ADA YANG SANGGUP FITNAH DS NAJIB DENGAN SUMPAH LAKNAT DEMI PH

Editorial

4 Jan 2022

Semalam, tersebar dalam media, bidasan bekas Menteri MITI era Mahathir yang melabelkan kerajaan Ismail Sabri sebagai menggunakan pendekatan “buat pekak, bisu, buta dan tak tahu” dalam tadbir urus susulan banjir dan pandemik Covid yang sedang dihadapi negara.

Adakah gambaran sedemikian boleh diterima sedangkan di sana-sini kita melihat pihak agensi kerajaan sibuk membantu baik dari aspek mikro iaitu bersemuka dengan mangsa, mahupun dari aspek makro melalui bantuan kewangan dan sebagainya?

Tuduhan sedemikain terhadap kerajaan pimpinan Ismail Sabri telah dibidas oleh DS Najib.

Pada 2018 semasa hangat pihak PH berkempen untuk menjatuhkan kerajaan BN, bekas menteri yang sama, telah bersumpah laknat untuk menarik sokongan pengundi tentera melalui fitnah.

Sebagaimana didedahkan oleh DS Najib dalam aplikasi telegram, TS Rafidah Aziz yang amat taksub kepada Mahathir telah bersumpah laknat tentang tanah milik ATM yang difitnah telah diswastakan.

DS Najib mencatatkan bahawa, sebulan (14 April 2018) sebelum PRU14 , bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada era Mahathir berkuasa, telah mengucapkan kenyataan tuduhannya dengan ayat “Saya bersaksi dengan Allah” dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

Rafidah telah mencabar kerajaan mendedahkan kertas putih Kabinet mengenai kira-kira 40,000 hektar tanah, yang menurutnya diswastakan tanpa tender terbuka di bawah rancangan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 2008, yang merupakan menteri pertahanan pada masa itu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” kata Rafidah melafazkan sumpah dalam mesejnya.

“Jangan dinafikan fakta ini,” kata Rafidah, selepas Hishamuddin (Menteri Pertahanan ketika itu) menafikan dakwaan dalam “surat terbuka” kepada DS Najib.

“Saya bersaksi dengan Allah. Yang penting adalah semua tanah Kementah telah diswastakan dan pajakan selama 40 tahun kepada syarikat milik individu,” katanya.

“Kementah tidak lagi memiliki 1 inci pun tanah. Semua sudah diswastakan kepada syarikat dimiliki 3 individu,” tambahnya lagi.

Namun pada apabila DS Najib minta dia mengemukakan bukti, tiada pula respons daripadanya.

Sehingga hari ini (4 Jan 2022), DS Najib telah mengulangan soalan beliau meminta Rafidah memberikan bukti, tetapi sebagaimana yang tersiar dalam media, Rafidah hanya mendiamkan diri ‘tetap pekak, bisu, buta dan tak tahu.’

Masakan PH dan Mahathir yang kemudiannya diangkat menguasai Putrajaya selama 22 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan tanpa apa-apa rintangan tidak dapat mencari bukti bagi tuduhan yang amat serius terhadap DS Najib, dan Kementerian Pertahanan ketika itu?

Tegas DS Najib, “Sekadar memeriksa Surat Hakmilik tanah ATM sudah tahu kebenaran. Tak sampai setengah hari pun – tidak perlu 22 bulan pun.”

Tambah DS Najib lagi, “Jadi, apa telah jadi dengan tuduhan yang disertai sumpah ‘Demi Allah’ itu?”

Patutlah dengan kuasa Allah, kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja, setalah menipu rakyat dengan fitnah demi memenangi PRU14.

Bagi DS Najib, “Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan dan mempengaruhi undi tentera sebelum PRU14 semasa beliau berkempen untuk PH.”

Ramai rakyat dan pengundi tertipu, bukan sahaja pengundi tentera.

Anehnya hari ini rakyat menjadi saksi apabila banyak kes yang melibatkan kroninya, Tun Mahathir akan hanya mengatakan “Saya tak tahu, saya tak tahu” kerana itulah sahaja yang dia tahu.

Lantas siapakah yang lebih “pekak, bisu, buta dan tak tahu” demi menjatuhkan orang lain dan menipu rakyat?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: