Editorial
30 Dis 2021
Hanya kerana Perdana Menteri adalah daripada UMNO, maka, semua kelemahan dalam sistem pengurusan bencana banjir ditudingkan kepada UMNO seakan-akan, DS Ismail Sabrilah yang menguruskan segala-gala urusan-mikro dalam pentadbiran kerajaan.
Mungkin inilah bahananya sekiranya kerajaan berdiri atas gabungan parti yang banyak, apabila masing-masing mempunyai hala tuju berbeza, falsafah berbeza, sentiasa curiga dan mencurigai, malahan ada sahaja konspirasi untuk jatuhkan pemimpin parti itu dan ini.

Walaupun Ismail Sabri adalah daripada UMNO namun suara mutlak bukan dari UMNO tetapi dari PN.
Itupun parti ciput seperti Bersatu berlagak dominan, bahawa merekalah ‘taiko’ dalam PN apabila KDN di bawah kuasa mereka, Menteri Hal Ehwal Ekonomi orang mereka, Menteri Kewangan orang lantikan mereka, Menteri MITI orang mereka, dan beberapa Menteri lagi daripada PAS yang amat tunduk pada arahan Bersatu.

Banyak medsos (media sosial) yang menuding jari kepada Perdana Menteri Ismail Sabri, apabila berlaku kelewatan, kelembabapan, dan ketidakcekapan dalam aspek bantuan kepada mangsa banjir di Selangor teutamanya di kawasan Sri Muda, Hulu Langat dan Kajang.
Namun pihak mangsa banjir lupa bahawa mereka berada di bawah pengurusan kerajaan Selangor, sebagaimana banjir di Pahang dan di Kelantan.
Meskipun NADMA berperanan dalam pengurusan bencana alam, namun pihak kerajaan Selangor di bawah pentadbiran PKR yang bukanya komponen PN hendaklah bertindak lebih efisien kerana bencana banjir berlaku di Selangor.
Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng, ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, menangis memohon bantuan kerajaan pusat kerana kerajaan Pulau Pinang gagal menguruskan bantuan kepada mangsa bencana banjir.
Pembangunan fizikal yang mengabaikan sistem penebatan banjir, sistem perparitan dan saliran, pembangunan di kawasan yang padat penduduk sehingga mengabaikan keselamatan di pesisir sungai adalah antara tanggungjawab yang harus dipikul oleh kerajaan negeri serta badan lain seperti Dewan Bandaraya dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Lantas mangsa hendaklah tahu bahawa Ahli Parlimen Shah Alam bagi bencana di bandar Sri Muda adalah Khaled Samad daripada Amanah.
ADUN Sri Muda pula ialah Mat Shuhaimi Shafei daripada PKR.
Manakala banjir di Hulu Langat dan Kajang, Ahli Parlimen mereka adalah Haji Hasanuddin Mohd Yunus daripada Amanah dan ADUN Hulu Langat ialah Hee Loy Sian daripada PKR.
Mengapakah mereka ini seperti disembunyikan daripada soal tanggungjawab kepada mangsa banjir di Sri Muda, Hulu Langat dan Kajang?
Dengan itu juga mangsa hendaklah ingat siapakah yang mereka pilih semasa PRU14 tempoh hari.
Walau bagaimanapun agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana pada hakikatnya adalah NADMA, atau Agensi Pengurusan Bencana Negara yang merupakan akronim daripada istilah Bahasa Inggeris National Disaster Management Agency (atau NADMA) .
NADMA pula adalah di bawah pengurusan dan pentadbiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Dr Abdul Latif daripada Bersatu.
Ia berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana dan gerak kerja pengurusan kecemasan yang bekerjasama dengan ATM, PDRM, Jabatan Pertahanan Malaysia (JPAM), Bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Meskipun terdapat badan-badan lain namun NADMA adalah peneraju kepada urusan bencana yang berperanan untuk menggerakan badan-badan yang diselaraskan dalam pengurusan bencana alam mahupun bencana teknologi.
Manakala dalam hal keselamatan dan undang-undang, menteri yang bertanggungjawab ialah Hamzah Zainuddin daripada Bersatu, iaitu Menteri Keselamatan dalam Negeri.
Lantas, janganlah pula hendak menuding jari kepada UMNO.
Jika sampai kepada soal hujan lebat yang turun pada musim monsun pun dituding kepada UMNO, nampaklah sangat buta dan jahilnya golongan ini, meskipun keprihatinan dan bantuan tetap diberikan.

Dr Latiff dilihat telah mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat bahawa NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri, sebaliknya, NADMA hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.
Itu adalah kenyataan daripada tokoh pemimpin Bersatu, dan bukannya UMNO.
Lantas, janganlah melihat semua menteri di bawah Ismail Sabri sebagai menteri UMNO.
Lain kali buatlah pilihan yang bijak semasa PRU.
Ingatlah bahawa Bersatu mahupun PKR dan Amanah adalah komponen PH semasa PRU14.
Pengundi di Sri Muda mahupun di Hulu Langat dan Kajang telah memilih PH pada PRU14, jadi janganlah hendak menuding jari kepada UMNO.

Jika ada gambar yang mencuci longkang untuk menunjukkan bahawa dia amat prihatin kepada mangsa banjir, maka janganlah mudah termakan dengan proganda sedemikian, sehingga membuat keputusan untuk mengundi dia di PRU nanti.
Banyaklah lakonan wayang kulit yang terpapar dalam media pada musim banjir ini.
Sedangkan yang berpusu-pusu datang untuk memberikan bantuan, majoritinya adalah daripada UMNO.
*****
Tinggalkan Jawapan