Editorial
30 Dis 2021
Tokoh yang dihormati, sebagai Perucaptama Forum Ekonomi Cina Sedunia (WCEF), DS Najib Razak telah membidas taikun hartanah yang merupakan kroni Tun Mahathir, kerana mengecamnya sebagai tokoh yang dipilih untuk menyampaikan ucaptama dalam forum berkenaan.
DS Najib memberi reaksi kepada taikun hartanah Tan Sri Lee Kim Yew kerana bangun meninggalkan majlis setelah beliau mendedahkan sikap hipokrasi Mahathir dan PH terhadap pelaburan Malaysia-China.
Antara reaksi DS Najib, beliau telah mendedahkan melalui FBnya hubungan rapat Lee dengan mentornya yang dipersepsikan rakyat sebagai orang yang telah menganiayainya dan beberapa Perdana Menteri yang lain, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Najib, “Ada hartawan yang tidak berpuas hati kerana saya dijemput berucap pada majlis WCEF malam tadi. Siapa lelaki itu?
“Nah, dia adalah rakan kongsi perniagaan Atuk untuk hotel Palace of the Golden Horses dan sebuah syarikat jet peribadi.

“By the way, adakah anak taikun dan cucu Atuk bersama-sama menerbitkan dokumentari ‘M for Malaysia”? dia bertanya, dalam gurauan.
Dengan itu, Ahli Parlimen Pekan itu menyiarkan borang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menunjukkan pegangan saham Lee dan Mahathir di hotel Palace of the Golden Horses.
Lee Kim Yew yang merupakan salah seorang pengasas WCEF, melahirkan rasa kesal kerana Najib, yang disabitkan atas tuduhan rasuah (dakwaan terpilih PH), dijemput untuk menyertai acara perniagaan berprestij itu.
Lee mengeluarkan kenyataan, “Kali ini, mereka (WCEF) mengundang bekas Perdana Menteri, seorang penjenayah yang telah disabitkan dan sedang menunggu rayuan. Pastinya mereka mengundang perhatian media, dan juga berlaku salah faham terhadap saya.”
Tidaklah aneh bagi Mahathir yang nampaknya setelah beberapa hari DS Najib menyampaikan ucaptama di forum berkenaan, dia hanya mendiamkan diri kerana segala apa yang didedahkan oleh DS Najib tentang tindakan Mahathir-PH adalah fakta yang benar dan valid.
Namun media yang menjadi balaci Mahathir akan menjawab bagi pihaknya, dan sebagaimana biasa akan mengungkit isu ‘banduan, kleptokrat, kluster mahkamah, penyamun, penyangak’ dan apa sahaja yang buruk tentang Najib.

Malangnya bagi mereka sebagaimana terlihat dalam PRN Melaka dan Sarawak, serta 7 tujuh lagi PRK sebelumnya, pelabelan Mahathir itu tidak terkesan langsung, malah membawa kekalahan teruk kepada PH dan parti komponennya, termasuk Bersatu, parti yang diasaskan Mahathir.
Tidaklah juga aneh apabila Mahathir hanya berdiam diri apabila kroninya seperti TS Zeti Akhtar Aziz apabila suaminya dikaitkan dengan wang 1MDB yang berjumlah lebih RM100 juta.

Adakah bagi Mahathir wang berkenaan menjadi halal, asalkan ia masuk ke kocek kroninya?
Sekiranya sebelumnya Mahathir lantang melenting dan menjaja sehingga netizen menterjemahkan sebagai ‘ratib Mahathir’ untuk menghina DS Najib dengan pelbagai pelabelan atau ‘name calling’, kini dia dia seperti kayu mati.

Lantas apa yang ditafsirkan oleh pemerhati, segala apa yang didedahkan oleh DS Najib adalah benar dan sesungguhnya benar.
Mahathir mengutuk projek Forest City kerana dipersepsikannya sebagai menjual kedaulatan negara tetapi bersetuju menerima sijil penghormatan kejayaan projek tersebut.
Nampaklah bahawa Mahathir adalah pemimpin hipokrit mengutuk kaum Cina yang makan menggunakan penyepit sebagai menolak asimilasi kaum, sedangkan di sekelilingnya penuh dengan kroni Cina yang mengaut keuntungan mereka melalui hipokrasinya.
Hipokrasi yang sama terlihat pada projek TRX 1MDB apabila Mahathir dan rakan sekongkolnya Lim Guan Eng mengutuk pelaburan 1MDB tetapi apabila merasmikan TRX, LGE terus menyatakan ia bakal menjadi teras pembangunan ekonomi negara.

DS Anwar Ibrahim telah berjaya dipenjarakan, Tun Musa Hitam bijak meletakkan jawatan sebelum apa-apa penganiayaan terhadapnya, Tun Abdullah juga mengundur diri, tetapi DS Najib yang menjadi harapan rakyat tidak mahu menghampakan mereka, tetap bertegas untuk menentang hipokrasi Mahathir dengan dakwaan terpilih serta masuk campur dalam urusan kehakiman.
*****
Tinggalkan Jawapan