DS NAJIB DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN PENERAJU EKONOMI MESKIPUN DIHIMPIT DENGAN PELBAGAI FITNAH DAN PENGANIAYAAN

Editorial

27 Dis 2021

Hari ini satu lagi sejarah tercatat apabila DS Najib dijemput untuk menyampaikan ucaptama Forum Ekonomi Sedunia China 2021 (WCEF 2021) di Sheraton PJ.

Jemputan tersebut adalah satu kontradiksi kepada segala tuduhan dan fitnah ke atas beliau yang dilihat telah berjaya mengangkat ekonomi Malaysia kepada kedua terbaik di Asia selepas China.

Ia juga merupakan satu tamparan kepada pihak yang telah merencanakan konspirasi politik untuk membunuh kerjaya politik Najib.

Ucapan Najib bertajuk “Building a community with a shared future for mankind” boleh diterjemahkan sebagai “Membina komuniti dengan perkongsian masa depan demi kemanusiaan.”

WCEF adalah forum antarabangsa tahunan yang membincangkan masa depan dunia, dengan memberi fokus kepada ekonomi dunia bersama kuasa ekonomi China yang diklasifikasikan sebagai kuasa ekonomi kedua paling perkasa selepas Amerika Syarikat.

Acara tahunan itu menyaksikan 250 delegasi terdiri daripada pemimpin, personaliti industri dan usahawan baharu yang membincangkan isu ekonomi berkaitan kuasa besar yang semakin meningkat itu.

Dalam ucapannya dan demi menjaga reputasi ekonomi China-Malaysia, Najib menjelaskan bahawa berbeza dengan kerajaan BN, PH pantas mengubah rentaknya mengenai perjanjian China-Malaysia.

PH telah menangguhkan banyak perjanjian yang telah dicapainya sebagai Perdana Menteri ke-6, yang menjejaskan keyakinan pelabur China.

Najib mengecam kritikan berhubung urusniaga kerajaan BN dengan China semasa menjadi Perdana Menteri, dengan dakwaan bahawa beliau telah menggadai kedaulatan negara.

Beliau berkata pengkritik adalah salah untuk menuduh bahawa perjanjian dengan China tidak membantu negara.

Sebaliknya projek seperti Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, Laluan Rel Pantai Timur, Zon Perdagangan Bebas Digital, dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura adalah strategi yang efisien bagi mendapat faedah ekonomi berbilion ringgit.

Tempoh PH memerintah adalah “salah satu tempoh paling genting dalam hubungan Malaysia-China”, kerana ia telah menangguhkan banyak perjanjian yang telah dipersetujui dan menjejaskan keyakinan pelabur China.

Keputusan dan pendirian PH telah merosakkan pelaburan langsung asing, berbanding dengan apa yang telah dicapai ketika dia bertanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-6.

Tetapi akhirnya PH mengakui bahawa pelaburan China dan keupayaan teknologi perhubungan dan pengangkutan adalah peluang untuk memacu pembangunan ekonomi Malaysia.

Walaupun projek ECRL dipulihkan di bawah terma dan syarat baharu, namun kerajaan PH menyanyikan lagu yang berbeza berbanding sebelum mereka memenangi PRU14.

“Projek Forest City juga dijadikan propaganda politik untuk menyerang saya. Sebelum 2018, Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa kerajaan BN telah menggadaikan kedaulatan negara kepada China, dengan menawarkan 700,000 kewarganegaraan kepada warga China untuk berpindah ke Forest City.

“Jelas sekali, ia adalah satu pembohongan yang keterlaluan, perkauman dan menjijikkan. Dia juga berjanji untuk membatalkan projek itu sekiranya mereka memenangi kuasa dalam PRU14.”

Bagaimanapun, selepas berkuasa “di sebalik dakwaan ini dan lain-lain dakwaan yang serupa, Mahathir kemudian mengubah nadanya.”

“Tiba-tiba, (PH) berkata projek Forest City telah memberi sumbangan besar kepada kerajaan, telah mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakkan pemindahan teknologi dan inovasi serta telah memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi dan penawaran pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Sehinggakan Mahathir turut menghadiri majlis penyampaian sijil penghargaan kepada syarikat Forest City.

“Bayangkan, daripada menjual kedaulatan kepada sijil penghargaan dalam tempoh setahun,” tempelak Najib.

Najib juga turut memberikan tamparan kepada Mahathir apabila PH mengiktiraf sumbangan berharga rakyat Cina Malaysia dalam pembangunan negara dan peranan mereka dalam membantu Malaysia memulihkan ekonomi daripada kesan pandemik Covid-19.

“Tidak kira orang Cina Malaysia makan dengan penyepit, garfu dan sudu atau menggunakan tangan, asalkan di dalam hati dan fikiran, mereka benar-benar rakyat Malaysia,” katanya, merujuk kepada komen Mahathir bahawa penggunaan penyepit dalam kalangan masyarakat Cina adalah bukti keengganan untuk berasimilasi dengan cara hidup Malaysia.

Mahathir seperti tersasul kerana proses asimilasi kaum telah lama ditolak dan digantikan dengan konsep integrasi nasional.

Diharapkan tiada sesiapa yang akan dikejarkan ke IJN selepas forum WCEF 2021 ini.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: