjaan hari ini.

Kerajaan PH yang selayaknya digelar kerajaan kakistokrasi, telah memegang rekod yang amat sangat bangat buruk dan teruk dalam sejarah apabila semasa pemerintahan mereka, penuh dengan skandal dan kemelut politik.

PH adalah pemerintah yang lengkap dan sempurna dengan segala macam keburukan yang huru-hara dan lintang-pukang.

Kegenjotoan PH terlihat pada isu dan kes yang terbongkar dan tertular dalam media, antaranya pemimpin PH terbabit sebagai perogol, samseng, kaki gaduh, bersemburit, kaki sodomi, rasuah, kaki fitnah, penipu, bodoh, nyanyuk, aktiviti pengganas, pendakyah komunisme, mabuk dadah dan macam-macam lagi.

Segala kesempurnaan kegenjotan kerajaan PH itu telah menjadikan rakyat kemurungan, takut, sedih dan seram dengan pertanyaan “Apakah kerosakan yang akan berlaku pada negara tercinta ini, sekiranya PH terus berkuasa.”

Tidak hairanlah kerana ‘guilty conscious’ Tun Mahathir telah dengan bebalnya meletakkan jawatan sebagai PM, kerana tidak sanggup melihat dirinya terus menjadi boneka kepada DAP dan memimpin kerajaan yang paling teruk dalam sejarah.

Lihat sahaja apa yang telah dijaja oleh media, baik media arus perdana mahupun media picisan dalam talian.

Ada perogol dalam kerajaan PH:

Ada samseng dalam kerajaan PH:

Ada kaki gaduh dalam kerajaan PH:

Ada pemimpin yang suka bersemburit dalam PH:

Ada kaki sodomi dalam PH:

Rasuah dalam PH tidak usah cakaplah, kes rasuah 10% dalam projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang masih berjalan, malah kes rasuah Lim Guan Eng dalam kes membeli Banglo murah kerana kepentingan politik telah digugurkan sahaja oleh Peguam Negara, yang menjadi pengasas Undang-Undang Rimba Malaysia.

Lebih teruk lagi apabila saksi utama pendakwa bagi kes rasuah Terowong Bawah Laut, mati setelah terjun dari tingkat 17 kondominium The Palazzo, Pulau Pinang.

Teruknya PH-DAP apabila terdapat juga kaki fitnah dalam kerajaan:

Pemimpin penipu dalam kerajaan PH:

Pemimpin bodoh dalam kerajaan PH:

Pemimpin nyanyuk dalam kerajaan PH:

Ada aktivis pengganas dalam PH:

Ada pejuang komunisme dalam PH:

Banyak lagilah yang tidak terdaya untuk disenaraikan.

Oleh itu Guan Eng janganlah cuba menjadi wira di tengah-tengah wabak Covid19 yang masih menjalar dan bencana banjir yang tiada langsung kena-mengena dengan parti pemerintah.

Kamu lupakah Guan Eng ketika kamu gagal mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang, sehingga kamu mengalirkan air mata buaya atau ‘crocodile tears’ kononnya untuk menagih simpati rakyat Pulau Pinang ketika kamu menjadi Ketua Menteri.

Kamu lupakah bagaimana kamu merayu memohon bantuan daripada kerajaan BN?

Kamu juga janganlah mahu menjaja isu Azam Baki, kerana pada era kamu berkuasa, kamu melantik orang di luar SPRM menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM. Kenapa Guan Eng? Adakah supaya kamu dan kroni kamu mudah lolos daripada dakwaan terpilih?

Jadi Guan Eng, kamu dinasihatkan supaya cerminlah diri dahulu kerana rekod PH sebagai kerajaan paling teruk yang amat bangat teruk, dan antara kerajaan paling singkat dalam sejarah, masih segar dalam ingatan rakyat.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: