Editorial
8 Januari 2022
Adakah bekas Peguam Negara lantikan DAP semasa PH berkuasa juga diserang penyakit nyanyuk?
Dia dipersepsikan nyanyuk kerana dia sendiri mendedahkan pelbagai dakwaan termasuk campur tangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman dalam bukunyanya ‘My Story: Justice in the Wilderness’, tetapi kini dia menggelabah menolak untuk bekerjasama dengan badan penyiasatan.
Tommy telah mengeluarkan kenyataan menolak kerjasama dalam siasatan berhubung dakwaan dan pendedahannya tentang isu pelantikan hakim, campur tangan berlebihan oleh cabang eksekutif kerajaan dalam sistem kehakiman, dan pendakwaan terpilih, ketika PH berkuasa di bawah kepimpinan Tun Mahathir Muhammad.

Dia telah memaklumkan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri Fong Soo Chung yang telah ditubuhkan untuk tujuan penyiasatan ke atas bukunya itu.
Bekas Peguam Negara itu memberi alasan bahawa dia merasakan pasukan petugas itu boleh menjejaskan kebebasan Pejabat Peguam Negara.
Nampaknya Tommy rasa dia kebal dari segi undang-undang meskipun telah mengaku dan mendedahkan dalam bukunya bahawa terdapat dakwaan terpilih yang melibatkan tokoh politik, dan campur tangan berlebihan oleh cabang eksekutif kerajaan dalam sistem kehakiman.
Sekarang Tommy menggunakan undang-undang untuk menafikan keabsahan undang-undang?

Hakikatnya dialah, sebagai bekas Peguam Negara, telah membocorkan kegenjotan kerajaan PH dan sistem perundangan dan kehakiman negara dalam isu yang memperlihatkan amalan undang-undang rimba, tetapi kini bertindak kontradik untuk menolak siasatan.
Sendiri sudah berak dan najis masih terpalit dipunggung tetapi masih enggan membersihkannya?
Kononnya pasukan penyiasat telah meletakkan kebebasan peguam negara dalam keadaan bahaya.
Namun dia tidak langsung melihat bahawa tindakannya ketika menjadi Peguam Negara, dia telah mencabuli undang-undang negara apabila wewenangnya menutup kes-kes yang melibatkan kroni politik pemerintah, sehingga bagi sesetengah kes SPRM sendiri terkejut.

Kini Tommy mahu menjaga kepentingan dan hak Peguam Negara konon, sedangkan Peguam Negara, TS Idrus Harun sendiri tidak sedikitpun membangkitkan isu berkenaan dalam tindakan badan penyiasat ke atasnya.
Malahan pada 8 Dis yang lalu, Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri telah mengumumkan bahawa pasukan petugas telah diberi kuasa untuk menyiasat dakwaan Tommy dalam bukunya itu dalam isu campur tangan politik ke atas badan perundangan dan kehakiman negara, serta dakwaan terpilih.
Wan Junaidi menjelaskan bahawa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dan AGC akan bertindak sebagai sekretariat bagi jawatankuasa itu.
Dia juga menegaskan pasukan petugas itu akan mengemukakan penemuan dan cadangannya kepada kabinet dalam tempoh enam bulan.
*******
Tinggalkan Jawapan