Editorial
29 Dis 2021
Dewan Rakyat pastinya belum lupa dengan rakaman ‘Hansard’ apabila Menteri Kewangan DS Tengku Zafrul Aziz mendedahkan bahawa sepanjang pemerintahan PH, sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61 bilion telah ditawarkan oleh Kerajaan PH secara ‘rundingan terus’ tanpa menilai kos pelaksanaan projek, siapa penerajunya, dan sama ada terdapat kepentingan ahli politik terhadap syarikat berkenaan.

Persidangan Dewan Rakyat pada hari itu kecoh berhubung isu 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyifatkan pendedahan itu amat mengejutkan bagi seluruh rakyat Malaysia.
Sekiranya Kabinet tidak meluluskan tender rundingan terus, agaknya siapa pula yang begitu berkuasa menawarkan tender secara rundingan terus tersebut?
Tidakkah selama ini Lim Guan Eng dengan ego tingginya dan kesombongan melampau menjaja PH hanya mengamalkan ‘tender terbuka’ dan DAP bebas daripada rasuah?
Malah ia termaktub di dalam manifesto (bukan kitab suci tapi kertas tisu tandas) – Buku Harapan bahawa kerajaan PH akan melaksanakan tender projek secara terbuka dan bukannya rundingan terus.
Selepas pendedahan itu dibuat, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terus terduduk dan akhirnya mengakui bahawa semua tender yang ditawarkan melalui rundingan terus itu diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH-DAP.
Lagi sekali Lim Guan Eng berbohong apabila ketika itu juga Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus bangun dan mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa ia tidak pernah dibincangkan di Kabinet!
Kenyataan Azmin Ali disokong oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi mengesahkan dakwaan Azmin bahawa kabinet tidak pernah membincangkan isu berkenaan.
Inilah dia gejala penyelewengan kuasa Menteri Kewangan PH-DAP serta pemimpin mereka yang mudah dijadikan boneka.
Tengku Zahrul mendedahkan ketika penggulungan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jumlah tender secara rundingan terus yang diluluskan ketika PH mentadbir.

Demikianlah sifat sebenarnya pemimpin DAP yang hipokrit.
Dia amat bangga apabila kes rasuah pembelian banglo yang dikaitkan dengan kepentingan politik ditutup begitu sahaja oleh Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara ketika itu.
Tetapi dia lupa SPRM sendiri terkejut dan rakyat mengutuk sekeras-kerasnya penutupan kes itu yang juga disahkan oleh mahkamah tidak boleh didakwa semula.
Kalau kes DS Najib mereka heret ke mahkamah meskipun belum lagi disiasat untuk memastikan wujudnya ‘prima facie’. Malahan bukti kes pembelaan telah mereka sorokkan!
****
Tinggalkan Jawapan