ISU MAKANAN DARIPADA KUIL UNTUK MANGSA BANJIR MUSLIM DIJAWAB OLEH DR MAZA

Editorial

28 Dis 2021

Tertular isu makanan yang disediakan oleh kuil kepada mangsa banjir Muslim, adakah makanan berkenaan boleh dimakan mengikut hukum syariah.

Dengan kata-kata lain adakah ia halal atau haram untuk dimakan?

Mufti Perlis Syahibus Samaah Datok Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menjawab secara terperinci bahawa seseorang yang menerima makanan itu ada hak untuk menolak secara peribadi sama ada mahu dimakan makanan itu atau tidak mahu makan makanan itu.

Mangsa banjir dalam keadaan tertentu mungkin tidak berada dalam keadaan yang amat terdesak sehingga boleh membawa kepada kematian jika tidak makan.

Jika ada mangsa yang tidak mahu makan dalam situasi darurat seperti banjir, maka hendaklah dihormati pendiriannya, dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia dan menentang kehendak peribadinya itu.

Amat salah bagi sesiapa yang mengutuk pihak yang tidak mahu makan makanan daripada kuil yang dimasak oleh orang bukan-Muslim atas dasar kemusykilannya tentang halal atau haram makanan itu dari sudut Islam.

Dia juga tidak mahu makan kerana dia dapat bertahan daripada tidak makan makanan tersebut yang tidak akan membawa kesan buruk kepada dirinya.

Tidak ada masalah kerana itu pilihan peribadi dirinya sendiri kerana dia tidak pasti makanan itu hahal.

Namun sekiranya dia berkempen kepada orang ramai supaya jangan makan makanan daripada kuil itu, maka ia menjadi satu kesalahan kerana cuba menjatuhkan hukum, sedangkan mungkin ada dalam kalangan mangsa yang berada dalam keadaan kritikal jika tidak makan sehingga boleh membawa kepada kematian atau kesan lain yang memudaratkan.

Dari segi hukum jika sesuatu itu tidak zahir padanya haram, maka ia dikira halal.

Maksudnya jika tidak ada apa-apa dalam makanan itu secara zahir boleh dikategorikan sebagai haram, maka ia boleh dikategorikan pada awalnya sebagai halal.

Namun jika ada bukti bahawa terdapat unsur-unsur haram atau ada alasan dengan tanda-tanda bahawa ia mengandungi unsur haram dalam Islam, maka barulah makanan itu dikira haram.

Sekiranya sebagai umat Islam, kita diberikan makanan yang kita tidak pasti sama ada ia halal atau haram dalam situasi yang meragukan maka pertama jika hendak dimakan, maka ia boleh dimakan.

Keduanya sekiranya penerima makanan berada dalam keadaan darurat yang sekiranya tidak makan ia boleh menyebabkan kematian atau situasi yang hampir kepada kematian maka tidak berdosa untuk dia makan.

Walau apa jua kontroversi yang terbangkit, mangsa banjir dan rakyat Malaysia menghargai usaha murni Gurdwara Sahib PJ untuk membantu mangsa banjir di Selangor, khususnya di Sri Muda, Ulu Langat dan Kajang.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: