KABINET TIDAK BOLEH BERDIAM DIRI TERHADAP ISU ‘RASUAH’ PEGAWAI TINGGI SPRM

Editorial

29 Dis 2021

Sudah banyak kes terpilih yang digerakkan oleh SPRM terhadap pemimpin UMNO, terutamanya pada era PH dan juga TS Muhyiddin Yassin yang mengepalai Bersatu.

Kini pada era Ismail Sabri adakah isu salah guna kuasa, samun, rompakan yang melibatkan SPRM masih mahu ditutup sebelah mata?

Timbul juga persoalan adakah mereka yang terlibat sebahagiannya adalah ‘budak kita’ kepada Menteri Dalam Negeri?

Atau adakah SPRM masih mahu dipergunakan untuk mengugut ahli parlimen supaya melompat parti sebagaimana yang terlihat pada era Tun Mahathir ketika mengepalai kerajaan PH?

Kerajaan dan KDN hendaklah mengelakkan persepsi campurtangan politik sebagaimana yang telah didedahkan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid Muhamad, serta bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador.

Tindakan ahli panel perunding SPRM, Prof Dr Terence Gomez meletakkan jawatan kerana pihak SPRM tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap gesaannya untuk bertindak ke atas gejala yang boleh diterjemahkan sebagai ‘rasuah’ ke atas pegawai tertinggi SPRM, adalah sesuatu yang memalukan kabinet Ismail Sabri.

Isu yang melibatkan pengarah siasatan SPRM itu bukanlah isu yang baru tertonjol sehari dua, tetapi sudah lama sejak 2015 dan 2016 lagi.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, telah menggesa supaya kabinet Ismail Sabri mengambil tindakan menjalankan siasatan berhubung dakwaan serius membabitkan pegawai kanan SPRM itu.

Reputasi SPRM kini amat tercemar di mata rakyat, bukan sahaja kerana dakwaan terpilih yang dikenakan ke atas ahli politik, tetapi juga soal integriti pegawai sendiri yang terlibat dengan kecurian RM25 juta wang bahan bukti kes, rompakan dan juga rasuah.

Lebih menjijikkan reputasi SPRM apabila pihak mereka sendiri mendedahkan terdapat ‘penyamun anak emas kesayangan’ tokoh politik penting negara yang bermaharajalela dalam SPRM sendiri.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah telahpun membawa isu ‘rasuah’ yang dikatakan terkait dengan pegawai tertinggi SPRM pada 14 Dis yang lalu, tetapi sehingga kini, kabinet masih mendiamkan diri.

Prof Dr Terence Gomez telah bertindak meletak jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas gagal membincangkan laporan ‘rasuah dan salahguna kuasa’ yang membabitkan pegawai tertinggi SPRM itu.

Gomez telah menulis surat kepada Pengerusi LPPR SPRM Abu Zahar Nika Ujang sebanyak tiga kali, mencadangkan agar beliau menghadiri lembaga penasihat untuk membentangkan laporan.

Sivarasa berkata insiden itu telah menunjukkan bahawa pencegahan rasuah bukan hanya mengenai penubuhan yang dipanggil badan pengawasan di bawah undang-undang dan sekadar berkata “kami telah menjalankan tugas kami dan badan-badan ini akan memastikan integriti SPRM adalah utuh”.

Dia juga menterjemahkan dalam kes ini, terdapat kegagalan institusi yang besar. Ketua SPRM berdepan dakwaan serius yang membayangkan tingkah laku rasuah dan badan penyelia gagal bertindak.

Bagi Sivarasa, mesej yang salah dihantar oleh SPRM sendiri – bahawa tingkah laku rasuah boleh diterima.

Rakyat akan hilang kepercayaan terhadap ahli politik yang mereka lantik sekiranya masing-masing tebal dengan doktrin ‘budak kita’ kerana ia seakan-akan membenarkan rasuah jika ia membabitkan ‘orang mereka’.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: